23:13
Janganlah menahan pembetulan bagi anak: sebab jika kamu memukul dia dengan tongkat, dia tidak akan mati.
Hukuman jasmani bagi kanak-kanak ialah suatu hukum dari syurga. Ini bukan suatu pilihan, cadangan atau teori. Tujuannya cukup mudah – menyelamatkan kanak-kanak daripada maut pramasa atau maut yang tidak perlu. Memperbahaskan atau menentang perintah ini menjadikan kamu bersubahatan di dalam pembunuhan anak, sebab kamu menolak cara Allah menyelamatkan nyawa kanak-kanak. Biarlah Allah benar, tetapi setiap manusia pendusta!
Seluruh dunia menganggap dan percaya mereka ada idea yang lebih baik – biarkan anak melakukan apa-apa yang ingin dilakukan sahaja, dan kebebasan itu akan mendorongnya untuk menjadi disiplin dan berhikmah secara semula jadi. Tambahkan sedikit lawatan ke zoo, muzik duniawi, dan saling berbalas mesej antara rakan sebaya dungu, dan mereka akan bertumbuh seperti pendidik-pendidik lalang yang menciptakan idea anti-Allah!
Hasil experimen ini cukup jelas kepada semua kecuali kepada mereka yang ingin tetap buta – orang belia pada hari kini yang dipanggil sebagai dewasa semata-mata sungguh narsisistik [cenderung memuja atau mengagumi diri sendiri dgn berlebihan], sombong, jahil, malas, dan adalah pemberontak bebal, seperti Alkitab telah mewaspadakan dan jelaskan (Ams 22:15; 29:15; Maz 14:1). Bukti pendakwaan ini melebihi skop ulasan ini, tetapi kemerosotan moral beberapa generasi kebelakangan ini cukup mudah untuk diperhatikan dan disukat dengan apapun sukatan integriti sosial.
Pembetulan yang disebut ini ialah hukuman jasmani, sebab ia melibatkan pemakaian suatu tongkat. Moyangmu memahaminya dengan baik, sebab perbuatan memukul itu cukup jelas kepada minda mereka yang tenang dan serius. Tongkat itu banyak menyumbang kepada zaman kegemilangan Amerikadan ketenteraman masyarakatnya dahulu. Biarlah Esiklopedia Britannica (Edisi ke-14) mengingati yang jahil atau yang kepondanan:
SEBATAN adalah salah satu cara yang paling banyak dipakai sejagat untuk hukuman jenayah umum, dan juga cara yang dipakai untuk mengekalkan disiplin keluarga, domestik, tentera dan akademik.
Arahan daripada Allah dan Solomo itu adalah untuk memakai cara pembetulan ini dengan kanak-kanak. Ia harus dipakai untuk menyelamatkan nyawa mereka, dan ia patut dilakukan awal-awal (Ams 13:24; 19:18). Ia merupakan suatu tanda kasih yang benar (Ams 3:12; 13:24), sebab ibubapa yang merindukan masa depan yang baik bagi anak-anak mereka akan ingin mengusir keluar kebebalan daripada hati mereka (Ams 22:15; 29:15,17).
Ibubapa yang menolak pemakaian tongkat membenci anak-anak mereka dan akan membawa bencana kepada mereka, sebab mereka akan membesar dengan dikuasai kebebalan semulajadi yang memberi kesan buruk kepada diri mereka sendiri. Apapun alasan sentimental yang merepek atau yang karut untuk menyatakan kesan sebaliknya tidak berkaitan, sebab tindak laku ibubapa yang bebas itu membuktikan mereka tidak pedulikan masa depan anak-anak mereka. Ketaatan yang tenang dan serius kepada kekuasaan menyelamatkan nyawa, tetapi untuk hanya mengurung anak atau menolak wang sakunya sehari atau dua tidak akan mendidik itu ke dalam batin mereka.
Bagaimanakah cara anak boleh mati? Ada seribu cara! Membunuh diri ialah emosi yang tidak terkawal. Anak-anak yang tidak berdisiplin tidak taat kepada had kelajuan, undang-undang dadah, undang-undang senjata, dan kekuasaan polis. Mereka menunjuk-nunjukkan kemarahan, iri hati, dan keangkuhan, yang akan menyebabkan percanggahan yang mencelakakan. Anak-anak yang tidak berdisiplin melanggari kontrak perkahwinan dan kontrak-kontrak lain, yang boleh membawa pembunuhan atau hukuman mati. Sudah tentulah Solomo telah menulis amsal ini sewaktu zaman kerajaan yang mengamalkan hukuman mati.
Tetapi ada beberapa cara lain untuk mati juga. Ada sesetengah pekerjaan yang menemui jalan mati, sebab seseorang anak yang tidak terdidik tidak akan mentaati kekuasaan, tidak dapat bekerjasama dengan orang lain, atau tidak mahu belajar apapun kemahiran mudah alih. Sesetengah perkahwinan merupakan perkahwinan mati, oleh sebab sifat angkuh kebudakan dan sikap mementingkan diri sendiri membinasakan persatuan itu yang diciptakan bagi kedamaian dan kenikmatan. Orang bebal boleh merosakkan perhubungan-perhubungannya, dan sesuatu jiwa dapat mati secara praktikal kerana kesakitan dan masalah hasil daripada kebebalannya sendiri.
Hukuman jasmani yang dipakai secara tekal dan penuh kasih akan mencegah pelbagai maut ini. Bersyukurlah kerana Allah cukup mengasihi anak-anakNya untuk menghukum dan menyebat mereka (Ibr 12:5-10). Memalingkan seseorang balik kepada pangkal jalan kebenaran akan menyelamatkan satu jiwa dan menyembunyikan banyak dosa (Yak 5:19-20), dan sekali-sekala ia mungkin melibatkan cara yang lebih dahsyat untuk mendapat mereka untuk berpaling (Ams 26:3; 29:19). Allah telah berfirman; isu ini tidak boleh diperbahaskan (Maz 119:128; Yes 8:20).