Amsal · Proverbs

22:19
Supaya kepercayaanmu akan berada dalam TUHAN, aku telah menyatakannya kepadamu pada hari ini, ya kepadamu.

Adakah kamu bersyukur untuk kata-kata? Bahagian bahasa yang paling kecil yang memberi erti? Kata-kata kebenaran yang pasti, yang membawa hikmah dan pengetahuan, adalah perlu untuk mengenal dan untuk percaya kepada Allah. Ia mengkomunikasikan hal-hal yang cemerlang yang telah disiapkanNya bagi orang-orang pilihanNya (1Kor 2:1-16). Allah telah mengajar Salomo kepentingan kata-kata, maka raja yang berhikmah ini mengingati para pembacanya untuk mempertimbangkan pemberian besar yang diberinya kepada mereka – kata-kata kebenaran yang pasti (Ams 22:17-21).

Kata-kata yang spesifik juga diperlukan untuk menjawab soalan-soalan dengan wajar (Ams 22:17-21). Orang Kristian harus memberi jawapan yang munasabah bagi harapan mereka dalam Allah kepada orang yang bertanya, dan suatu hujahan wajib adanya pemakaian perkataan dengan cerdik dan dengan logik (1Pet 3:15; 1Sam 12:7; Yes 41:21; Kis 24:25). Lukas menulis dua surat dengan banyak perkataan kepada seorang Yunani kenamaan yang bernama Teofilus untuk membuktikan fakta-fakta injil tentang Yesus Kristus dan para rasulnya (Luk 1:1-4; Kis 1:1-4).

Allah telah memilih untuk mengkomunikasikan kepada anak-anak pilihannya dengan perkataan. Dia mungkin menciptakan gambar video, suatu kitab bergambar yang terperinci dengan latar-latar yang menyenangkan, perasaan yang mesra dan yang menyenangkan melalui drama, berdikir dalam bahasa Arab, meleter dalam bahasa Hindi, berbahasa lidah orang Karismatik, atau makanan istimewa yang menyampaikan kebenaran. Tetapi Allah telah memilih ajaran kata-kata berilhamNya (Ula 4:1-19; 6:4-9; 8:3; 11:18-21; 12:28-32; 17:18-20; 18:18-19; 27:1-3,8.26; 28:14; 29:19-20,29).

Kepercayaan kepada Tuhan bukan melalui perasaan – ia melalui iman, yang datang sebelum perasaan, dan iman biasanya bercanggah dengan perasaan. Hatimu penuh perdayaan melebihi segala sesuatu dan adalah sungguh-sunggauh durjana (Yer 17:9-10), dan kamu harus percaya dakwaan ini supaya dapat diselamatkan daripada pembohong di batiniah itu (Ams 28:26; 26:12). Sebaliknya, taruhlah segala keyakinanmu kepada wahyu Allah yang tertulis dan tolaklah apa pun yang bercanggah dengannya, baik dari batiniah mahupun dari lahiriah.

Alkitab mempunyai kata-kata Allah, yang telah dikekalkan untuk hampir 4000 tahun (Maz 12:6-7; Yes 30:8; Mat 5:18; 1Kor 2:13; 14:19; 1Tim 4:6; 6;3; 2Tim 1:13). Setiap perkataan adalah perlu untuk manusia menjalani kehidupan beriman (Ula 8:3; Luk 4:4). Yesus dan Paulus telah memberi hujahan daripada perkataan-perkataan tunggal (Mat 22:32,43; Yoh 8:58; 10:35; Gal 3:16; 4:9; Ibr 8:13). Allah akan menghakimi para penerbit dan para pembaca versi-versi moden yang mengubah, memadam, dan menambahkan perkataan (Ams 30:5-6; Wah 22:18-19).

Dasar yang paling elok untuk peroleh kebenaran dan iman ialah Alkitab, yang adalah lebih pasti daripada suara Allah sendiri dari syurga di hadirat Yesus Kristus, Musa, Elia, dan dua kawan rapatmu. Inilah apa yang ditulis Petrus tentang pengalamannya di gunung transfigurasi (2Pet 1:16-21). Dengan kata-kata Allah untuk mengarahkan fikiranmu dan langkah-langkahmu menempuhi kehidupan, kamu siap sepenuh-penuhnya untuk menjadi penakluk dunia (Maz 119:1-5; Rom 10:17; 1Yoh 5:4).

Khutbah Alkitab dengan terus terang dijelaskan di Alkitab, dan ia bukan seperti ucapan-ucapan yang meleter yang memberi perasaan yang baik daripada para pastor yang peka pencari (Neh 8:8). Ada tiga langkah: baca perkataannya, jelaskan perkataannya, dan pakailah perkataannya. Kamu tidak perlu menyelitkan kod alat muzik organ, papan lakan untuk gambar, tarian untuk memberi tafsiran, gelang rantai peringatan apa yang Yesus akan buat [WWJD], atau lukisan batu arang. Khutbahkan firman, itulah yang dipertanggungjawabkan Paulus (2Tim 4:1-2). Bagaimana? Dengan mengkhutbahkan perkataan!

Orang-orang pilihan Allah mengasihi khutbah. Roh Kudus memuji orang Berea kerana lebih mulia daripada orang-orang Tesalonika. Mengapa? Kerana mereka menerima khutbah demikian dengan persediaan minda (Kis 17:11). Yesus memberitahu para rasulNya bahawa mereka diberkati kerana mendengar kata-kataNya (Mat 13:16-17). Maka mereka sendiri mengajar kata-kata kebenaran kepada orang lain (Kis 5:20; 10:22; 13:42; 26:25). Adakah kamu bersyukur untuk khutbah sihat Alkitab yang memakai perkataan? Bukan banyak orang yang demikian (2Tim 4:3-4)! Ia hari yang cerah sekali dan berkat yang sungguh besar ketika kata-kata kebenaran dinyatakan kepadamu.