Amsal · Proverbs

24:19
Jangan dirimu gusar kerana orang jahat, dan juga jangan dirimu beriri hati terhadap orang durjana;

Hollywood berbohong. Jangan biar kehidupan orang durjana yang glamor menganggumu. Para pendosa nampak makmur. Mereka nampak bahagia. Mereka fikir mereka akan terlepas daripada hukuman dosa. Tetapi pengakhiran mereka menjelang. Allah akan mengetawakan mereka dan membinasakan mereka. Jangan beriri hati kepada kejayaan sementara mereka.

Ada Allah di syurga, dan Dia menghukum para pendosa dengan keras-keras (Maz 58:6-11). Dia akan mendapat ketawa yang terakhir bagi pemberontakan mereka terhadapNya dan terhadap firmanNya. Kebahagiaan mereka dilagakkan; kejayaan mereka suatu bayangan, kemakmuran jangka masa panjang mereka ialah suatu perdayaan. Mereka mengalami masalah di sini; kerap kali mereka mati pada usia muda; kemudian mereka menghadapi Allah yang marah! Jangan gusar akan mereka.

Ayat di hadapanmu hanya setengah daripada amsal sepenuhnya. Setelah memberi amaran kepadamu untuk jangan gusar tentang orang durjana atau beriri hati kepada mereka, Salomo menulis, “Sebabganjaran tiada bagi orang jahat; nyala lilin orang durjana akan dipadamkan” (Ams 24:20). Inilah hikmah! Daripada dikelirukan atau digeramkan orang jahat dan orang durjana, kamu sebaliknya tahu kerosakan teruk mereka sedang datang.

Oleh sebab televisyen, majalah, dan Internet, kamu kena melihat wajah, rumah, kereta, dan dosa-dosa orang durjana lebih banyak daripada apa yang dilihat Salomo. Perbuatan mereka yang berani dan nakal disiarkan di seluruh dunia setiap hari. Tetapi kata-kata Salomo yang berilham masih benar. Jangan beriri hati kepada mereka, kerana kamu tahu masa depan mereka; mereka tidak tahu kamu punya, dan masa depanmu jauh lebih baik daripada mereka!

Ia luahan yang biasa dan yang bebal untuk menyatakan bahawa para pendosa terlepas hukuman membunuh. Tetapi tiada sesiapa pun yang akan terlepas daripada hukuman pembunuhan. Tanya Kain. Tanya Daud. Tanya Izebel. Tanya para pemimpin orang Yahudi yang telah menyalibkan Yesus Kristus. Tanya Hitler. Manusia tidak akan terlepas daripada hukuman kata-kata kosong borak bebal dan pergurauan (Mat 12:36; Efe 5:3-6).

Kemakmuran tidak membuktikan apa-apa pun. Jangan beriri hati dengan para pendosa yang nampaknya makmur. Allah boleh mengizin atau menyampaikan kemakmuran untuk menggalakkan lagi orang bebal dalam kebebalan mereka (Ams 1:32; Kel 9:16). Daud mengajar bahawa jika kamu tunggu dengan cukup lama, mereka akan lesap sepenuh-penuhnya, dan kamu tidak akan mampu menemui mereka (Maz 37:35-36). Jangan beriri hati kepada buih sabun. Ia tidak lama lagi akan pecah dan lesap!

Orang berhikmah berjalan oleh iman dan pengetahuan. Mereka percaya bahawa segala apa yang difirmankan Allah terhadap dosa dalam Alkitab, dan mereka menolak nasihat atau teladan duniawiyang berpura-pura bahawa dosa mungkin menguntungkan. Mereka lebih tahu. Mereka tahu bahawa semua manusia ialah pembohong, terutamanya di Hollywood, dan Allah adalah benar. Mereka tahu bahawa suatu hari perhitungan sedang menjelang, yang semua orang durjana akan memberi perhitungan akan kehidupan mereka dan akan diganjari dengan seksaan kekal bagi kebebalan dan kejahatan mereka (2Kor 5:9-11).

Iman dengan cekal hati melihat kepada masa depan. Ia tahu bahawa ada lebih daripada apa yang semata-mata dilihat mata fizikal di dunia. Maka, orang benar menjalani hidup melalui iman, dan bukan melalui penglihatan (2Kor 5:7). Mereka tahu suatu pertukaran nasib besar sedang menjelang, bagi kedua-dua orang benar dan orang durjana. Mereka tahu bahawa kenikmatan syurga jauh mengatasi apa pun masalah di bumi (Rom 8:18; 2Kor 4:17-18; Ibr 12:1-4). Seperti Musa, mereka memandang ke depan dan ketawa akan kekayaan Mesir (Ibr 11:24-26).

Takut akan Allah dan memegang perintah-perintahNya ialah perkara yang paling hebat yang kamu dapat buat bagi dirimu sendiri (Ams 1:7; 8:13; 9:10; 10:27; 19:23; Pkh 12:13-14). Inilah hikmah yang benar. Kamu percaya sepenuh-penuhnya wahyu Allah yang tertulis bagi kehidupanmu. Kamu tahu bahawa Dia wujud dan kata-kataNya ialah kebenaran yang mutlak, dan kamu tahu bahawa ada ganjaran yang besar kerana mentaatiNya (Maz 19:11; Ibr 11:6).

Apa yang dikatakan kenikmatan dan kemakmuran orang bebal menyebabkanmu untuk menyoal jika ada faedah dalam ketaatan kepada Allah dan firmanNya. Daud dan lagu pemimpin nyanyiannya, Asaf, pernah menulis tentang fikiran yang bebal dan yang berjangka masa pendek sedemikian (Maz 49:1-20; 73:1-20). Gagasan-gagasan ini ialah damak-damak api keraguan daripada si iblis untuk menunggangbalikkan imanmu dan kesetiaanmu kepada hikmah (Kej 3:1; Efe 6:16).

Si pelanggan pelacur nampaknya dapat menikmati banyak perempuan, tetapi Allah akan membinasakannya (Ibr 13:4). Allah membiarkannya fikir bahawa dia sedang terlepas dengan perzinaan (Maz 50:16-23). Pada masa yang sama, dia tidak mempunyai isteri yang setia, yang mengabdikan diri, atau yang mengasihi, supaya dapat ada keluarga dengan anak-anak untuk dinikmati (Ams 5:15-23). Orang-orang yang berfoya-foya ini sekarang bersendirian, dan mereka akan tidak lama lagi diputuskan untuk selama-lamanya (Ams 24:20).

Allah memberi amaran kepadamu supaya tidak gusar (Ams 23:17-18; 24:1; Maz 49:1-20). Daud menulis, “Jangan kamu gusar kerana pembuat kejahatan, dan jangan kamu berdengki terhadap pekerja-pekerja kedurjanaan. Sebab mereka akan tidak lama lagi dipotong seperti rumput, dan layu seperti tumbuh-tumbuhan hijau ... beristirahatlah dalam TUHAN, dan dengan sabar nantikannya: jangan gusar dalam dirimu kerana orang yang makmur dalam jalannya, dan kerana orang yang melaksanakan rancangan-rancangan yang durjana.” (Maz 37:1-2,7).

Biar orang durjana mendapat keseronokan mereka di dunia ini, dan kamu boleh mengetawakan mereka di akhirat (Maz 17:13-15; 49:14-15)! Kamu ada ganjaran yang menjelang yang akan memalukan keseronokan mereka yang memperdayakan, dan mengingati ganjaran ini memenuhi orang Kristian dengan harapan, tidak kira betapa sukarnya kehidupan di sini (Maz 73:1-20; Rom 8:16-19; 1Kor 15:19). Allah akan ketawa kepada bencana-bencana orang durjana sekarang dan mengisytiharkan keterkutukan yang tidak lama lagi akan datang (Ams 1:23-31; Mat 7:21-23).