25:17
Tarik kakimu dari rumah jiranmu; supaya jangan dia dilesukanmu, lalu membencimu.
Terlampau lama menziarah adalah biadap dan menjelekkan orang. Orang mulia mengelak itu, sebab itu menunjukkan kekurangan budi bahasa, kesopanan, etiket, dan adab. Ia tidak mempertimbangkan orang lain dan mementingkan diri sendiri, lalu menghilangkan kawan yang baik. Sebahagian hikmah adalah untuk belajar menjadi mudah disambut orang dan menyenangkan orang lain.
Anak-anak Allah tidak harus sesekali pun menjelekkan orang, sebab perpustakaan ilahi ada termasuk nasihat praktikal seperti amsal ini. Mana-mana orang yang fikir Alkitab merupakan kitab yang tidak berkaitan dengan dirinya dan merupakan kitab sejarah dan teologi yang tidak praktikal memang tidak pernah membacanya. Terpujilah Allah bagi Alkitab, dan berharap supaya jiranmu membacanya.
Kemesraan juga melibatkan lawatan dan komunikasi. Tetapi terlalu banyak itu boleh menimpa beban dan merosakkan persahabatan, seperti terlalu banyak madu boleh menjadikanmu muntah (Ams 25:16). Keterlampauan boleh menyebabkan kebencian, maka Salomo menyarankan supaya adanya penguasaan diri dan kesederhanaan dengan sahabat-sahabat.
Budi bahasa yang biasa bukan kebiasaan seperti yang diingini kamu. Tetapi ia patut biasa bagi orang Kristian, yang ingin tidak mahu bersalah kepada semua orang, terutamanya orang-orang kudus (1Kor 10:32). Di generasi yang mementingkan diri ini, etiket dan kesopanan diketepikan atau dipandang hina sehingga memalukan generasi ini.
Ada dua pepatah bagi hikmah amsal ini, salah satu negatif dan yang satu lagi positif. Kata pepatah, “Kebiasaan menimbulkan kebencian”, memberi amaran terhadap keterlampauan memakai masa sahabatmu. Kalau bukan kawan yang luar biasa, biasanya lebih masa bersama kerap kali membawa ketidaksukaan.
Pernah dikatakan juga, “Ketidakhadiran menjadikan hati lebih minat”, yang dipakai untuk menyatakan keperluan adanya jarak dan masa malah di kalangan sahabat pun. Sahabat-sahabat yang berharga akan dinyatakan oleh ketidakhadiran, sebab kasih sayang dan keinginan untuk bertemu dengan pihak tersebut akan bertambah. Adakah kamu mengenal dan mematuhi kedua-dua peraturan ini?
Ia mudah untuk terlampau lama menziarah, terlampau banyak menziarah, memanggil terlalu kerap kali, bercakap terlalu panjang, emel terlalu banyak, atau memesej terlalu kerap. Pencerobohan-pencerobohan demikian boleh menjadi suatu beban lalu membawa kepada rasa mual dan benci. Apa yang kamu langsung tidak akan buat kepada orang asing, kamu mungkin dengan mudah buat kepada sahabat sendiri. Berhati-hati!
Alkitab boleh menjadikanmu berhikmah kepada keselamatan (2Tim 3:15) dan membekalkan segalanya yang diperlukan untuk para pelayan Allah (2Tim 3:16-17), tetapi ia juga mengajar hikmah praktikal yang ajaib. Di sinilah nasihat baik untuk membantumu bertumbuh dalam keredaan bersama manusia, seperti Yesus Kristus (Luk 2:52).
Kebanyakan pendidikan pada hari ini cukup tidak bernilai. Daripada belajar siapakah yang menemui negara Bolivia di sekolah, kelas untuk etiket, etika sosial, dan hikmah praktikal haruslah diajar. Amsal-amsal Salomo haruslah dijadikan buku teks. Tetapi buku ini yang daripada jari Allah ialah harta berharga bagi umat kudusNya. Mereka haruslah mengkajinya, melebihi dunia dalam kemuliaan, lalu bersukacita.
Hikmah dalam beberapa kata yang sedikit ini sama dengan penyelesaian Salomo untuk memotong seorang bayi kepada dua bahagian (1Raj 3:25). Hargainya. Betapa hebat nasihat ini dalam kata-kata yang biasa. Orang bebal ingat bahawa panggilan dan kata-kata yang banyak kerap kali merupakan persahabatan, tetapi hairan mengapa dia sendiri kurang adanya sahabat. Di sinilah jawapannya.
Orang yang keperempuanan dan yang mesra politik meleter hal umum yang kabur, tetapi Salomo memanggil kesalahan di sini suatu penyebab kelesuan dan kebencian. Cintailah Alkitab yang terus terang dan amsal yang istimewa ini. Allah mahumu berbudi baik, bersopan-santun, mempertimbangkan orang lain, dan berjaya.
Kemudahan berkomunikasi menjadikan amsal in lebih perlu daripada dahulu. Tiga kilometer punya perjalanan ke rumah jiranmu dahulu tidak menggalakkan lawatan yang kerap. Tetapi dengan adanya kereta, telefon, emel, kemudahan teks, media sosial, dan lebih waktu bersantai, faktor-faktor yang mengehadkan lawatan dikurangkan. Pada zaman kini, orang di dalam kereta dengan telefon bimbitnya menganggap semua orang lain sedang menanti-nantikan khabar daripadanya.
Ah, hai pembaca, janganlah memperdayakan dirimu sendiri. Kamu tidak berkecuali bagi peraturan ini, walaupun hatimu fikir demikian. Panggilanmu dan lawatanmu tidak lebih berharga daripada panggilan dan lawatan orang lain, dan penanggapan penuh akan hal itu dapat menyelamatkan dirimu daripada kebencian, dan sahabat-sahabatmu akan bertambah. Jadilah berhikmah dan jadilah lebih condong kepada pengekangan diri, daripada mengadakan risiko yang menimbulkan kebencian mereka.
Mungkinkah adanya apa pun yang lebih pedih daripada mengundang tetamu untuk makan malam dan mereka tinggal terlalu lama tanpa pertimbangan bagi keperluanmu untuk membersih dan bangun awal pada hari kemudian? Kamu fikir mengapa mereka terus tinggal demikian, tetapi jawapannya memang mudah. Mereka orang yang mementingkan diri sendiri dan menganggap dirimu mengingini mereka sepanjang malam.
Apakah yang dapat kamu buat sebagai seorang tetamu? Buat cadangan bahawa kamu harus bertolak sementara malam masih awal, dan biarlah tuan rumah yang melayanimu itu menyatakan berapa lama kamu harus tinggal. Jika mereka bersetuju dengan permohonanmu, tinggalkanlah rumah itu dan tahu bahawa dirimu berhikmah. Jika mereka merayu untuk kamu terus berada, maka berbuatlah demikian dan cuba mengulangi cadangan tersebut dengan berbudi baik sejam kemudian.
Suatu amsal yang berkaitan dengan yang ini meremukkan keangkuhan dan mengajar kemuliaan. Ketika diundang ke suatu majlis, duduklah di tempat yang paling tidak penting. Ia lebih baik untuk diminta naik ke tempat yang lebih penting daripada diminta turun (Ams 25:6-7; Luk 14:8-10). Pakailah hikmah ini untuk melawat jiran-jiran – ia lebih baik untuk diminta untuk tinggal lebih lama oleh tuan rumahmu daripada diminta untuk pergi olehnya.
Kawan sejati mengingat bahawa masa berharga. Mereka sedar akan kesuntukan masa bagi pihak yang lain. Kamu mungkin jemu dengan tiada apa pun untuk dibuat, tetapi orang lain tidak duduk menunggu untuk telefon berbunyi. Budi bicara mewajibkanmu untuk menjadi sedar tentang orang lain dan had masa mereka atau keperluan mereka. Jangan mengambil kesempatan atas orang lain, hanya kerana kamu tiada kehidupan untuk dijalani.
Kehidupan singkat, dan masa selalunya tidak mencukupi. Untuk menyiapkan segalanya memerlukan desakan masa. Suatu panggilan lima minit seminggu ialah peringatan berharga akan persahabatan. Panggilan selama sejam dengan kekerapan dua kali seminggu ialah beban yang tidak seorang pun dapat tanggung. Kekalkanlah perbualan itu berlangsung dengan hal berkaitan, dan sesudah itu cepatlah padam talian itu. Jadilah kawan yang sejati, dan biarlah kasih sahabat-sahabatmu kekal bagimu!
Dua lebih baik daripada satu, dan persahabatan ialah berkat yang besar (Pkh 4:9-12). Nasihat yang sungguh-sungguh daripada kawan menyukakan hati seperti minyak wangi, dan kawan-kawan haruslah dijaga dengan cukup teliti (Ams 27:9-10). Salah satu cara kamu boleh melakukan ini adalah untuk tidak mengambil kesempatan ke atas masa mereka.
Amsal ini tidak mengehadkan atau meminimakan persahabatan, tetapi sebaliknya menyempurnakannya dan melindunginya. Di sini tiada kutuk terhadap perbualan yang mesra, tetapi ia mengutuk penyalahgunaan masa oleh kawan-kawan yang memandai dalam anggapan dan yang tidak bertimbang rasa. Alkitab menyanjungi persahabatan dan juga kemesraan sejati.
Masih perlukah kamu bimbangan bagi hal sosial? Jangan terlalu awal sampai kepada undangan yang persendirian, kerana tuan rumah besar kemungkinan masih tengah-tengah membuat persiapan. Bawalah buah tangan yang kecil, tetapi jangan mengharapkan mereka membukanya atau banyak bercakap tentangnya. Hantar kad terima kasih selepas lawatan itu. Jika makan di luar, berusaha untuk bayar, supaya jangan tuan rumahmu memikir dirimu mengambil kesempatan ke atasnya. Pakailah pakaian yang seragam dengan acara itu.
Jika kamu terlalu dilamun rasa untuk berkomunikasi, maka bertelutlah dan berdoa. TUHAN terbuka untuk mendengarmu selalu, tetapi kawan-kawanmu yang fana tidak. Berjalan dan beromong-omong dengan TUHAN akan membawa banyak kebaikan kepada dirimu juga. Jika kamu tidak dapat memikirkan apa-apa isi untuk didoakan, dan kawanmu berada dalam fikiranmu, maka doalah bagi kawan itu.
Tiada keperluan untuk berhati-hati atau mengekang diri bagi hal memasuki ke takhta Allah dengan berani dan berulang-ulang kali dalam doa dan untuk kekal di sana selama yang diingini atau yang diperlukanmu, sebab Yesus hidup selama-lamanya sebagai Imam Besarmu. Allah memohon pendesakanmu, iaitu mengacau dan menekankanNya dengan secukupnya oleh permohonan berulang-ulang kali supaya Dia mengabulkannya. Itu diajar Yesus (Luk 11:5-8; 18:1-7).
Allah tidak pernah lesu kerana lawatanmu, dan Dia akan lebih mendekatimu kerana kamu banyak melawat. Tiada waktu yang lebih baik daripada sekarang untuk menghampiri takhtaNya sebab Dia tidak tidur dan tidak mengantuk. Pergilah kepada Sahabat kekalmu selalu, hai pembaca yang dikasihi, dan di situ beroleh hiburan untuk selamanya.