24:21
Hai anakku, biar kamu takut akan TUHAN dan raja: dan janganlah masuk campur dengan mereka yang cenderung kepada perubahan.
Adakah kamu berfikir di luar kotak? Pastikan kamu jangan berfikir di luar kotak pemerintah yang Allah telah pilih bagi kamu! Allah telah memilih kerajaanmu dan setiap orang di dalam jawatan-jawatannya. Dia akan mengubahkannya bila-bila Dia suka, tetapi kamu tidak ada kemampuan, tugas atau hak untuk hanya mempertimbangkannya pun (Dan 2:21).
Amsal-amsal yang paling bernilai bagimu adalah amsal dimana kamu berkompromi atau langgar. Memang sifat manusia suka amsal yang mengutuk orang lain, terutamanya persaingan atau musuhmu. Tetapi hikmah yang benar, yang hanya dimiliki oleh segelintir orang, mengasihi amsal yang menusuk hati dan mendedahkan sesuatu masalah di dalam dirimu sendiri. Adakah kamu cukup rendah hati dan cukup berhikmah untuk percaya Allah sepenuhnya di dalam hal ini?
Allah yang besar, iaitu Yehovah mengarahkan kamu untuk menghormati dan mentaati pemerintah sivil. Ini termasuk perdana menteri, gabenor, datuk bandar, polis, kerani dan semua jawatan-jawatan kerajaan. Allah mentahbiskan jawatan-jawatan ini dan telah memilih orang yang memegangnya, jadi, Dia mengaitkan hormatmu bagi mereka dengan hormatmu bagi Dia! Di sinilah hikmah yang dasar bagi kemuliaan Allah dan damai sejahtera negara-negara.
Dia lebih-lebih lagi mengarahkan kamu untuk mengelak mereka yang ada pidato, idea, atau rancangan untuk berevolusi. Orang sebegini ada kesalahan menghasut dan mengkhianati manusia yang langsung memberontak terhadap Allah, dan mereka layak untuk penglaknatan (Rom 13:1-2). Sama seperti kamu tidak ingin isteri, anak, atau pekerjamu menimbulkan pemberontakan terhadap kamu, demikian juga kamu harus mengamalkan tahap yang sama bagi pemerintah sivil.
Jika kamu inginkan sesuatu kehidupan yang berdamai-sejahtera, makmur dan diberkati Allah, tunduklah kepada amsal ini dengan hikmahnya yang tegas. Allah benci pemikir-pemikir dan pengucap-pengucap bebas, dan mereka yang membacakan tulisan mereka atau mendengarkan mereka. Dia berkata, “Mereka memandai-mandai, bertindak sesuka hati, dan tidak takut untuk bercakap jahat akan orang yang berdarjat tinggi” (2Pet 2:10). Kamu telah membuka firman Allah supaya mendapat hikmah. Disinilah hikmah. Ambilkannya dan jadilah makmur!
Jika kamu duduk di Amerika pada tahun 1776, adakah kamu tetap setia kepada pemerintah Britain (loyalist) atau mengikuti orang yang ingin berubah (revolutionary)? Ini adalah soalan yang baik, tetapi melebihi rangkuman kajian kita atas sebab banyak faktor sejarah dan banyak semakan sejarah. Namun, ia dapat dan patut dijawab secara tenang oleh orang berhikmah. Cuba kamu fikir; ia tidak penting bagaimana Allah telah memakai revolusi Amerika; apa yang penting ialah apa yang dikataanNya tentang revolusi itu.
Solomo di sini mengajar anaknya supaya takut kepada TUHAN. Takut akan Allah boleh diajarkan, seperti Daud telah tunjukkan (Maz 34:11). Memandangkan ia adalah permulaan dan pengakhiran hikmah dan pengetahuan, ia patut diajarkan dulu dan paling banyak diajarkan (Ams 1:7; 9:10; 19:23; 22:4; 23:17; Maz 111:10; Peng 12:13). Ia adalah mata air dan dasar bagi hikmah, sesuatu yang paling berharga di bumi ini (Ayub 28:1-28).
Selepas itu, Solomo menambahkan takut akan raja, sebab kedua-duanya harus ditakuti. TUHAN didahului, supaya kamu takut akan Allah dulu; Dia ditakuti lebih daripada raja; dan kamu takut akan raja kerana Allah. Kamu takut dan taat kepada pemerintah sivil kerana bertanggungjawab kepada Allah dulu (Rom 13:1-5; 1Pet 2:13-17). Baru selepas itu, kamu menghormati dan menyokong pemerintah untuk meneguhkan pemerintahan dan damai sejahtera sesuatu negara.
Memandangkan kehidupan di dalam dunia ini ada pergolakan politik, pengawasan pemerintah yang semakin bertambah, pertuturan bebas yang disalahgunakan oleh rakyat yang ingin revolusi, dan media-media massa jahil yang menaburkan kejahilan mereka, disinilah hikmah dari syurga yang perlu, bernilai dan berilham. Orang yang mulia akan pertimbangkannya dan menyelaraskan hidupnya dengan sewajarnya. Mereka tahu salah seorang raja telah menuliskannya bagi Raja segala raja yang bertakhta di syurga.
Sementara kamu pertimbangkan amsal ini dengan teliti, cuba faham dua perkataan:
Masuk campur. Untuk mengikut atau menyertai; untuk bergaul, mengaitkan diri dengan sesuatu.
Cenderung. Ada kemahuan, ada ketagihan, ada kekerapan untuk melakukan sesuatu.
Kamu “masuk campur” dengan sesuatu kumpulan apabila kamu menyertai atau mengaitkan diri dengan mereka. Allah benci mereka yang mengkritik pemerintah, jadi, dia mengutuk pergaulan kamu dengan mereka. Kamu harus mengelakkan mereka, filsafah mereka, dan rancangan mereka. Tiada hikmah dalam perbuatan membaca tulisan-tulisan mereka, mendengar borak-borak mereka, atau mempertimbangkan penjelasan mereka tentang peristiwa politik yang mereka langsung tidak tahu.
Seseorang “cenderung” kepada sesuatu apabila dia ada kemahuan kepadanya. Sesetengah orang kerap mengkritik dan menghina pemerintahan dan mencari perubahan. Mereka secara amnya adalah angkuh, suka mengkritik, congkak, dan mudah memberontak. Mereka ingin bersuara, memimpin, dan menghakimi, walaupun Allah tidak menjadikan mereka guru, pemimpin, ataupun hakim. Allah mengarahkan kamu supaya mengelakkan diri daripada mereka. Kamu telah diberikan amaran.
Kamu tidak boleh jadi ahli revolusi. Pemerintah bukanlah oleh rakyat – pemerintah adalah oleh Allah. Pengisytiharaan kemerdekaan itu tidak berilhamkan Alkitab atau diperolehi daripada Alkitab. Jika kamu ingin mengundi untuk perubahan, jadi berbuatlah sebegitu. Alkitab menyokong usaha-usaha yang halal bagi perubahan (Neh 2:1-8; KPR 22:25; dsb.). Tetapi kamu tidak boleh menghina pemerintahan atau menyokong keingkaran sivil, sebab Allah menghakimi keras-keras pemberontak sebegini, seperti ayat yang seterusnya nyatakan (Ams 24:22).
Mencari perubahan pemerintah yang mantap adalah dosa menghasut; ia adalah perbuatan daging dan tidak akan memiliki kerajaan Allah (Gal 5:20; 2Tim 3:1-5). Sementara ada yang memanggil diri mereka sebagai pembela negara, mereka sebenarnya adalah penganut faham anarki – pemberontak-pemberontak pemerintahan semasa. Perangai sebegini terhadap pemerintah bertentangan dengan amalan Kristian (Rom 13:1-7; 1Pet 2:13-17). Zaman dulu, Yesus mentaati pemerintahan semasa yang sedang memerintah negara Allah sendiri, jadi, lesapkan ajaran sesat hak perlembagaan kamu itu.
Mereka yang mengkritik, menghina, atau yang ingin mengubahkan kerajaan ialah binatang yang tidak berakal, menurut Allah. Mereka perlu dibinasakan sebagai anjing gila (2Pet 2:10-12; Yud 1:8-10). Mereka tidak ada pemahaman sedikitpun tentang hal memerintah negara dan akan binasa di dalam kejahilan mereka yang cabul itu. Baca dengan teliti perkataan yang telah dipakai untuk menjelaskan mereka dan mengutuk mereka, sebab inilah kata-kata yang diilhamkan Allah. Mengapakah Dia begitu kasar dengan “pemikir-pemikir bebas” ini? Sebab mereka menentang Dia dan ketetapanNya.
Rakyat yang menghina atau menentang pemerintah adalah sama seperti kanak-kanak yang memberontak terhadap ibubapa, isteri yang menjejaskan suami, dan kesatuan pekerja yang menumbangkan majikan. Semua ini adalah pemberontakan, dan boleh dipakai sebagai hikmah yang berguna untuk penilaian perangaimu sendiri terhadap pemerintahan sivil –pertimbangankanlah kesan-kesan dan tindakan perangai itu oleh kanak-kanak, isteri atau pekerja.
Ia memang pembalasan yang adil untuk melihat pemikir-pemikir dan pemborak-pemborak anti-pemerintah dengan pemberontakan di dalam perkahwinan dan rumah mereka. Apa yang ditaburkan orang itu akan dituainya (Gal 6:7). Ini termasuk keangkuhan atau pemberontakan terhadap apa-apapun pemerintahan. Kamu telah diberi amaran. Allah tidak akan diperolok-olokkan, sebab keangkuhanmu terhadap pemerintah sivil adalah terhadap Dia. Dia akan merosakkan kepimpinanmu di dalam rumahmu atau perniagaaanmu dan menumbangkan kamu.
Orang bebal dan pencemuh akan menyalak dan merengek tentang menjadi pengesat kaki bagi kekuasaan politik, tetapi mereka melupakan Dia yang lebih tinggi daripada orang yang paling tinggi (Peng 5:8). Hal mengutuk raja di dalam fikiran pun dikutuki Allah (Peng 10:20)! Allah memegang hati raja di dalam tanganNya, dimana Dia dapat membawa perubahan secara betul dengan jauh lebih cekap daripada apa yang boleh dibuat oleh kemampuanmu sendiri (Ams 21:1-4). Jika kamu fikir kamu boleh melakukannya dengan cara yang lebih baik, kamu patut jadi Allah, dan Dia patut jadi hambamu.
Kemakmuran dan keselamatan sesuatu negara tidak bergantung kepada rakyat yang berwaspada mengawal dan menyoal pemerintah. Sebaliknya, ia bergantung kepada iman dan kebenaran rakyat untuk mentaati Pemerintah bangsa-bangsa dan untuk berdoa kepadaNya. Allah buat benar di dalam perbuatan menaikkan raja-raja dan menumbangkan mereka, dan bukan manusia (Dan 2:20-21). Cuba kamu fikir mengapa gelaran Yesus Kristus ialah Raja segala raja?! Allah tidak memerlukan bantuanmu untuk menegakkan kebenaran dengan berdosa didalam ketidaktaanmu kepada pemerintah!
Bilakah seseorang Kristian boleh mengingkari pemerintah sivil? Hanya apabila pemerintah menentang perintah Allah bagi kehidupannya. Rasul-rasul telah mengisytiharkan, “Kami patut mentaati Allah daripada manusia,” (KPR 5:29). Ia tidak penting apa yang kerajaan buat di luar kehidupanmu, sebab mereka akan berjawab kepada Allah. Kamu harus mentaati setiap ketetapan yang mereka gubalkan bagimu sehingga ia jelas nyata melanggari perintah-perintah di dalam tulisan firman Allah.
Kamu harus mengikuti Tuhan Yesus Kristus yang, walaupun adalah Raja segala raja, telah menundukkan diri kepada arahan membayar cukai dibawah kekuasaan Kaisar ke atas Israel dan mengelakkan diri daripada semua pelanggaran politik yang tidak diperlukan (Mat 17:24-27; 22:15-22). Selepas itu, sementara bergiat di dalam kedaulatan pemerintahanNya ke atas dunia, Dia mengakhiri negara Israel pada tahun 70 dan kerajaan Rom pada tahun 476. Dia memerintah syurga dan bumi dengan tongkat besi, dan tiada seorang pemerintah duniawi pun yang dapat menjadikannya kesal.