23:14
Kamu akan memukulnya dengan tongkat, dan akan melepaskan jiwanya dari neraka.
Allah dan Raja Solomo ada cuba untuk membantumu menyelamatkan anak-anakmu. Sang Pencipta telah menangani hal didikan anak, dan Dia terus terang mentahbiskan hukuman jasmani untuk menyelamatkan anak-anak daripada masalah dan kematian pramasa. Pemakaian tongkat untuk menyampaikan sedikit kesakitan tubuh yang akan menyelamatkan anak daripada kesakitan besar kehidupan yang disfungsi dan yang membinasakan dan/atau penghakiman Allah.
Kamu dapat membaca segala buku psikologi atau segala buku teks didikan anak puas-puas – namun, tiada apa pun cahaya atau hikmah dalam kebanyakannya (Yes 8:20). Allah telah berbicara; isu ini sudah muktamad (Maz 119:128). Apakah yang akan kamu buat bagi anak-anakmu? Pilihlah jalan dunia yang sedang gagal, atau jalan-jalan purbakala yang diilhamkan Allah dan yang diikuti moyangmu dengan kejayaan yang sungguh baik?
Mantera bagi masyarakat yang keperempuanan, permisif [membenarkan sewenang-wenangnya], dan yang disfungsi ini ialah: “Kanak-kanak tidak boleh dipukul”. Bagaimanakah mereka menggubahkan dendang yang tidak masuk akal ini? Dengan menggalakkan gadis-gadis sekolah menengah berkhayal bersama-sama dalam Kelas Sosial gagasan-gagasan mereka menjadikan dunia lebih baik! Allah Yang Maha Pencipta telah memberi jawapan yang muktamad dan dengan kekuasaan bagi hal ini, dan 6,000 tahun sejarah dunia sudah mengesahkannya. Rumah tangga dan masyarakat yang paling teratur ialah mana yang berdisiplin, dan yang berdisiplin itu memakai hukuman jasmani untuk mencapainya.
Setiap pasangan ibubapa harus memilih. Akankah kamu menunduk kepada firman Allah sebagai kekuasaan yang muktamad, atau akankah kamu bersembahyang di mazbah pendidikan dan psikologi moden? Tanpa iman kepada Allah dan firmanNya, seseorang menjadi tidak munasabah, tidak berupaya berfikir wajar, dan mudah terpengaruh oleh haprak seperti Benjamin Spock punya, “Baby and Child Care”, atau A.S. Neill punya, “Summerhill: A Radical Approach to Childrearing”. Kedua-duanya karut dalam isi kandungannya dan muflis dalam hasilnya. Adakah penilaian ini bagi orang moden terlalu kasar? Sedikit pun tidak (Rom 1:21-32; 1Tim 6:3-5,20-21)!
Tiada kekeliruan kepada para percayawan Alkitab bagi apa yang menimbulkan masyarakat hippie dan pemberontakan pada 1960-an dan mencetuskan suasana jenayah, riadah dadah, anak-anak luar nikah, dan kemudaratan markah-markah ujian. Itulah generasi yang pertama yang membangkitkan khayalan Spock yang anti-Allah itu, yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1946 dan menjadi negara punya buku terlaris. Apakah fikiran En. Spock kemudian, selepas memerhatikan hasilnya, dan melihat cucu lelakinya sendiri membunuh diri? Doktor itu mengakui bahawa bukunya, yang berilhamkan khayalan gila Freud dan kerosakan kemanusiaan Darwin, telah didasarkan teori-teori yang tidak teruji dan yang telah gagal.
Adakah kesakitan bantu membina? Adakah kamu lebih teliti kepada had lajumu selepas menerima saman? Cuba kamu fikir betapa berhati-hati akan kamu memandu, jika kamu menerima saman bagi setiap pelanggaran undang-undang jalan raya! Berapa teliti akan kamu menjaga akaun kira-kira kamu jika Lembaga Hasil Dalam Negeri menyatakan kepadamu suatu audit [pemeriksaan] akan dilangsungkan? Kesakitan memang membina! Memikirkan kesakitan pun membina! Isu ini sebegitu mudah sampai ia tidak perlu dibincangkan pun. Namun, dunia masih berterusan, menjerit menentang hukuman jasmani yang menyayang, sementara menjerit untuk hak membunuh anak yang belum lahir dan penjara sepanjang hayat bagi para penjenayah sampah masyarakat. Itulah hasil pendidikan liberal [fahaman bebas] (1Kor 1:19-20; 3:19-20)!
Fikiran bahawa diri sendiri lebih berhikmah daripada Allah dan 6,000 tahun sejarah dunia dan memupuk suatu khayalan moden untuk didikan anak ialah kebebalan. Allah sudah berbicara dengan sungguh jelas. Kamu tidak boleh memperbaiki hikmah Amsal yang sudah terang, tidak kira apa pun pendekatan yang kamu pilih dalam keangkuhanmu. Penambahan kekerasan atau penambahan kelonggaran tidak akan berjaya. Kanak-kanak punya sifat memang bebal; tongkat akan mengusir itu keluar daripada mereka; mereka dapat diselamatkan daripada pembinasaan diri sendiri. Mereka boleh membesar untuk menjadi dewasa yang berhasil, yang menjadikan ibubapa sungguh gembira, jika tongkat dipakai dengan banyak dan dengan cekal hati (Ams 3:11-12; 13:24; 19:18; 22:6,15; 23:13-14; 29:15,17).
Menahan hukuman jasmani ialah penderaan kanak-kanak (Ams 13:24). Kalau sayang memakai tongkat, rosaklah anak itu. Kanak-kanak mesti dipukul. Kanak-kanak harus belajar untuk menunduk kepada kekuasaan kasih ibubapa dalam umur pembentukan mereka, kalau tidak mereka akan menjadi dewasa yang suka melawan, angkuh, dan mementingkan diri sendiri. Mereka akan ada masalah untuk menunduk kepada kekuasaan-kekuasaan yang lain dalam pelbagai perhubungan kehidupan. Disiplin diri yang diperlukan dalam dewasa bergantung kepada disiplin ibubapa ketika kanak-kanak. Ia kejam untuk mengelak sedikit kesakitan kepada ibubapa dan anak sekarang yang pasti akan menjadi kesakitan yang lebih besar kepada kedua-dua pihak pada masa depan.
Apakah itu tongkat dalam amsal ini? “Suatu anak batang yang lurus dan nipis, yang bertumbuh atau dipotong daripada pokok, semak, dsb.” (OED diterjemahkan). Ia dikenali sebagai rotan (Ams 10:13). Ia sangat diperlukan sebagai cemeti bagi kuda dan tali kekang bagi keldai (Ams 26:3). Ia bukan belantan, kerana tujuannya bukan untuk menjadikan parah, tetapi untuk pembetulan yang mengasihi. Pemakaiannya akan meninggalkan tanda-tanda sebatan atau bilur-bilur di belakang, yang adalah sama keberkesanannya kepada anak seperti keberkesanan saman atau audit kepada ibubapa dewasa (Ams 17:10; 19:29; 20:30).
Apakah keselamatan daripada neraka dalam amsal ini? Ini tidak boleh secara harfiah dinyatakan sebagai lautan api, sebab kalau begitu hidup kekal akan berdasarkan disiplin anak dan bukan rahmat Allah. Tetapi neraka juga dipakai secara metafora untuk kesesakan, kebinasaan, dan maut (Maz 16:10; 18:5; 86:13; 116:3; Yes 5:14; 28:15; Yon 2:2). Di sinilah kehidupan yang disfungsi dan yang kesesakan yang membawa kepada kematian pramasa, sama ada melalui kemalangan, jenayah, balas dendam, ataupun hukuman mati. Tongkat sememangnya keselamatan!
Masa depan keluargamu, gerejamu, dan negaramu bergantung kepada pemakaian berhikmah firman yang berilham dan yang tiada kesalahan oleh Allah. Orang yang bersuka dan mentaatinya akan diberkati. Orang yang menafikannya dan menolaknya akan menanggung akibatnya, seperti yang mana-mana orang jujur pun boleh lihat sekarang. Kesan-kesan memberontak terhadap firman Allah dan melepaskan anak-anak yang rosak ke dalam dunia sedang muncul dalam masyarakat sekarang. Selamatkanlah anak-anakmu pada hari ini! Terima kasih, ya Tuhan syurga dan bumi, bagi arahanmu yang berilham dan yang tiada kesalahan tentang didikan wajar kanak-kanak.