Amsal · Proverbs

22:7
Yang kaya memerintah atas yang miskin, dan peminjam ialah hamba kepada pemiutang.

Wang itu kuasa. Mereka yang memilikinya, memerintah. Mereka yang tidak memilikinya, mengabdikan diri. Salomo nampak hakikat ini dengan memerhatikan masyarakat manusia (Pkh 1:12:18). Amsal ini hanya pemerhatian: kamu yang harus mencari pelajaran-pelajarannya. Salomo tidak mengajar orang kaya untuk menindas, dan juga tidak mengajar orang miskin untuk merusuh. Alkitab mengutuk kedua-dua kesalahan itu. Allah telah menciptakan kedua-dua orang kaya dan orang miskin, bagi satu sama lain (Ams 22:2). Hikmah kewangan amsal ini sedikit disembunyikan bagi yang tekun untuk mencari (Ams 1:6).

Wang dapat merosakkan orang. Mereka yang memilikinya kerap kali buta terhadap hikmah (Ams 18:11; 28:11), buta terhadap agama (Ams 30:9; Mat 19:24), dan buta terhadap orang lain (Ams 18:23). Mereka yang mengingininya sudah buta terhadap kesia-siaannya (Ams 23:5; Pkh 5:10), godaannya (Ams 28:20,22), dan bahayanya (1Tim 6:9-10). Wang sendiri tidak boleh dipakai sebagai sukatan akhlak, kerana Allah menyampaikan kemakmuran kepada orang bebal juga (Ams 1:32; Maz 49:6-20). Ia dapat merosakkan kedua-dua tuan dan hamba, tetapi kedua-dua mereka harus berjawab kepada Kristus sendiri (Efe 6:5-9).

Wang ialah keumpilan. Ia dapat membeli penyelesaian bagi masalah-masalahmu (Pkh 7:12; 10:19). Ia dapat diberi sebagai pinjaman kepada orang lain yang menjadikan mereka sebagai hamba. Allah melindungi orang miskin di Israel – bunga atau syarat-syarat yang menyebelahi si pemiutang [pemberi pinjaman] tidak dapat dipakai (Ams 14:31; 22:16,22; Kel 22:25; Ima 25:36-37; Ula 15:1-11). Bunga hanya dikenakan kepada orang yang bukan percayawan (Ula 23:19-20). Orang yang tidak bekerja ditolak, sementara kelaparan ialah guru yang paling baik (Ams 16:26; 20:4; 2Tes 3:10).

Allah menginginkan Israel untuk menjadi negara pemiutang – memberi pinjaman wang (Ula 28:12-13,43-44). Para si pemiutang ialah kepala, dan si penghutang ialah ekor. Si pemiutang menguasai si penghutang. Jika Israel mentaatiNya, Dia telah berjanji untuk menjadikan mereka si pemiutang; jika mereka derhaka, Dia telah berjanji untuk menjadikan mereka si penghutang. Allah menyimpan apa yang lebih baik bagi umatNya daripada menjadi hamba melalui keberhutangan wang. Kamu harus bekerja dan menabung untuk mengelak hutang (Rom 13:8; 1Kor 7:21).

Cita-cita salih mengelak hutang yang bebal dan yang tidak perlu (1Kor 7:32). Keberhutangan harus dibayar dengan menepati waktu (Ams 3:27-28; Rom 12:17). Keadaan muflis peribadi bukan suatu jalan bagi orang Kristian (Maz 37:21; 1Pet 4:15). Orang yang baik berdoa bagi pendapatan dan kemakmuran yang sederhana (Ams 30:7-9). Setiap percayawan haruslah ada cukup bagi dirinya dan juga dapat membantu orang lain (1Tes 4:11-12; Efe 4:28). Keselamatan yang sejati melibatkan sikap membayar segala hutangmu (Luk 19:8-9).

Mengurangkan hutang ialah peraturan ilmu ekonomi Alkitab. Kedua-dua negara dan rakyat berada dalam keadaan berhutang pada zaman kini; pengiklanan mempromosikannya; pinjaman menajakannya; undang-undang cukai menggalakkannya; mahkamah muflis melindunginya. Allah menganggapnya sebagai kebebalan dan pengabdian (Ula 15:6; Neh 5:1-13). Amerika sudah menjadi negara ekor! Suatu negara yang hamba! Tidak kira apa pun yang difikir mereka! Ia telah membina rumah yang mudah roboh di atas rumah piramid hutang. Pinjaman bagi rumah tanpa cagaran dan pinjaman dengan hanya bayar bunga? Biar Allah melarangkannya! Yang kepala itu akan tidak lama lagi menjadi ekor yang bergoyang-goyang, dan rumah yang mudah roboh itu akan habis ranap dalam keadaan panik dan kebinasaan.

Hanya orang bebal suka keumpilan, kerana ia memotong seperti pisau bermata dua. Salomo kerap memberi amaran terhadap risiko-risiko kewangan (Ams 6:1-5; 11:15; 17:18; 20:16; 22:26-27; 27:13). Orang miskin tidak harus menerima pinjaman, kerana bunga lebih tinggi bagi mereka, dan mereka tidak ada aset untuk membayar habis aset-aset mereka. Orang miskin kekal miskin kerana tabiat perbelanjaan dan peminjaman mereka yang bebal. Kad kredit merupakan kutuk kepada semua kecuali kepada orang yang sungguh berhikmah – lebih mudah mendapat kredit [pinjaman], lebih tinggi tuntutan bayarannya.

Orang salih ada keadaan kredit yang cukup sempurna, kerana dia selalu membayar tepat pada waktunya (Luk 16:10-12; 1Kor 10:32; 1Tes 4:12). Dia ingin kuasa untuk memohon pinjaman, tetapi dia tidak pernah memerlukan pinjaman (Ams 22;3). Dia seorang pemiutang dan pemberi, selalu bersedia untuk membantu mereka yang dalam keperluan, dan dia berpegang kepada hidup yang kekal (Ams 28:8; Maz 112:9; 1Tim 6:17-19). Dia tahu kecairan ialah rahsia orang berhikmah (Ams 21:20; Efe 4:28).

Jika kamu miskin secara benar dan munasabah, janganlah kecewa. Ia merupakan tanda yang baik, sebab pilihan Allah berpihak kepada orang miskin (Luk 1:53; 1Kor 1:26-29; Yak 2:5). Kamu mungkin juga seorang hamba kepada orang kaya yang paling zalim di dunia, tetapi kamu merupakan orang merdeka Tuhan. Dan jika kamu seorang merdeka di bumi, kamu merupakan hamba Tuhan (1Kor 7:22). Allah menjadikan kedua-duanya kerana ada rancangan yang lebih baik (Ams 22:2). Bersoraklah kegembiraan!

Ada cerita orang kaya dan miskin yang menyukakan orang kudus. Yesus Kristus kaya seperti Allah sendiri (Flp 2:5-6). Dia menjadi anak miskin seorang tukang kayu di Nazaret dan mati di kayu salib (Flp 2:7-8). Mengapa? Supaya orang pilihan Allah, yang telah dikutuk kepada upah seksaan kekal bagi dosa-dosa mereka, dapat beroleh kaya melalui kemiskinanNya, sebagai para pewaris hidup kekal dan pewaris syurga (2Kor 8:9). Bagaimanakah Allah mengganjari perbuatan Yesus? Dia disanjungi selama-lamanya (Flp 2:9-11).