Amsal · Proverbs

23:12
Pakailah hatimu untuk menuruti arahan, dan telingamu untuk menuruti kata-kata pengetahuan.

Ambil perhatian! Ini bukan amsal yang membosankan. Serahkanlah hatimu dan telingamu kepadanya. Keinginan untuk arahan dan kerelaan untuk mendengar pembetulan ialah tanda-tanda kehebatan dan akhlak mulia (Ams 12:1; 13:18; Kis 17:11). Kurang orang memakai diri sendiri untuk belajar pengetahuan dan hikmah. Mereka lebih berminat dalam hal kenikmatan dan keseronokan. Bunyi perkataan “belajar” rasa macam terlalu banyak kerja.

Ada banyak perbezaan di antara manusia. Sesetengah orang pemenang; sesetengah pula pengalah. Sesetengah berhikmah; sesetengah pula bebal. Manusia berbuat pilihan yang sama ada menghilangkan hikmah ataupun memperoleh hikmah. Orang yang terhormat dan yang berakhlak mulia akan mengorbankan apa yang lain dalam kehidupan supaya dapat mengejar hikmah, tetapi seorang bebal akan lebih suka mendengar dirinya bercakap (Ams 18:1-2; 15:14; 17:24; Pkh 10:12-15).

Orang yang mencari hikmah akan ada suatu kehidupan yang bahagia dan yang berjaya, sebab dia memahami dunia dengan betul, membuat keputusan-keputusan yang berguna, dan mengelak kepedihan dan masalah. Tetapi orang bebal atau pencemuh, yang angkuh dalam kejahilannya sendiri, menerus di dalam jalannya dan dihukum oleh fikirannya yang keliru dan daya yang membuat keputusan yang teruk sekali (Ams 17:16; 11:29; 13:15; 14:16; 15:10; 22:3,5).

Ada 1,440 minit dalam setiap hari. Berapakah banyak yang kamu pakai untuk mencari hikmah? Berapakah banyak yang kamu pakai untuk mencari arahan? Orang Amerika yang biasa menonton televisyen 3-4 jam, atau 210 minit, setiap hari – dan tidak satu minit pun mengajar hikmah. Tidak hairanlah bangsa sudah muflis secara kewangan dan secara moral. Setiap minit televisyen memakai seminit peluang untuk hikmah. Kebebalan ialah hasil yang pasti untuk para peminat Hollywood, sukan, atau Facebook.

Tetapi televisyen bukanlah satu-satunya pesalah dalam generasi yang gila kenikmatan ini (2Tim 3:1-4). Bagaimana pula dengan memuat naik mesej dan gambar di media sosial, saling menghantar teks berborak kosong, mengeciap, wayang, majalah, muzik, sukan, hobi, keasyikan menghiasi halaman, konsert, permainan video, dan melayari Internet, di antara banyak lagi? Ketika seseorang memilih untuk menyanjungi aktiviti-aktiviti tersebut, dia menghilangkan nasihat yang diberi oleh Salomo dalam amsal ini, untuk 1,440 minit dalam sehari yang lekas ke longkang dan dihilangkan.

Hanya segelintir lelaki dan perempuan baik akan memakai diri mereka untuk mengejar hikmah dan menuai hasil yang sungguh ajaib (Mat 7:13-14). Dapatkah kamu menumpukan perhatian kepada sasaran dan mengerah usaha untuk belajar hikmah sejati setiap hari? Adakah kamu membaca Alkitab setiap hari? Adakah kamu sekerap semungkin menghadiri gereja yang mengkhutbahkan Alkitab? Adakah kamu mencari nasihat daripada para penasihat yang berhikmah dan yang bersikap terkawal dan takzim sebelum membuat keputusan-keputusan yang besar (Ams 11:14)? Ambil perhatian kepada amsal ini!

Salomo menjelaskan seseorang yang berserah kepada hikmah. Dia memakai dirinya sendiri dalam pelbagai cara kepada sasaran, dan dia mencapai objektifnya (Ams 2:1-9; 18:1). Tetapi minda orang bebal selalu merayau merata-rata di dalam bayangannya, meskipun hikmah terang-terang ada di hadapannya (Ams 17:24; 9:1-6; 14:6; 18:2). Jadi, Salomo menekankan keperluan untuk memakai diri sendiri bagi pemerolehan hikmah (Ams 5:1-2; 7:1-4; 8:32-36; 15:31-32; 22:17-21; 23:19,23; Maz 90:12).

Berapa banyak perhatian yang diberi hatimu dan telingamu selepas mendengar arahan dan pengetahuan dalam amsal ini? Apakah perubahan yang akan kamu buat pada hari ini? Sudahkah kamu membaca firman Allah supaya ia dapat memberi arahan kepadamu dan menambahkan pengetahuanmu? Sudahkah kamu menanyakan ibubapamu untuk nasihat dalam hal yang sedang mengganggu dirimu? Dapatkah kamu ingat apa yang telah dikhutbahkan pada minggu lepas? Arahan dan pengetahuan ialah anugerah yang sungguh berharga; maka pakailah itu dengan sebaik-baiknya, sebab kehidupan tanpanya amat memedihkan.