24:20
Sebab ganjaran tiada bagi orang jahat; nyala lilin orang durjana akan dipadamkan.
Orang jahat akan diganjari, dengan cara apa pun. Tetapi mereka tidak akan mendapat ganjaran yang baik – mereka tidak akan diberkati atau diredai syurga. Allah akan mengganjari orang durjana dengan dukacita, kepedihan, dan maut. Dia akan memutuskan nyawa mereka dan menghantar jiwa mereka ke seksaan kekal.
Ayat ini ialah bahagian kedua suatu amsal. Ini bahagian yang pertama: “Jangan dirimu gusar kerana orang jahat, dan juga jangan dirimu beriri hati terhadap orang durjana” (Ams 24:19). Kamu tidak harus khuatir atau cemburu kerana memandang orang jahat makmur; Allah tidak akan membenarkan mereka untuk mengalami pengakhiran yang baik.
Ketika Salomo menulis di sini bahawa orang jahat tiada ganjaran, dia bermaksud ganjaran yang baik; dia bermaksud berkat dan keredaan dari surga. Allah tidak akan mengganjari orang jahat dengan hal-hal yang sebegitu baik – Dia akan mengganjari mereka dengan hukuman untuk membinasa mereka dengan pedih sekali seperti yang dinyatakan dalam klausa terakhir. Allah akan memadamkan nyala lilin mereka: Dia akan mengakhiri kehidupan mereka yang durjana itu.
Peraturan yang hebat bagi hikmah adalah untuk mengenal masa depan yang pasti bagi orang durjana. TUHAN Jehovah menjadikan segalanya bagi diriNya sendiri, bahkan orang durjana bagi saat Dia membawa celaka ke atas mereka (Ams 16:4). Pemazmur manis Israel telah menulis, “Orang durjana akan diubahkan kepada neraka, dan juga segala bangsa yang melupakan Allah” (Maz 9:17). Ia tidak penting jika mereka main NBA, memenangi Oscar di Hollywood, membawamu berita yang baik di NBC, atau memegang suatu jawatan di pejabat Presiden Amerika Syarikat.
Ada dua jenis ganjaran – hal yang baik bagi kelakuan yang baik, dan hal yang buruk bagi kelakuan yang buruk. Orang jahat tidak mendapat ganjaran yang baik, tetapi mereka akan diganjari – mereka akan diganjari dengan kematian dan neraka. Orang benar akan diganjari dengan berkat dan keredaan Allah baik sekarang mahupun di akhirat. Betapa berbeza! Bagaimanakah kamu ingin hidup pada hari ini?
Orang salih tidak akan gusar tentang orang jahat atau beriri hati dengan kejayaan mereka yang sementara sahaja. Mereka memandang ke depan kepada balas dendam Allah: “Orang benar akan bersukacita ketika dia melihat pembalasan itu: dia akan membasuh kakinya dalam darah orang durjana. Supaya orang akan berkata, Sesungguhnya ada ganjaran bagi orang benar: sesungguhnya dia Allah yang menghakimi di bumi (Maz 58:10-11).
Nyala lilin seseorang ialah nyawanya, seperti Roh Kudus turut menunjukkan kita di tempat-tempat yang lain (Ayb 18:5-6; 21:17; Ams 13:9; 20:20). Cahaya nyawa meliuk-liuk dalam manusia yang hidup, tetapi percikan api sedikit pun tiada di dalam tubuh manusia yang sudah mati. Fikir tentang orang durjana dan amsal ini dengan cara demikian: ia jauh lebih mudah bagi Allah di syurga untuk mencabut nyawa orang durjana daripada kemudahanmu memadam nyala lilin!
Ia godaan biasa untuk gusar atau khuatir tentang orang durjana terlepas dengan kejahatannya; ia biasa untuk beriri-hati dengan apa yang nampak sebagai kebahagian dan kejayaan mereka. Tetapi arahan hikmah adalah untuk belajar bahawa pandangan yang sebegitu rabun jauh tentang mereka adalah kebinatangan. Berhentilah sikap gusar dan sikap beriri-hati dan bersukacitalah akan pembinasaan mereka yang tidak lama lagi akan sampai (Maz 37:1-3; 73:1-22; Ams 3:31-35; 23:17-18; 24:1-2).
Kamu memilih setiap hari apa jenis ganjaran yang akan kamu dapat. Musa memberitahu Israel sebelum dia mati, “Aku memanggil syurga dan bumi untuk mencatatkan hari ini terhadap kalian, bahawa aku telah menetapkan di depan kalian hidup dan maut, berkat dan kutuk: maka pilihlah hidup, supaya kedua-dua kamu dan benihmu dapat hidup” (Ula 30:19). Masa depanmu dan masa depan keluargamu bergantung kepada pilihanmu pada hari ini.