23:25
Bapamu dan ibumu akan bergembira, dan dia yang telah melahirkanmu akan bersukacita.
Apakah cara yang paling baik untuk menjadikan ibumu gembira? Jadilah anak yang benar dan berhikmah. Seorang ibu ada keinginan dan harapan supaya anak yang dia kandung dan lahir akan menjadi salih.
Ayat ini ialah bahagian kedua amsal. Di sinilah bahagian yang pertama: “Bapa orang benar akan bersukacita besar-besaran: dan dia yang telah memperanakkan anak berhikmah akan memperoleh sukacita daripadanya” (Ams 23:24). Sesudah menulis bahawa anak yang benar dan berhikmah akan membawa ayahnya sukacita yang besar, Solomo kemudian lanjut menulis tentang kegembiraan dan sukacita seorang ibu yang ada anak sedemikian.
Mengapakah seseorang perempuan mensenyawakan, mengandung, melahir, menyusu, dan dengan tidak mengenal penat lelah membangunkan seorang anak? Kerana dia tidak tahu bagaimana untuk mengelak itu? Kerana perempuan yang lain melakukannya? Kerana dia sunyi? Kenangan seorang bayi yang menyusu atau yang mengambil langkah pertama untuk berjalan adalah berbahaya. Seorang anak yang bebal dan durjana akan menghancurkan kenangan-kenangan sedemikian dan menggantikannya dengan dukacita, kepedihan, keaiban, dan masalah.
Hai perempuan, satu-satunya cara kamu patut mensenyawa, mengandung, melahir, menyusu, dan membangunkan seorang anak adalah untuk mendidiknya untuk takut akan TUHAN supaya menyenangkan Allah, melayani orang lain, dan menghiburkan hatimu. Jika kamu tidak melakukan itu, kamu melanggari panggilanmu yang suci di bawah syurga, membawa wujud seorang yang akan menderita dalam kehidupan dan kekalan, dan merosakkan tahun-tahun akhirmu sebelum memasuki kuburmu dengan dukacita.
Jika kamu tidak mendidik keturunanmu, Solomo telah menulis, “Tongkat dan teguran memberi hikmah: tetapi seorang anak yang terbiar membawa malu kepada ibunya” (Ams 29:15). Dan “Amsal-amsal Solomo. Seorang anak lelaki yang berhikmah menjadikan ayah gembira: tetapi anak lelaki yang bebal ialah kepiluan ibunya” (Ams 10:1). Dan, “Anak yang bebal ialah kepiluan kepada ayahnya, dan kepahitan kepada perempuan yang melahirkannya” (Ams 17:25).
Hikmah Allah untuk dirimu adalah supaya kamu akan menghadapi keaiban besar, kepedihan besar, dan kepahitan besar kerana tidak mendidik anak yang kamu mensenyawakan, mengandung, melahir, menyusu, dan membangun. Tetapi yang bertentangan dengan itu adalah lebih benar. Jika kamu mendidik anakmu dalam takut akan Tuhan, anakmu boleh dan akan membawamu kesukaan besar, seperti Samuel buat bagi Hana, Timotius buat bagi Eunike dan Lois, dan banyak contoh lagi.
Lelaki yang kamu kahwin dan yang olehnya kamu mensenyawakan anak patutlah lelaki yang setia dan yang salih – orang yang akan dengan teliti dan dengan cekal hati mendidik anakmu. Adakah ibubapamu mengajarmu ini dan mewajibkan sifat ini ketika kamu sedang mencari seorang suami? Akankah kamu menjadikan ini hal yang penting bagi perlindungan yang kamu beri bagi anak-anak perempuanmu sebelum perkahwinan?
Ayah merupakan guru yang paling utama bagi anak dalam rancangan Allah bagi keluarga (Kej 18:19; Yos 4;21-22; Maz 78:1-8; Yes 38:19; Yoe 1:1-3; Efe 6:4). Tetapi kamu juga ada peranan, seperti Batsyeba buat dalam kehidupan Solomo dan Naamah buat dalam kehidupan Rehabeam (Ams 1:8; 4:1-3; 6:20). Semua Amsal bab 31 ialah arahan daripada ibu pemaisuri kepada Raja Lemuel (Ams 31:1-31).
Hai anak, apakah jalan yang paling baik untuk menjadikan ibumu gembira? Jadilah anak yang benar dan berhikmah. Seorang ibu yang baik ada keinginan dan harapan yang besar supaya anak-anak yang dia kandung dan lahir akan menjadi salih. Dengan menghormatinya dan dengan kehidupan yang salih, kamu juga menghormati Allah dan membawa berkat-berkat yang dua kali ganda.
Kamu boleh memastikan segalanya yang ibu buat bagimu diringankan sementara dia bersukacita di dalam kehidupanmu yang salih dan yang berhasil, atau kamu boleh menyebabkannya keaiban besar, kepedihan besar, dan kepahitan besar. Fikir tentang hal ini, sebab Allah dan manusia akan mengganjarimu menurut cara yang kamu melayani ibumu.