Amsal · Proverbs

24:22
Sebab kecelakaan mereka akan muncul dengan tiba-tiba; dan siapakah yang mengenal kemampuan kebinasaan oleh kedua-dua mereka itu?

Hormatilah perdana menteri! Angkat tabik kepada polis! Bersyukur kepada Allah bagi mereka, dan berdoalah bagi mereka. Jauhilah sesiapa pun yang tidak menghormati kekuasaan kerajaan, sama ada yang berpangkat tinggi mahupun yang berpangkat rendah. Keselamatan dan kejayaan masa depanmu bergantung kepada itu, sebab amsal ini memberi amaran tentang kecelakaan dan kebinasaan yang tiba-tiba.

Roh pemberontakan telah menjangkiti bumi, dan rohnya bukan daripada syurga. Amerika berada di baris hadapan bagi hal kebiadapan rakyatnya untuk mengolok-olok dan memperlekehkan jawatan-jawatan tertinggi dengan buta hati (ketiadaan hati nurani). Kamu boleh memanggil amaran ini ketinggalan zaman, tetapi ia merupakan kehendak Allah yang kekal selamanya untuk hal kekuasaan.

Hikmah yang sejati melibatkan penundukkan kepada kerajaan sivil. Allah menjanjikan celaka dan kebinasaan kepada orang yang menggalakkan pemberontakan sivil dan kepada orang yang mendengar mereka atau yang membaca tentang mereka. Untuk mengelak penghakiman Allah dan sebaliknya menjamin berkatNya, elaklah segala ketidakhormatan para penguasa.

Salah satu ciri masyarakat yang tertib ialah penundukkan kepada kekuasaan. Jika kamu fikir para penguasa tidak layak untuk penghargaanmu, kehormatanmu, ketaatanmu, dan sokonganmu, maka kamu mentaati roh sama yang menghasilkan anak yang pemberontak, isteri yang jelek, para pekerja yang buat mogok, dan ahli jemaah gereja yang degil.

Ayat ini ialah bahagian kedua akan amsal ini, maka kamu harus membaca bahagian yang pertama yang memberi keterangan akan orang yang layak menerima celaka dan kebinasaan yang tiba-tiba. Beginilah bunyinya: “Hai anakku, biar kamu takut akan TUHAN dan raja: dan janganlah masuk campur dengan mereka yang cenderung kepada perubahan” (Ams 24:21). Jika kamu serius tentang hikmah dan pengetahuan, maka bacalah ulasan akan ayat itu juga.

Ia perintah Allah bagimu dan bagi semua manusia untuk menjadi takut kepadaNya dan takut kepada para penguasa negaramu. Ia berhubungkait dengan satu sama lain, sebab Allah telah memberi kekuasaan kepada para pemimpin negaramu (1Pet 2:17). Dia lagi merujuk kepada mereka sebagai allah-allah dalam alkitab, supaya kamu akan mendapat fikiran yang betul tentang betapa tingginya mereka (Kel 22:28; Maz 82:1,6; Yoh 10:34-35). Lari diri daripada sesiapa pun yang berbicara remeh tentang mereka.

Rendahkanlah dirimu, tunduklah kepada kerajaanmu, dan berdoalah bagi mereka. Meskipun mereka membuat keputusan yang kamu tidak suka. Meskipun mereka membuat keputusan yang salah. Inilah perintah-perintah Allah Yang Maha Tinggi untukmu (Rom 13:1-7; 1Tim 2:1-2; 1Pet 2:13-17). Apakah kesan-kesannya, jika kamu tidak? Kamu akan tidak lama lagi menjadi takut dan dibinasakan. Allah telah menyampaikan amsal ini melalui Salomo untuk memberi amaran kepadamu. Berhati-hati, sebab kalau tidak, nyawamu mungkin tinggal beberapa jam sahaja.

Jehovah membenci orang yang dengan jahat mengkritik atau menolak kekuasaan, terutamanya kerajaan sivil. Dia mengutuk hal bersangkut paut dengan orang yang demikian (Ams 24:21). Di siniDia menjanjikan celaka dan kebinasaan yang tiba-tiba kepada mereka berdua – orang yang memimpin pemberontakan dan hasutan, dan para pengikutnya. Takut akan Allah dan hormat akan kerajaan sivil bersehaluan – tidak mungkin adanya takut akan Allah tetapi kritikal terhadap kekuasaan yang telah dilantik Allah (Ams 24:21).

Salomo memberi amaran kepada anak lelakinya untuk takut akan Allah dan raja (Ams 24:21). Kamu takut kepada Allah dahulu; tetapi kamu juga takut kepada raja, kerana kekuasaannya adalah daripada Allah. Perbuatan menolak raja – atau apa pun kekuasaan sivil – ialah perbuatan menolak Allah dan ordinanNya (Rom 13:1-2). Kamu mentaati kerajaan untuk dua sebab – takut mendapat hukuman daripada kedua-dua Allah dan pihak berkuasa (Rom 13:3-7). Orang yang mahu mengubahkan kerajaan ada dua musuh yang kuat dan yang dahsyat – Allah dan raja.

Perbuatan menunduk kepada kekuasaan sivil ialah agama Kristian sejati. Petrus telah mengajar apa yang sama – takut akan Allah dan menghormati raja kedua-duanya bergandingan tangan. Dia menulis supaya kamu terikat oleh tugas kepada Allah dan manusia untuk menundukkan dirimu kepada setiap ordinan kerajaan sivil (1Pet 2:13-17). Dia mengutuk perbuatan bercakap buruk tentang para pegawai kerajaan dan menganggapnya sebagai ciri-ciri orang jahanam yang jahil dan binatang tidak berakal yang tidak memahami kekuasaan sivil (2Pet 2:10-12; Yud 1:8-10).

Ada Allah di syurga. Walaupun manusia menuduh, mengkritik, memandang hina, mengolok-olok, atau mengingkari para penguasa secara persendirian, Dia mendengar dan melihat segalanya. Allah yang ngeri akan membalas. Dia tidak peduli sama ada kamu menggalakkan fikiran dan pertuturan yang biadap ataupun kamu semata-mata seorang pengikut dan rela untuk mendengar orang yang sedemikian. Celaka dan kebinasaan yang teruk sekali daripada kedua-dua pihak itu akan tidak lama lagi menimpamu. Dia akan menghormati dan melindungi wakil-wakil sivilNya dengan menghukum musuh-musuh mereka.

Mengapakah sesetengah orang sebegitu bermasalah dalam kehidupan mereka, keluarga mereka, dan perniagaan mereka? Salah satu alasan ialah perangai dan pertuturan mereka yang durjana terhadap kerajaan. Allah tidak diperolok-olokkan. Ia tidak kira apa yang mereka cuba buat; tiada apa pun yang akan berhasil. Allah menentang mereka. Mereka tidak boleh biadap terhadap kekuasaan yang dilantikNya lalu terlepas daripada hukuman. Mengapakah sesetengah orang sebegitu diberkati dalam kehidupan mereka, keluarga mereka, dan perniagaan mereka? Salah satu sebab boleh jadi kerana penundukkan mereka yang damai dan hormat kepada kerajaan. Allah menghormati dan mengganjari orang benar.

Bencilah ketidakhormatan atau pemberontakan sivil meskipun dalam hatimu atau di kamarmu. Salomo telah menulis, “Janganlah mengutuk raja, ya, jangan dalam fikiranmu, dan janganlah mengutuk orang kaya di dalam kamarmu: sebab seekor burung di udara akan membawa suara itu, dan apa yang bersayap akan memberitahu hal itu” (Pkh 10:20). Kata-kata yang memberontak boleh dikhabarkan jauh-jauh. Dan Allah Yang Maha besar juga melihat segala fikiran dan niat hati – Dia akan menghukum orang yang mengkritik hal yang jauh terlalu tinggi bagi diri mereka.

Adakah amaran ini keterlampauan? Syaitan akan diseksa untuk selama-lamanya di lautan api kerana pemberontakannya yang angkuh terhadap kekuasaan – pemerintahan Allah Yang Maha Kuasa (1Tim 3:6). Miriam, kakak yang disayangi Musa, berbicara sekali sahaja terhadap kekuasaannya, dan Allah menjadikan Miriam putih dengan penyakit kusta yang ditakuti (Bil 12:1-15). Korah, malah isteri-isteri dan anak-anak para penguasa yang memberontak pun, dikuburkan hidup-hidup oleh bumi kerana berbicara menentang Musa semata-mata (Bil 16:1-34).

Absalom memberontak terhadap Daud, maka Allah memerangkap kepalanya di atas pokok siap untuk damak-damak Yoab (2Sam 18:9-18). Adonia tidak memberi cukup hormat kepada raja yang baru, maka Salomo mentitahkan supaya saudaranya sendiri dihukum bunuh (1Raj 2:12-25). Yoab membunuh para pesaingnya jawatannya, maka Salomo menghukum bunuh sepupunya itu (1Raj 2:28-34). Simei mengutuk Daud; dan walaupun Daud mengampuninya, Salomo akhirnya menjatuhkan hukuman mati kepadanya (1Raj 2:35-46). Empat puluh dua budak mempersendakan Elisa tentang kepalanya yang botak, dan Allah mengutus dua ekor beruang untuk membaham mereka (2Raj 2:23-24).

Raja Zedekia tidak mempedulikan amaran-amaran Yeremia lalu memberontak terhadap Raja Nebukadnezar; bagi pelanggaran itu dia kena melihat anak-anak lelakinya dibunuh di depannya sebelum matanya dicungkil keluar (2Raj 25:1-7). Para pemberontak Yahudi memberontak terhadap Rom, yang akhirnya mengutus Titus untuk membinasakan kota dan bait suci mereka dan menimpa kepada mereka seksaan yang lebih besar daripada mana-mana seksaan yang pernah disaksikan dunia atau yang akan disaksikan dunia. Contoh-contoh pemberontakan tersebut melibatkan orang yang berpangkat rendah, yang berpangkat tinggi, malah seluruh negara pun.

Adakah pelajarannya ini keterlampauan? Para malaikat yang jauh lebih besar dalam hikmah dan kekuatan daripada manusia, tidak membawa tohmahan berbantah-bantah terhadap para penguasa di bumi (2Pet 2:11). Benar! Mengapakah orang bebal berbuat demikian sementara tidak tahu apa pun keputusan-keputusan besar yang harus dibuat para pemimpinnya? Tetapi para malaikat memang menyemak panjang rambut wanita, untuk melihat kalau mereka menunjukkan penundukkan yang nyata kepada suami mereka dengan adanya rambut panjang (1Kor 11:10). Amaran ini tidak keterlampauan. Jadilah serius!

Perbuatan memperlekehkan ibubapa dalam perbualan pun layak untuk hukuman mati di bawah Hukum Musa (Ula 27:16). Salomo menulis bahawa orang yang mengutuk ibubapa mereka harus dimatikan (Ams 20:20). Salomo juga membuat penghakiman bahawa muka yang mengolok-olokterhadap ibubapa sudah layak untuk hukuman (Ams 30:17). Allah Yang Berbahagia mempertahankan pihak berkuasa yang dilantikNya dan menghukum orang yang tidak hormat. Adakah amaran ini keterlampauan? Ia tidak keterlampauan, kerana roh pemberontakan telah menular kepada banyak orang.

Bagaimanakah kamu bertutur tentang Perdana Menteri? Dengan hormat, atau dengan menghina? Adakah kamu bergurau tentangnya atau pegawai-pegawainya? Apakah yang kamu membaca tentang kerajaan – menyokong, neutral, atau kritikal? Adakah kamu membayar cukai dengan hormat? Adakah kamu dengan durjana membayangkan suatu komplot atau suatu penyembunyian setiap keputusan yang dilakukan mereka atau setiap tindakan yang dilaksanakan mereka? Adakah kamu mengkritik undang-undang yang baru? Dengan jenis orang apakah yang kamu berbual tentang kerajaan? Adakah kamu berdoa dan bersyukur kepada Allah bagi para penguasa?

Jika kamu seorang ibubapa, adakah kamu ingin anakmu mengkritik keputusan-keputusanmu, mengolok-olok kesilapanmu, mencemuhmu, dan menabur sikap benci terhadapmu kepada anak-anak yang lain? Jika kamu seorang suami, adakah kamu ingin isterimu memperlekehkanmu kepada orang lain, mencelah katamu, dan menjawab semula arahanmu? Jika kamu seorang majikan, adakah kamu ingin para pekerjamu mengaturkan suatu kesatuan untuk menyerang dan menunggangbalikkan kedudukanmu dan perniagaanmu? Tidak dapatkah kamu melihat bahawa kalau kamu tidak memberi hormat dan kemuliaan, maka kamu tidak layak itu juga daripada orang lain?

Punca utama yang menyebabkan ketidakhormatan terhadap kekuasaan ialah keangkuhan dan pemberontakan – dosa-dosa si iblis (Ams 13:10; 1Tim 3:6). Ia bukan prinsip; ia keangkuhan dan pemberontakan. Manusia tidak mahu mengelak cukai kerana berprinsip, tetapi mahu mengelak cukai kerana kedambaan dan ketamakan. Ada jalan yang mematuhi hukum dan berdamai bagi prinsip, tetapi taktik-taktik mereka itu membuktikan kedurjanaan. Allah akan menghukum orang yang angkuh dan yang memberontak.

Orang Kristian berdoa bagi para penguasa dan berbuat segala apa yang dapat dibuat untuk menjalani hidup yang damai sejahtera dengan segala kesalihan dan kejujuran, tidak kira betapa kafir atau durjana para penguasa mereka (Yer 29:4-7; 1Tim 2:1-4). Mereka tidak memandang hina kekuasaan. Mereka tahu bahawa Allah atau raja akan datang dengan pembalasan terhadap semua pemberontak. Mereka tahu berkat Allah berada pada pihak yang menghormati kekuasaan. Mereka tahu Allah lebih tinggi daripada yang tertinggi dan tidak lama lagi akan memperbetulkan segala kesalahan (Pkh 5:8).

Jika kamu seorang pengikut Yesus Kristus yang telah dibaptis, kamu salah seorang rakyat di dalam monarki yang kekal, kerajaan Allah, iaitu tempat yang Yesus memerintah dengan kuasa mutlak dan dengan kewajaran sempurna sebagai anak Daud. Dia tidak akan melepaskan satu aspek pun setiap keputusan kerajaan. Apakah firman Allah kepada mereka? “Ciumlah Anak, supaya jangan dia marah, dan kalian binasa daripada jalanmu ketika murkanya sedikit sahaja dinyalakan. Diberkatilah mereka semua yang menaruh percaya di dalamnya” (Maz 2:12).

Para pelayan yang setia seperti Paulus mengkhutbahkan seluruh nasihat Allah dan segalanya bagi keuntunganmu yang terdapat dalam Alkitab (Kis 20:17-27). Kamu baru sahaja mendengar kehendak Allah bagi aspek kehidupan ini bagi dirimu. Apakah yang akan kamu buat dengan maklumat tersebut? Kamu harus bertaubat bagi apa pun perbuatan silam yang salah terhadap para pemerintah sivil atau apa pun kekuasaan yang lain, dan kamu harus berserah kepada Allah untuk berjanji tidak akan lagi biadap atau memberontak terhadap mana-mana lima lingkungan kekuasaan yang telah ditahbiskan oleh Allah.