22:9
Dia yang mempunyai mata yang dermawan akan diberkati; sebab dia memberi rotinya kepada orang miskin.
Kemurahan menjamin berkat. Di sinilah hikmah yang tidak ternilai. Adakah kamu mencari peluang untuk memberi? Adakah kamu memberi dengan murah hati? Adakah kamu teruja tentang hal memberi? Allah suka pemberi yang murah hati. Jika kamu memberi kepada orang miskin, kamu meminjam kepada Allah Yang Maha Kuasa, dan Dia membayar balik dengan baik sekali (Ams 19:17)!
Rahsia kewangan ini tidak diketahui dunia. Tiada sekolah perniagaan di mana-mana pun yang mengajar itu. Kamu akan maju dengan lebih lanjut dan dengan lebih cepat dengan memberi wang kepada keperluan-keperluan yang diluluskan Allah berbanding dengan menabung dan melabur. Terjamin! Raja Solomo mengesahkannya (Ams 11:24-26; 28:8,27).
Allah akan memberkati orang yang memberi dengan sungguh-sungguh dan dengan murah hati kepada orang miskin. Allah menjaga orang miskin, kerana Dia telah menahan daripada mereka kemampuan dan peluang yang Dia beri kepada orang lain. Ia tidak cukup untuk fikir untuk berbaik budi kepada mereka; kamu seharusnya memberi dengan sebenarnya (2Kor 8:11; Yak 2:16). Dia senang hati untuk melihat orang yang berjaya memberi dengan ceria dan dengan murah hati untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan.
Allah akan memberkati orang yang banyak memberi, yang memberi dengan percuma, murah hati, melebihi apa yang yang diperlukan, melebihi apa yang diharapkan, dengan kreatif, dan dengan spontan. Jika orang yang sedang mendakwamu di mahkamah untuk mendapatkan kot kamu harus juga mendapatkan jubahmu, bagaimana pula dengan orang yang memerlukan kot (Mat 5:40)? Ketika membawa orang miskin untuk makan, seperti yang diarahkan Yesus, bawalah mereka ke tempat yang baik (Luk 14:12-14). Menyerak itu menyenangkan Allah, dan menahan kemurahan melanggari Allah (Ams 11:24). Dia tidak pernah kedekut terhadapmu, jadi mengapa harus fikiran demikian timbul dalam mindamu bagi orang lain?
Siapakah yang dapat kamu memberkati pada hari ini dengan memberi? Siapakah yang ada keperluan yang sah kerana bencana dalam kehidupannya yang mampu kamu bantu? Jadilah teruja tentang peluang untuk menyenangkan hati seseorang, untuk menyenangkan hati Allah, dan mendapat suatu perangsang kepada aset-asetmu dan pendapatanmu. Pemberian demikian menghasilkan kemenangan tiga kali. Ketika kamu menuruti jalan Allah, ada pemenang-pemenang lagi, malah melebihi pihak-pihak yang telah disenaraikan.
Solomo juga telah menulis tentang menjaga orang miskin di tempat yang lain (Ams 14:21,31; 19:17; 21:13; 28:8,27). Pemikiran dan pemberian yang berbelas ihsan ialah sebahagian hikmah salih yang menjadikan sesetengah orang lebih mulia dan berakhlak mulia daripada orang lain. Simpati dan kasih ialah ciri-ciri agama Kristian, jadi anak-anak sejati Allah dan para pengikut Yesus Kristus memberi dengan berbelas kasihan dan dengan dermawan.
Solomo juga telah menulis tentang pulangan kewangan kepada orang yang murah hati, “Jiwa pemurah akan dijadikan gemuk: dan dia yang menyiram juga sendiri akan disiram” (Ams 11:25). Sementara bercanggahan dengan matematik dan fikiran manusia, memberi wang ialah cara yang mudah untuk memajukan diri. Beri, dan ia akan diberi balik kepadamu pada kadar yang sama atau yang lebih banyak, jadi berilah dengan murah hati (Luk 6:38).
TUHAN Jehovah memberi bekalan kepada orang miskin di dalam hukum Musa, ketika Dia memerintahkan Israel untuk memastikan hati mereka lembut dan tangan mereka terbuka luas bagi mana-mana saudara yang keperluan (Ula 15:7-11). Dan di sana juga Dia menjanjikan suatu berkat ke atas orang yang akan memberi. Ayub mengenal prinsip-prinsip ini dengan baik, dan dia merayu dengan merujuk balik kepada perhatian yang teliti kepada orang miskin (Ayb 31:16-23).
Daud telah menjelaskan banyak berkat kepada orang yang akan membantu orang miskin. Pertimbangkan mereka. Dia telah menulis, “Diberkatilah orang yang mempertimbangkan orang miskin: TUHAN akan menyelamatkannya pada waktu kesesakan. TUHAN akan mengekalkannya, dan memastikan dia hidup; dan dia akan diberkati di bumi: dan engkau tidak akan menyerahkan dia kepada kehendak musuh-musuhnya. TUHAN akan menguatkannya di atas katil kedaifan: engkau akan mengemaskan seluruh katilnya ketika dia sakit” (Maz 41:1-3).
Daud juga mengenalpastikan perbuatan memberi kepada orang miskin sebagai tanda orang yang benar (Maz 112:1-9), yang akan membawa ganjaran-ganjaran yang berharga kepada seseorang lelaki, keluarganya, dan keturunannnya. Yesaya memberi amaran bahawa sembahyang yang sejati Allah mewajibkan belas kasihan kepada orang miskin, dan dia menjanjikan banyak berkat ajaib untuk usaha itu (Yes 58:7-12). Allah sungguh senang hati dengan korban-korban demikian (Ibr 13:16), dan Dia mampu untuk membayar semula dengan mudah melebihi kemurahan orang (2Kor 9:6-11; Mal 3:10).
Kapitalisme mendorong kebanyakan orang untuk menghasilkan yang terbaik untuk tahap kehidupan yang paling tinggi, sementara menghukum yang bebal dan yang malas. Namun, Allah memberi amaran terhadap perbuatan memasang harga yang tinggi-tinggi terhadap pasaran, jika kamu menguasai suatu jenis barangan atau perkhidmatan yang amat diperlukan (Ams 11:26). Allah dan manusia akan memberi ganjaran yang adil dan yang murah hati, walaupun pasaran ekonomi bebas mungkin membenarkan pemerasan.
Matematik dan kewangan hanya benar sampai suatu titik pencapaian. Jika kamu menahan wang yang patut kamu beri kepada orang yang keperluan, maka kamu sedang menuju ke ambang kemiskinan. Jika kamu menyerak wangmu kepada perjuangan-perjuangan kebajikan yang salih, kamu sedang menuju kepada kemakmuran (Ams 11:24; 2Kor 9:6). Walaupun kamu tidak dapat mengira atau menjelaskannya, memberi wang tanpa kerisauan memang berkesan (Pkh 11:1-6).
Bagaimana pula dengan suatu kehidupan yang panjang dan yang baik? Jalan yang paling pasti dan yang paling cepat adalah untuk menghormati ibubapamu (Efe 6:2-3), dan hormat secara percakapan dan kad hari jadi tidak mencukupi. Kehormatan yang paling penuh melibatkan kehormatan kewangan, atau memberi wang untuk membekal bagi mereka atau menjadikan kehidupan mereka selesa dan menyenangkan (1Tim 5:3-4). Jangan melakukan ini untuk menyangkal agama Yesus Kristus dan menjadi lebih teruk daripada orang kafir (1Tim 5:8). Jika ibubapamu berada dalam keadaan keperluan, pastikan kamu memandang kepada mereka dengan mata yang dermawan.
Allah suka pemikiran yang liberal [pemurah] – dan bukan dengan maksud fahaman politik! Dengarlah nabi Yesaya, “Tetapi pemurah merancangkan hal-hal yang murah hati; dan oleh hal-hal yang murah hati akan dia berdiri teguh” (Yes 32:8). Allah suka fikiran-fikiran kreatif tentang hal yang murah hati bagi orang yang keperluan. Hal memberi dengan murah hati adalah untuk memberi dengan ekstra, melebihi asas-asas, mengatasi apa yang diharapkan, lebih sampai menjadi kejutan, dsb. Orang yang murah hati memikir dan memberi dengan cara demikian, dan Allah berjanji untuk memberkati mereka dalam kehidupan ini dan dalam kehidupan kemudian di akhirat.
Pemberian demikian membuktikan kehidupan yang kekal. Paulus memberitahu orang kaya supaya “bersedia untuk mengagih-agih, rela untuk memberi”. Dengan berbuat demikian, mereka memungkinkan pengumpulan, “bagi diri mereka sendiri suatu dasar yang baik bagi masa yang akan datang, supaya mereka dapat berpegang kepada hidup yang kekal” (1Tim 6:17-19). Yesus Kristus akan mengingati apa pun tindakan belas ihsan yang telah dilakukan terhadap saudara-saudaranya yang paling rendah (Mat 25:31-46).
Peraturan-peraturan Allah untuk memberi bermula dengan keluargamu (Ams 13:22; 1Tim 5:8), kemudian orang miskin di gerejamu dan pastormu yang setia, jika kamu ada pastor demikian (Kis 2:42-47; 4:32-37; Gal 6:6), kemudian orang miskin di gereja-gereja benar yang lain (Rom 15:26), dan kemudian orang miskin yang Allah taruh di tengah-tengah perlanjutan kehidupanmu yang biasa (Luk 10:25-37). Kamu tidak perlu mencari orang miskin di luar kawasan-kawasan tersebut, dan memberi wang kepada para penginjil yang menyiar di kaca televisyen adalah terkutuk (Ams 22:16; Luk 14:12-14).
Siapakah yang dapat kamu bantu dengan murah hati? Keras-keras berfikir. Ia patut menjadi keutamaan kehidupanmu untuk membantu orang yang keperluan. Ia patut mengujakan! Allah tidak mempertanggungjawabkanmu untuk membantu semua orang miskin di dunia, tetapi Dia akan membawa peluang-peluang ke dalam kehidupanmu (Luk 10:25-37). Dan Dia mengasihi seorang pemberi yang ceria, maka pastikan dirimu langsung tidak merungut dalam hal memberi (2Kor 9:7; Kis 20:35; Rom 12:8).
Mata yang paling dermawan di seluruh alam semesta dimiliki Allah Yang Berbahagia di syurga, TUHAN Jehovah. Dia menyampaikan sinaran matahari, hujan, dan musim-musim berbuah kepada semua orang, meskipun kepada musuh-musuhNya (Mat 5:45; Kis 14:17). “TUHAN baik kepada semua: dan belas kasihannya yang lemah-lembut ada di atas segala karyanya” (Maz 145:9). Tetapi jauh melebihi berkat-berkat biasa setiap hari, Dia memberi AnakNya yang tunggal untuk mati bagi orang yang tiada kekuatan untuk membantu diri mereka sendiri (Rom 5:6; 2Kor 8:9; 9:15).