Amsal · Proverbs

22:21
Supaya aku dapat menjadikanmu tahu kepastian kata-kata kebenaran; supaya kamu dapat menjawab dengan kata-kata kebenaran kepada orang yang mengirim tanya kepadamu?

Kebenaran itu mutlak. Ia bukan relatif, bukan terbuka untuk dibincangkan, bukan suatu pendapat peribadi, bukan terpulang kepada pentafsiran, atau suka-suka sendiri. Kebenaran ialah fakta yang sudah tetap. Ia tidak berubah menurut zaman, tidak mengikut arah aliran semasa, dan tidak mengenal budaya dan keadaan yang berbeza. Kebenaran tidak ditemui melalui sesi mengenal perasaan orang, tinjauan pendapat, perbahasan politik, atau simposium pendidikan.

Kebenaran ialah kedaulatan pilihan, pengisytiharaan, atau perintah Jehovah berkenaan apa pun subjek.

Mengapakah Salomo menulis Amsal (Ams 22:20)? Untuk menjadikan para pembacanya tahu kepastian firman kebenaran, supaya pembaca dapat mengajarnya kepada orang yang lain! Mengapakah Allah menganugerahkan kita Alkitab? Bagi tujuan yang sama (Mal 2:7-9; 2Tim 3:16-17)! Kebenaran mutlak adalah di sini. Kebenaran adalah objektif, mampu dikenalpastikan, dan mampu dikomunikasikan. Ia dapat dipelajari, dan diulangi kepada yang lain.

Manusia keliru, kerana hatinya sungguh cabul sampai memperdayakan dirinya (Yer 17:9-10; Rom 3:9-18). Sementara dia menolak kebenaran yang dinyatakan ciptaan, Allah mengeluarkan kemampuannya untuk mengenalpasti apa yang jelas-jelas nyata (Rom 1:18-32; Yes 44:20). Maka, manusia menciptakan peraturan-peraturannya sendiri tentang apa yang betul atau yang salah untuk membenarkan dan mempertahankan nafsunya yang durjana (Maz 36:1-2; Luk 16:15; Efe 4:17-19).

Generasi ini ialah generasi yang paling keliru. Kewajiban pendidikan dan pelbagai media massa, audio, terbitan bercetak, dan video memaksa seluruh dunia untuk mendengar kerosakan para pemikir yang angkuh, yang menunjukkan kerosakan manusia yang semakin mudarat. Allah telah mengutuk usaha-usaha pendidikan manusia, dan kutukNya sudah terbukti dalam huru-hara fikiran semasa manusia (1Kor 1:19-20; 3:19-20; 1Tim 6:20).

Pekebun yang terdidik dari rumah, yang mengenal Allah daripada Alkitabnya dan yang bekerja dengan ciptaan Tuhan setiap hari, sudah ditukar kepada Generasi Millenial, yang terdidik oleh para pemeluk evolusi, dan orang sosialis yang membenci Allah dan yang dihiburkan oleh orang bebal yang melanggani pelacur dan yang anarki. Amerika sedang sampai ke penghujung suatu eksperimen sosial yang membawa kekeliruan moral dan kerosakan yang mutlak. Mereka memanggil penzinaan sebagai asmara, hal sodomi sebagai gay, hal berkendak sebagai berparti, dan anak nakal sebagai ADHD.

Manusia lebih keliru pada zaman kini daripada moyang zaman batu bayangan mereka. Dia memikir dirinya berasal daripada seekor monyet, mengawan orang sembarangan seperti kuda, makan seperti babi, membunuh anak dalam kandungan seperti burung unta, mengulangi apa yang diajarkan seperti burung kakak tua, ketawa terbahak-bahak seperti seekor dubuk, mengigal dengan muzik seperti seekor ayam, dan menari seperti seekor beruk. Dia menentang hukuman rotan dan hukuman mati, sementara sanggup menggugurkan bayi dan menonton wayang Texas Chainsaw Massacre. Dia mempersendakan pengkhutbah yang tegas pada Alkitab, sementara menyelar sesiapa pun yang menyoal kesahihan evolusi.

Tetapi ada kebenaran mutlak di alam semesta, dan binatang-binatang keliru yang tersebut tidak akan menemui mana-mana pun kebenaran itu. Salomo memilikinya, dan dia memberikannya kepada anak lelakinya dan para pembacanya. Alkitab ialah kebenaran, dan sesiapa pun yang sanggup gementar di hadapannya dan di hadapan Pengarangnya akan menemui pengetahuan dan pemahaman yang sempurna. Kebenaran wujud; ia harus diajarkan; ia harus dipertahankan.

Yesus berkata, “Firmanmu itu kebenaran” (Yoh 17:17). Petrus berkata bahawa Alkitab adalah lebih pasti daripada suara Allah dari syurga (2Pet 1:16-21). Yesaya telah menulis bahawa apa pun akal yang menentang Alkitab membuktikan kegelapan yang mutlak (Yes 8:20). Daud menyanjungi firman Allah dalam segala perkara, dan dia benci apa pun pendapat yang berbeza daripadanya (Maz 119:128). Paulus berkata bahawa sains sedunia bukanlah sains yang sebenar dan segalanya mungkin dan harus diuji untuk dinyatakan baik atau jahat (1Tim 6:20; 1Tes 5:21).

Oleh sebab orang semulajadi merupakan hamba kepada iblis, yang merupakan bapa bohong, mereka tidak mempunyai minat untuk kebenaran (Yoh 8:44-45). Yesus tahu bahawa dia mungkin mendapat lebih ramai orang dengan bohong. Tetapi Dia Kebenaran, jadi, Dia mempersembahkan kebenaran dengan sebegitu berkuasa dan jelas sehingga rakyat tertakjub kepada keunggulanNya berbanding guru-guru mereka yang keperempuanan dan yang jahil (Mat 7:28-29).

Para rasul tidak mengajar dongeng. Mereka membawa kebenaran yang mutlak, yang dikenali sebagai iman orang pilihan Allah (Luk 1:1-4; Tit 1:1). Mereka menolak kefasihan berpidato untuk mengekalkan orang duniawi daripada memahami atau mempercayainya kerana cara persembahannya (1Kor 2:1-5). Mereka merupakan saksi-saksi kebangkitan Yesus Kristus, yang telah membuktikan kebangkitanNya dengan banyak bukti yang tidak boleh dipertikaikan (Kis 1:3,22; 1Kor 15:3-8);. Mereka mengajar kita fakta ini dan seluruh Alkitab sebagai kebenaran yang mutlak.

Berzina ialah kesalahan yang layak untuk dihukum mati, dan demikian juga hal liwat, tetapi yang kedua itu ialah percabulan yang bukan semulajadi. Pengguguran anak ialah pembunuhan, dan ADHD dapat diselesaikan dengan mudah kalau amalan merotan dipulihkan. Seorang lelaki dan seorang perempuan dalam perkahwinan ialah satu-satunya dasar untuk seks dan unit asas masyarakat. Perempuan harus mentaati dan menghormati suami mereka, dan mereka tidak dibenarkan untuk berucap dalam gereja. Fakta-fakta ini dan beribu-ribu lagi yang seperti itu ialah kebenaran yang mutlak, sebab semua itu merupakan pengisytiharaan dan perintah daripada TUHAN Allah yang berdaulat.

Setiap firman Allah adalah suci (Ams 30:5). Satu-satunya kata-kata yang sihat di dalam dunia ialah kata-kata Yesus Kristus (1Tim 6:3). Setiap pembaca harus tahu bagaimana untuk memberi jawapan kebenaran kepada mereka yang mungkin bertanya (1Pet 3:15), dan ia merupakan tugas para orang kudus yang sejati untuk sungguh-sungguh berjuang bagi iman – kebenaran yang mutlak – yang dahulu telah disampaikan kepada orang-orang kudus (Yud 1:3). Para pendapat setiap manusia – sama ada diselamatkan atau yang tidak diselamatkan – adalah tidak bernilai. Kamu harus memberi jawapan Alkitab bagi setiap soalan.

Allah mencari para penyembah yang sejati, yang akan bersembahyang kepadaNya dalam roh dan kebenaran (Yoh 4:23-24). Tiada apa lagi untuk diperbahaskan, untuk dibincangkan, untuk diciptakan, atau untuk diubahkan. Dia telah menyatakan kehendakNya yang sempurna supaya manusia tahu dan dapat melakukannya, dan bagi wahyu ini kamu harus mencarinya dengan segenap hatimu (Ula 4:5-10; 6:24-25; 29:29; 32:46-47). Sesiapa pun yang mengucap sebaliknya harus ditolak daripada pergaulanmu dan gerejamu (Ams 9:6; 14:7; Ula 13:6-18; Maz 101:3; Rom 16:17-18; Efe 5:11; 2Tes 2:15; 3:6,14; 1Tim 6:3-5; 2Tim 3:1-5; Tit 3:10-11).

Carilah jawapan Alkitabiah bagi segala soalanmu, dan jangan terima apa pun jawapan yang kurang daripada itu. Tinggikan ketetapan-ketetapan Allah yang sudah ternyata, dan bencilah segala jalan palsu (Maz 119:128). Pendapat-pendapat sesiapa pun akan berakhir dengan pengakhiran yang sama – kekeliruan. Berilah jawapan-jawapan Alkitabiah bagi apa pun soalan orang lain. Biar kata-katamu merupai kepastian firman kebenaran. Sungguh-sungguh perjuangkan kebenaran pada setiap waktu.