22:8
Dia yang menabur kedurjanaan akan menuai kesia-siaan: dan tongkat kemarahannya akan gagal.
Dosa tidak akan berjaya. Kemunafikan tidak akan berjaya. Jika kamu berdosa dengan sesuatu matlamat dalam hati, kamu akan kalah. Dosa akan membawa kesia-siaan – kerugian yang tidak beruntung dan tidak bernilai. Jika kamu memakai kemarahan atau keganasan untuk mengejar jalanmu yang berdosa, itu pun tidak akan berkesan. Kamu akan gagal dengan teruk. Jangan berbohong kepada dirimu sendiri, sebab hanya kesalihan dan kewajaran yang akan berjaya dan yang akan membawa ganjaran yang baik (Ams 11:18).
Kamu menuai apa yang kamu tabur. “Janganlah terperdaya; Allah tidak diperolok-olokkan: sebab barang apa seseorang taburkan, itulah yang juga dituainya” (Gal 6:7). Mengapakah amaran ini tentang pendayaan? Kerana manusia percaya mereka dapat terlepas dengan dosa. Tetapi Allah tidak akan diperolok-olokkan. Kamu tidak boleh memperlekehkan firmanNya dengan berdosa terhadapNya. Dia akan mengisarkanmu sampai menjadi serbuk kerana pemberontakan. Bertaubat!
Kemarahan atau keganasan tidak akan membawa kejayaan kepada jalan-jalan berdosa. Kamu mungkin dengan sementara memaksa orang lain kepada penundukkan, tetapi jalan-jalan durjanamu tidak akan berjaya. Ada Satu Orang yang lebih tinggi daripadamu, dan Dia akan menghancurkan usaha-usaha lemahmu untuk menyanjungi dirimu dan mempertahankan kehidupanmu yang berdosa (Pkh 5:8). Pertimbangkan Sanherib (Yes 10:5-19). Pertimbangkan Firaun.
Bukan segala kemarahan salah. Kesalahan yang dikutuk di sini ialah kemarahan atau keganasan seseorang manusia yang hidup dalam dosa. Finehas marah dalam perjuangan yang benar, dan itu telah membawanya suatu berkat yang besar (Bil 25:1-15). Yesus marah, tetapi tongkatNya tidak gagal langsung (Mar 3:5). Kemarahan yang berdosa akan gagal.
Kamu tidak boleh menipu dalam hukum-hukum Allah dan beroleh kejayaan. Dia tidak akan membenarkannya. Jika Dia membenarkannya, maka keadilanNya dan kewajaranNya tidak bermakna. Jika kamu berkompromi dalam apa pun segi kehidupanmu, kamu akan menanggung akibat untuk itu. Tidak kira apa pun niatmu, ia tidak akan tercapai. Kamu kalah.
Daud cuba menikmati Batsyeba tanpa akibat, tetapi Batsyeba mengandung. Dia menjadikan suami Batsyeba mabuk untuk menutupi dosanya, tetapi suami Batsyeba terlalu setia. Dia dengan kejam membunuh suaminya lalu berkahwin dengannya, tetapi itu pun mengakibatkan kehilangan nyawa bayi itu dan telah membawa banyak penghakiman. Daud kalah teruk.
Ayah yang munafik yang memakai kemarahan untuk menguasai anak-anaknya akan kalah dengan teruk pada akhirnya – terjamin. Seorang isteri yang menipu suaminya dengan menahan persetubuhan dengannya kerana keangkuhan akan kalah dengan teruk. Seorang suami yang mencari pornografi tidak dapat memenangi isterinya untuk menjadi kekasih yang tersayang yang didambakannya. Seorang majikan yang tidak adil tidak akan kekal pada akhirnya betapa pandai dia mengurus pun.
Orang yang kedambaan tidak akan mengekalkan harta milik mereka baik secara ketekunan mahupun secara berjimat cermat (Ams 11:24; 21:13; Hag 1:1-11). Seorang anak yang memberontak tidak akan maju tidak kira betapa banyak tenaganya pun (Ams 20:20; 30:17). Sukacita orang beragama yang munafik, yang berpura-pura pada hari Ahad, adalah sungguh singkat (Ayb 20:4-29). Jadilah pasti dosamu akan menemuimu.
Tetapi ada pengampunan daripada Allah bagi orang yang mengakui dosa-dosa mereka, bertaubat daripada kesalahan-kesalahan mereka, dan berpaling semula kepada kewajaran (Ams 28:13; 1Yoh 1:9). Jika kamu kemudian menabur kesalihan, kamu akan menuai ganjaran besar Allah untuk berkat dan keredaan (Ams 11:18; Maz 19:11; Yak 1:25).