Amsal · Proverbs

24:4
Dan melalui pengetahuan kamar-kamar akan diisi dengan segala kekayaan yang berharga dan menyenangkan.

Kekayaan kekal dibina melalui hikmah, pemahaman, dan pengetahuan. Tiada jalan pintas; orang yang main tipu akan kalah pada akhirnya; kebebalan hanya nampaknya berjaya; kekayaan oleh kesia-siaan akan hilang. Kehidupan yang baik bagi keluarga atau bangsa hanya ditemui di dalam hikmah. Kesalahan banyak dalam fikiran itulah yang menyebabkan kesesakan ekonomi dan kesesakan kewangan pada mana-mana lapisan masyarakat.

Ayat yang sebelum ini menyediakan bahagian pertama amsal ini. Di sinilah peraturannya yang sepenuhnya: “Oleh hikmah rumah dibina, dan melalui pemahaman ia dimantapkan. Dan melalui pengetahuan kamar-kamar akan diisi dengan segala kekayaan yang berharga dan menyenangkan” (Ams 24:3-4). Hikmah, pemahaman, dan pengetahuan adalah faktor-faktor yang menjadikan penambahan kekayaan dan kemakmuran pada harta milik.

Awal sebelum ini (Ams 24:1-2), Solomo memberi amaran terhadap orang durjana yang iri hati, sebab mereka memakai tipu daya, keganasan, dan dosa-dosa yang lain untuk maju secara kewangan. Untuk menghiburkan dan menggalakkan para pembacanya, dia menjanjikan harta milik yang besar dan yang menyenangkan bagi orang yang hidup melalui hikmah, pemahaman, dan pengetahuan. Orang durjana mungkin berjaya sementara; orang benar akan menang pada akhirnya.

Seorang yang salih akan memakai amsal ini dengan pertama-tama takut akan Allah, sebab itulah dasar pengetahuan. Dia kemudian akan memerintah segala urusannya melalui hikmah Alkitab dan para penasihat yang salih (Ams 24:5-6). Sesetengah orang salih adalah miskin, kerana mereka bebal secara kewangan; sesetengah orang yang berhikmah secara kewangan adalah miskin, kerana mereka mengabaikan kesalihan. Kejayaan sepenuhnya memerlukan kedua-duanya – hikmah kewangan dan kesalihan.

Alkitab, terutamanya Amsal, adalah padat dengan hikmah praktikal untuk perniagaan, kerjaya, atau pengurusan wang. Ia memuji ketekunan, penabungan, kejujuran, pelaburan, rancangan, pemakaian wang yang berdisiplin, dsb. Ia mengutuk kekukangan dan pembaziran, dan ia memberi amaran terhadap keterlampauan hutang, risiko, tidur, dan pemakaian wang. Ia mengajar hormat dan khidmat kepada pihak yang berkuasa; ia menawarkan rahsia kuasa belas ihsan dan kemurahan; ia membentangkan bagaimana untuk membeli dan menjual dengan adil.

Pilihlah hikmah dengan menolak gagasan-gagasan dunia dan percaya kepada nasihat Solomo yang berilham. Kejayaan akan datang. Jangan peduli tuntutan bebal dan sia-sia untuk peluang perniagaan (pemasaran jaringan), tawaran pelaburan (skim cepat kaya), piramid hutang, kehidupan mewah, pasaran terkepung, mengugut penjual, atau mempertahankan sikap mementingkan diri. Mereka percaya dan menggalakkan dusta, dan mereka sedang menuai kesan-kesannya.

Amsal ini dipakai untuk keluarga dan negara. Jika orang pada generasi ini membenci hutang dan suka berjimat cermat, yakni dua peraturan mudah hikmah yang diajar Alkitab, mereka akan dengan cepat maju ke depan melebihi orang dan kerajaan yang meminjam dan memakai wang dengan berlebihan, yang memberi kesan turun naik ekonomi dan tahap risiko, bayaran bunga, dan hutang ansuran yang sungguh bahaya.

Buku Amsal haruslah diwajibkan sebagai bahan bacaan bagi setiap penuntut sekolah dan pegawai kerajaan di setiap negara. Meskipun ketiadaan kerendahan hati dan takut akan Allah, prinsip-prinsip pengurusan ekonomi dan kewangan yang salih akan berjaya. Namun sebaliknya, setiap negara membekalkan sekolah-sekolah mereka dengan buku teks dan para pegawai mereka dengan buku panduan yang mengajar apa yang bertentangan dnegan hikmah.

Hai pembaca, apakah yang sedang kamu buat dengan hikmah praktikal Alkitab? Jika kamu sedang bergelut secara kewangan, ada sebab-musabab untuk itu. Sudahkah kamu dengan tekun belajar Amsal untuk melihat apa yang sedang kamu buat dengan salah? Atau mungkinkah ada masalah pada tahap yang lebih tinggi – mengabaikan Tuhan di syurga dan agamaNya, yang membawa kesan Dia meniup menentang usaha-usahamu (Hag 1:4-11; Mat 6:33)?

Peraturan di sini juga berjaya bagi kekayaan rohani. Oleh pembelajaran Alkitab dan Yesus Kristus, kamar-kamar jiwa akan diisi dengan rahmat dan penghiburan Roh Kudus (Yoh 7:37-38; Rom 5:5). “Sekarang, semoga Allah harapan mengisi kalian dengan segala sukacita dan damai sejahtera sementara kalian percaya, supaya kalian dapat berkelimpahan dalam pengharapan, melalui kuasa Roh Kudus” (Rom 15:13).