25:18
Orang yang bersaksi palsu terhadap jirannya ialah tukul berat, pedang dan anak panah yang tajam.
Adakah kamu menghancur, mengelar dan menikam orang lain? Adakah kamu meremukkan mereka? Menghiris atau melukakan mereka? Menikam mereka dalam-dalam? Jika kamu pernah membesar-besarkan cerita, berbohong, atau tetap membisu dan mengakibatkan orang lain diburuk-burukkan, kamu bersalah. Kamu bagaikan suatu tukul berat. Kamu bagaikan suatu pedang. Kamu bagaikan suatu anak panah. Kamu melukakan orang lain dengan dalam. Hapuskan senjata-senjata ini sekarang!
Perumpamaan dan metafora ialah kiasan yang membuat perbandingan antara benda-benda untuk menerangkan atau menggambarkan salah satu daripadanya. Kita tahu suatu ayat ialah perumpamaan yang membandingkan benda apabila perkataan “seperti” atau “umpama” dipakai. Metafora hanya menganggap perbandingan itu tanpa apa-apa perkataan untuk mengenalpastikannya sebagai metafora. Amsal ini ialah metafora. Jika ia merupakan perumpamaan, ia akan dinyatakan sebegini, “Orang yang bersaksi palsu terhadap jirannya SEUMPAMA suatu tukul besar, suatu pedang dan suatu anak panah yang tajam”.
Orang yang mulia dan benar selalu mengucap kebenaran, terutamanya apabila suatu nama baik atau suatu nyawa sedang digadaikan. Apabila mereka menjadi saksi di dalam apa-apa hal, mereka berhati-hati supaya menyatakan semua yang patut dikatakan, dengan setepat semungkin menurut apa yang diingati. Mereka tidak terus membisu apabila kesaksian mereka itu boleh mencerahkan lagi situasi itu. Hal ini cukup penting bagi Allah sehingga hukum yang kesembilan berbunyi, “Kamu tidak akan bersaksi palsu terhadap jiranmu.” (Kel 20:16).
Ini bukan hal yang remeh. Jika Allah yang mengubal undang-undang negara, sumpah bohong di dalam mahkamah akan memberi kamu hukuman yang sepadan dengan jenayah yang sedang dibicarakan, bahkan kalau hukuman itu merupakan hukuman mati (Ula 19:16-21). Suatu hukum yang begitu berhikmah akan mendorong saksi-saksi untuk menyatakan kesemua kebenaran dan hanya kebenaran. Ingatan akan bertambah maju dan suara hati akan menjadi lebih aktif. Allah benci segala bohong,terutamanya apabila pihak yang lain berada dalam bahaya (Ams 6:16-19; 19:5; Kel 23:1-9; Ima 5:1; 19:11-18).
Kamu boleh meremukkan harapan, nama baik, atau kehidupan seseorang jika kamu bersaksi bohong terhadapnya dan tidak menyatakan segala kebenaran. Kamu boleh menikam dia dalam-dalam, seperti memakai pedang, jika kamu gagal untuk menyelamatkannya daripada masalah sedangkan kamu tahu kebenaran akan hal itu. Dan kamu dapat melukakannya dengan dahsyat, jika kamu merupakan saksi dalam sesuatu perkara, namun kamu menahan kebenaran daripada pembicara jenayah itu. Saksi palsu ialah musuh yang keji dan buruk terhadap manusia.
Kamu tidak akan berbohong di mahkamah? Bagus. Akankah kamu memberitahu kebenaran sepenuhnya, hanya kebenaran, tanpa membesar-besarkan cerita atau berberat sebelah, tentang segalanya yang kamu tahu? Bagus. Ingat bahawa menokok tambah cerita, atau terus membisu sedangkan kamu tahu apa yang benar juga adalah bersaksi palsu.
Apakah reputasi [nama baik] kamu? Adakah kamu dikenal sebagai orang yang selalu dan hanya berucap benar tentang orang lain? Adakah kamu dikenal sebagai orang yang tidak mengumpat orang, tidak memfitnahkan orang, tidak membawa-bawa mulut, dan tidak berbisik-bisik? Adakah kamu selalu menyatakan perilaku orang lain di dalam terang yang paling baik? Jika tidak, mulailah hari ini juga!