Amsal · Proverbs

26:11
Seperti anjing yang kembali kepada muntahnya, demikianlah si bebal yang kembali kepada kebebalannya.

Dunia di sekelilingmu mengandungi pelajaran-pelajaran yang sungguh berkuasa untuk arahanmu. Suatu ciri hina pada anjing patutlah menera dalam fikiranmu sifat dosa yang keji dan kegilaan orang yang kembali kepadanya. Walaupun gambarannya kurang daripada kenyataan, isi pentingnya sudah dinyatakan.

Sementara merupakan kebiasaan dalam amsal-amsal Salomo, di sinilah kiasan simile yang membuat perbandingan di antara suatu peristiwa yang alamiah dengan suatu lagi yang moral. Simile dikenalpastikan dengan pemakaian perkataan “seperti” atau “seumpama”. Dalam hanya tiga belas perkataan, kamu ada takrif dan kutuk yang sungguh kuat bagi orang bebal.

Apa yang juga merupakan kebiasaan dalam kitab Amsal, ialah salah satu daripada pelbagai jenis makhluk Allah yang telah dipilih untuk memberimu pelajaran kenyataan. Di tempat-tempat lain dalam Alkitab, kamu akan menemui semut, singa, labah-labah, babi, arnab, helang, lintah, ular, anjing greyhound, kambing, dan belalang. Lihatlah ulasan Amsal 30:24.

Anjing bukanlah sahabat karib Sang Pencipta. Alkitab menyebut anjing empat puluh kali tanpa sekali pun menyebutnya dengan positif. Anjing ialah makhluk yang keji yang dipakai untuk mewakili orang sodom, orang durjana, iblis, ketamakan, kebisingan, dan keganasan. Ia disamakan dengan babi. Ia dipakai sebagai perkataan mengutuk. Tetapi orang bebal masih melampaui sikap anjing kerana selera yang tamak dan yang lahap untuk dosa-dosa yang meluat dan yang durjana.

Salah satu ciri yang jijik anjing adalah untuk memakan muntahnya sendiri. Ketika perutnya harus menolak benda yang tidak baik, anjing pula kembali dan memakannya semula. Malunya kamu tidak mempunyai perasaan jijik bagi dosa yang serupa dengan perasaan jijik yang kamu ada bagi gambar anjing ini yang memuntahkan kekotorannya dan memakannya semula. Ia akan menguntungkan jiwamu, jika kamu dapat belajar untuk menjauhi nafsu-nafsu berdosamu dan dosa-dosamu.

Walaupun manusia dibentuk menurut gambar Allah, sedikit lebih rendah daripada malaikat, Allah Yang Maha Kudus menyamai keadaanmu yang rosak itu dengan salah satu makhluknya yang paling keji. Syaitan telah memberitahu ibu moyangmu, “Kalian akan menjadi seperti allah-allah”. Tetapi Hakim yang benar mengisytiharkan, “Kalian adalah seperti anjing”. Perbandingan-perbandingan yang keji dipakai Alkitab untuk menunjukkan akhlak hina manusia dan layanan kejinya kepada Allah Yang Maha Tinggi, seperti perzinaan rohani yang digambarkan di dalam Yehezkiel bab yang ke-16 dan yang ke-23.

Petrus mengisytiharkan kata-kata Salomo sebagai kata-kata amsal yang benar (2Pet 2:20-22). Dia memakainya untuk mengutuk sesiapa pun yang meninggalkan perpalingan diri mereka lalu kembali semula kepada muntah dunia ini, seperti Lot, Salomo, Demas, dan orang-orang lain. Untuk terlepas daripada pencemaran dunia ini dan kemudian kembali dikusutkan semula dengannya menjadikan seseorang lebih teruk keadaannya daripada perpalingannya yang dahulu.

Kebebalan ialah dosa. Fikiran tentang kebebalan pun ialah dosa (Ams 24:9). Kebebalan menyebabkan malu dan pedih yang besar di dalam jiwa dan kehidupan (Ams 13:15; Maz 36:2; Yer 2:19). Dosa menyakiti manusia; ia menyakiti keluarga; ia menyakiti kekayaan; ia menyakiti nama baik; ia menyakiti kesihatan. Namun, manusia bergegas kepadanya berulang-ulang kali, meskipun telah membuat sumpah yang takzim dan dengan sekuat-kuat hati untuk pertaubatan dan pembaharuan. Apakah yang tak kena dengan mereka? Hati naluri mereka rosak dan tercemar. Mereka mengasihi apa yang harus mereka benci, dan mereka membenci apa yang harus mereka kasihi. Mereka babil.

Serangan jantung akan mendapat perhatian seseorang – meskipun dia seorang pelahap yang malas. Beberapa hari sejurus selepas pembedahan pintasan, dia mahu butir-butir teliti akan nutrisi dan program senaman yang paling elok. Dia membuat azam, merancangkan jadualnya, dan memesan stok roti yang sihat dan sayur-sayuran dan dua pengisar injakan. Tetapi selepas tiga bulan tanpa peristiwa angina, dia sekali lagi menjadi malas dan memakan banyak keju dan gula-gula. Sudahkah dia melupakan kesakitan teruk serangan jantung? Atau adakah dia mendambakan racun yang nyaris-nyaris membunuhnya? Atau kedua-duanya?

Pertimbangkan orang pemabuk (Ams 23:29-35). Dia ada celaka, dukacita, perbalahan, bebelan, dan lukahasil daripada waktu mabuknya. Dia kehilangan kerjanya, lesen memandunya, isterinya, anak-anaknya dan reputasinya. Dia beroleh sakit dan merasa seakan-akan dia telah memakai malam berbaring di atas tiang kapal layar. Namun dia berkata, “Waktu bila akanku bangun? Aku akan mencarinya semula”. Orang bebal! Anjing!

Ahab bertaubat dan berjalan dengan rendah hati di hadapan Tuhan – untuk beberapa minit. Kemudian dia bergegas semula kepada muntahnya lalu dibunuh (1Raj 21:27-29; 22:8). Firaun merayu kepada Musa untuk kelegaan dan berjanji untuk melepaskan Israel. Tetapi sebaik sahaja dia berasa lega, dia mengeraskan hatinya dan kembali semula kepada kebebalannya yang degil (Kel 8:15). Berapa banyak kali pernahkah Allah mengampuni dan melepaskan Israel, dan kemudian melihat mereka bergegas semula kepada muntah orang pagan (Maz 78:33-42)?

Hai pembaca, apakah kenajisan yang telah kamu muntah dan buang melalui rahmat Allah dan penginsafan RohNya? Apakah kebebalan yang sudah kamu tolak? Kamu akan digoda untuk kembali kepadanya. Muntah mana yang menggodamu? Bersungut-sungut? Pornografi? Muzik yang tidak salih? Kemabukan? Khayalan bernafsu? Sikap pelahap? Televisyen? Kepahitan? Perzinaan? Tidak taat kepada ibubapa? Menipu dalam perkahwinan? Gereja yang tidak alkitabiah? Kekurangan penundukkan? Mengumpat?

Tidak mungkin adanya separuh berpaling daripada dosa. Ia tidak berhasil. Ia tidak akan berhasil. Kamu masih boleh mencium bau muntah, dan kamu akan berpaling kepadanya semula. Hai pembaca, kamu harus melarikan dirimu daripada godaan-godaanmu dan dosa-dosamu dengan segala kekuatan dan kepantasan. Kamu harus menghapuskan punca-punca godaan itu. Kamu harus dengan sepenuh-penuhnya memuaskan seleramu dengan hal rohani, supaya kamu tidak ada selera untuk muntah. Tiada jalan pintas. Jika kamu meluangkan masa dengan kenajisan, maka kamu akan pasti kembali kepadanya.

Kalau anjing ada hati nurani, ia akan beroleh malu akan sifatnya yang keji itu. Tetapi bagaimana pula dengan manusia yang berdosa? Pengembalian mereka kepada dosa yang mencemarkan adalah lebih teruk. Di manakah malu mereka? Mereka akan tidak lama lagi ada malu dan penghinaan yang abadi, kecuali mereka diselamatkan oleh Tuhan Yesus Kristus (Dan 12:2).

Hanya oleh rahmat Allah dan kurniaan pertaubatan, seseorang dapat diselamatkan daripada kebebalannya dan jerat Syaitan (2Tim 2:25-26). Jika kamu ada penginsafan yang paling sedikit tentang apa pun dosa pada ketika ini, bertaubat dengan serta-merta dan ambil tindakan yang mendadak untuk membuang kebebalan itu daripada kehidupanmu. Lari kepada Yesus Kristus. Mungkin rahmat Allah akan menyelamatkanmu daripada dosa itu pada hari ini.

Berucaplah bersama sang pemazmur, “Aku mahu mendengar apa yang Allah TUHAN akan berbicara: sebab dia akan berbicara damai sejahtera kepada umatNya, dan kepada orang-orang kudusnya: tetapi jangan biar mereka kembali semula kepada kebebalan” (Maz 85:8). Dengarlah amaran Tuhan Yesus Kristus kepada orang lumpuh yang telah disembuhkanNya, “Lihatlah, kamu telah dijadikan sihat: jangan berdosa lagi, supaya jangan sesuatu yang lebih buruk menimpamu” (Yoh 5:14).