24:23
Hal-hal ini juga dimiliki orang berhikmah. Ia tidak baik untuk memandang bulu dalam penghakiman.
Di sinilah hikmah – dengan jelas dinyatakan. Orang berhikmah – lelaki dan perempuan yang mulia – tahu dan mengamalkan peraturan ini. Solomo telah menulis suatu peraturan hikmah untuk menjadikanmu hebat di pandangan Allah dan manusia. Akankah kamu mempertimbangkannya, memahaminya, dan memakainya dalam kehidupanmu? Akhlak dan perangai yang selari dengan peraturan ini akan menjadikanmu dihormati dan disanjungi di kalangan rakan-rakan sebayamu.
Ketika menghakimi sesuatu hal, jangan mempertimbangkan siapa yang terlibat. Sayang untuk kawan atau kebencian atau takut akan musuh haruslah diketepikan. Simpati untuk orang miskin atau untuk orang kaya haruslah disingkirkan. Inilah peraturan kudus untuk sistem penghakiman Allah, supaya kesaksamaan dan keadilan yang suci akan menang, dan Alkitab mengulangi amaran ini berulang-ulang kali, kerana ia berkaitan kepada kedua-dua Allah dan manusia (Ams 18:5; 28:21; Ima 19:15; Ula 1:17; 16:19; 2Taw 19:7; Maz 82:2-4; Yak 2:1-10; 1Pet 1:17).
Orang berhikmah tidak akan mempertimbangkan siapa yang terlibat ketika membuat penghakiman, tidak kira betapa rapat perhubungan atau betapa keras godaannya. Hal-hal tersebut tidak akan menlindungi atau menyangkal kesalahan orang durjana, tidak kira apa pun gelarannya; mereka akan menghukumnya. Allah dan manusia suka orang setia sedemikian. Mereka akan mengutuk orang yang mengkompromikan keadilan dan membela atau melindungi para pelanggar.
Solomo mengajar hikmah kepada anak lelakinya iaitu putera (Ams 24:21), dan di sini Solomo memberinya suatu peraturan yang orang berhikmah amalkan. Orang berhikmah akan dengan teliti adil dalam penghakiman, tanpa menunjukkan berat sebelah atau memandang bulu kerana perhubungan, status, atau orang yang terlibat. Kebanyakan orang cenderung mengkompromi bagi kawan atau melenturkan keadilan untuk memperoleh keredaan-keredaan yang mungkin, maka peraturan ini penting.
Amsal ini dipakai pertama-tama bagi penghakiman sivil. Rakyat harus dengan tegas mentaati raja dan menolak fikiran para pemberontak (Ams 24:21-22). Tetapi di sini Solomo menambahkan tugas para raja dan majistret untuk menghakimi rakyat dengan adil, sebab Allah telah menetapkan had-had moral kepada para penguasa sivil. Tetapi peraturan berhikmah tersebut juga dipakai kepada segala hal penghakiman, di rumah, di jawatan yang pegang, dan di gereja.
Kesalahan bebal adalah untuk melindungi para pelaku jahat daripada mencela mereka. Kesan-kesan penghakiman baik atau penghakiman buruk sivil sungguh besar (Ams 24:24-25). Orang yang melepaskan orang durjana akan dikutuk dan dipandang keji, bahkan oleh seluruh negara; tetapi orang yang menegur orang durjana akan menjadi kesukaan orang dan menerima berkat Allah. Di sinilah perintah dengan janji-janji ganjaran, maka kamu patut mengamatinya dan melakukannya.
Oleh sebab adanya dosa manusia dan kemerosotan moral kaum manusia, ada lagi kurang penghakiman di bumi. Para penguasa sivil mungkin menghakimi dengan perasaan, untuk melindungi para kroni, untuk menghukum yang makmur, untuk melaksanakan polisi atau mengagih-agihkan kekayaan, untuk bereksperimen dengan hal sosial, untuk membantu pilihan raya, dan sebagainya. Janganlah terkejut atau geram! Allah telah menyediakan suatu peluang bagimu untuk mengasingkan dirimu dengan lebih mudah dan dengan jauh lebih besar bagi tujuan ganjaranNya.
Hai pembaca, kamu harus dengan sempurna adil dalam segala urusanmu. Alkitab dengan jelas mentakrifkan keadilan, yang menolak kompromi kerana sayang, hormat, perasaan, atau tradisi dalam penghakiman. Kebenaran dan hikmah Allah haruslah dipakai sama rata dalam semua kes. Di sinilah hikmah, sebab orang beballah yang membenarkan ketakutan, kebencian, kasih, dan hormat, atau keinginan terhadap orang untuk mengaburkan dan mengherotkan penghakiman. Akhlak yang lemah dinyatakan ketika seseorang memilih perasaan melebihi keadilan dan kebenaran.
Hai ibubapa, adakah kamu adil dalam penghakiman anak-anakmu? Adakah anak yang bebal dan yang durjana ditegur atau dihukum? Atau adakah kamu melindungi para pendosa dalam keluarga? Dua perkara akan terjadi – keluargamu akan memandang hina kepadamu kerana kompromimu, dan Allah akan menghakimimu. Matlamat tinggimu haruslah keadilan sempurna untuk memperoleh kesukaan keluargamu dan berkat Allah. Jika kamu membenarkan perasaan mengaburkan penghakimanmu, maka kamu sedang merosakkan masa hadapanmu dan masa hadapan keluargamu.
Hai majikan atau pengurus, adakah kamu dikenali di pejabat untuk keadilan penuh dalam segala urusanmu? Dapatkah orang berhadap kepada pengadilanmu supaya ia tidak berberat sebelah dan ia saksama? Paulus akan berkata, “Hai para tuan, beri kepada hamba-hambamu apa yang adil dan saksama; sementara mengenal bahawa kalian juga ada seorang Tuan di syurga” (Kol 4:1). Di sinilah suatu kerja jelas dari syurga untuk kamu taat. Jika para pengikutmu akan dengan rela menunduk kepada pendapatmu dalam pertikaian-pertikaian, maka kamu sedang semakin maju.
Hai pastor, adakah kamu bebas memandang bulu dalam jawatanmu? Paulus telah memberi amaran, “Aku menugaskanmu di hadapan Allah, dan Tuhan Yesus Kristus, dan para malaikat pilihan, supaya kamu mengamalkan hal-hal ini tanpa memandang bulu, dan tanpa melakukan apa pun dengan berberat sebelah” (1Tim 5:21). Adakah kamu memakai seluruh nasihat Allah dengan sama rata kepada semua ahli tanpa diskriminasi? Adakah kamu menegur orang yang paling dekat kepadamu secara terbuka dan secara persendirian dengan ketegasan yang sama kepada para ahli yang lain?
Hai orang Kristian, adakah kamu benar sepenuh-penuhnya dalam pendapat-pendapatmu dan penghakiman-penghakimanmu akan orang lain? Yesus telah berkata, “Janganlah menghakimi menurut apa yang kelihatan, tetapi hakimilah dengan penghakiman yang wajar” (Yoh 7:24). Adakah kamu membenci sesetengah dosa dan para pendosa lebih daripada yang lain? Adakah Allah mempunyai sistem nilai-nilai murni yang sama, atau adakah kamu merekaciptakan sistem sendiri? Hakimi dengan adil setiap orang berdasarkan tahap Allah sahaja. Dan biar reputasimu dikenali oleh semua orang sebagai adil dan jujur tanpa kekecualian.
Kekuasaan dan penghakiman haruslah dilaksanakan sebagai bagi Tuhan, sebab Dia merupakan Hakim segalanya. KehendakNya berkenaan kesaksamaan dan kewajaran sudah dinyatakan jelas-jelas dalam Alkitab. Ia bukan kekurangan pemahaman yang menyebabkan kebanyakan manusia berkompromi, tetapi sebaliknya kekurangan kerelaan untuk berdiri teguh pada Alkitab sahaja (Maz 119:128). Pengaruh keluarga dan kawan dan simpati untuk orang miskin atau orang kaya mencemarkan fikiran wajar kebanyakan orang.
Betapa besar berkatnya untuk ada Allah Alkitab sebagai Hakim syurgawi! Dia setia dan benar untuk mengampuni dosa-dosa yang diakui (1Yoh 1:9). Anak-anakNya satu-satunya saksi yang setia dan benar (Wah 3:14); AkhlakNya dan penghakimanNya sebegitu benar dengan sempurna sehingga kamu boleh menaruh percaya kepadaNya. Dedahkanlah dirimu sepenuh-penuhnya kepadaNya pada hari ini dalam pengakuan rendah hati dan pertaubatan. Dia akan bermurah hati, sebab suatu bayaran dengan harga yang tidak terhingga sudah lunas, yang Dia tidak akan sesekalipun lupa atau mengurangkannya.
Oleh sebab Allah tidak memandang bulu (Rom 2:11), biar setiap pendosa takut akan hari kedatanganNya. Kamu mungkin menjadikan orang lain kagum terhadapmu, tetapi kamu tidak akan mengagumi atau menggerakkanNya. Dia akan datang dengan para malaikatNya yang perkasa dengan api yang bernyala-nyala untuk membalas setiap orang yang tidak mentaatiNya (2Tes 1:7-9). Inilah pesanan serius dan yang ngeri Paulus telah beri kepada para ahli filsafat Yunani yang paling baik di Atena (Kis 17:30-31). Kamu akan menerima hukuman penuh bagi dosa-dosamu, bahkan pembinasaan abadi daripada hadiratNya. Amin.