26:10
Allah yang Maha Besar yang telah membentuk segalanya mengganjari orang bebal dan mengganjari para pelanggar.
Ada hanya satu Allah yang sejati – Sang Pencipta segalanya – dan namaNya ialah Jehovah. Dia Allah Yang Maha Kuasa, dan Dia memerintah alam semesta sebagai satu-satunya Peribadi yang berdikari dan yang tidak terhingga. Dia Pemerintah yang berdaulat atas segala makhluk, dan Dia menghukum kedua-dua orang bebal yang jahil dan yang kekukangan dan pendosa yang suka memberontak dan yang suka memandai. Tidak seorang pun di antara mereka akan terlepas daripada penghakimanNya yang pasti.
Apakah yang dapat kamu tahu tentang Allah? Kamu dapat melihat di alam semesta kuasaNya yang kekekalan dan KeilahianNya dengan menaakuli kesan-kesan sampai kepada puncanya (Rom 1:20). Hanya para pencemuh yang akan mahu mempertimbangkan evolusi – semua manusia yang boleh melihat tahu bahawa adanya Sang Pencipta yang sungguh mulia (Maz 19:1-6). Matahari, bintang-bintang, lautan, puting beliung, musim cuaca, makhluk, kehidupan, dan maut segalanya memberi kesaksian tentang Dia dengan cukup jelas.
Apa lagi yang dapat kamu tahu tentang Allah? Satu-satunya buku yang berilham di dunia, yakni Alkitab, menjelaskan Dia dengan cukup teliti. Dia satu-satunya yang bernama JEHOVAH – AKU ADALAH BAHAWA AKU ADALAH – Allah kekekalan yang wujud di dalam dan oleh diriNya sendiri (Kel 3:14; 6:3). Dia Allah Yang Maha Kuasa, dan Dia mengolok-olok segala allah yang lain sebagai bayangan-bayangan orang bebal (Yes 9;6; 44:9-20; Maz 135:5-18).
Ada apa lagi? Dia tidak akan melepaskan atau membersihkan para pendosa dengan apa pun cara (Bil 14:18; Nah 1:3). Mereka semua akan dihukum (Maz 9:16-17; 50:21-22). TUHAN Jehovah tidak boleh tahan orang bebal, dan Dia memandang hina dan membenci orang durjana (Maz 5:5-6; 11:5-6; Mat 7:23). Dia menyimpan catatan untuk setiap dosa, dan Dia akan menghakimi setiap pendosa dengan keras sekali (Wah 20:11-15). Dia boleh menghukummu di dalam kehidupan ini dan/atau di akhirat, maka manusia harus takut kepadaNya (Pkh 3:14; Luk 12:4-5).
Allah menghukum kedua-dua orang bebal dan para pelanggar. Si bebal ialah seorang pelanggar hukum, dan seorang pelanggar hukum adalah bebal (Maz 14:1; 36:1). Tetapi ketika dibezakan, seperti di dalam amsal ini, carilah perbezaan-perbezaan. Orang bebal berdosa oleh kejahilan dan/atau kekukangan; seorang pelanggar hukum berdosa dengan memandai dan dengan memberontak; kedua-dua mereka layak untuk penghakiman yang keras (Maz 19:12-13; Luk 12:47-48).
Apakah pelajaran-pelajarannya? Hidup dengan terkawal dan dengan kewajaran di hadapan Maha Besar Yang Berdaulat ini (Pkh 12:13-14). Jangan gusar tentang para pendosa yang terlepas ditangkap dalam kedurjanaan mereka (Maz 37:35-36; Pkh 5:8). Jangan fikir untuk membalas dendam (Nah 1:2). Pakailah segala jalan arahan untuk mengelak menjadi orang bebal, dan berdoa dan berusaha menentang dosa-dosa yang memandai.
Hai para penterjemah Alkitab, yang kebanyakan menyoal firman Allah, mengubahkan ayat ini untuk berbunyi, “Seorang pembesar mendukakan semua; dan dia mengupah orang bebal; dia juga mengupah para pelanggar”.Betapa buruk persendaan firman itu! Apakah yang dapat dimaksudkan terjemahan ayat tersebut, dan apakah pelajaran hikmahnya? Erti secara elipsis yang menyatakan “Allah” jauh melampaui akal mereka (elipsis itu ditulis dalam alkitab King James secara fon condong). Inilah sikap bongkak yang menyebabkan mereka menyatakan bahawa Elhanan membunuh Goliat (2Sam 21:19 di dalam kebanyakan versi yang lain) dan kejahilan akan maksud hujahan Yesus yang memakai perkataan yang memakai fon condong (Mat 22:31-33 cp Kel 3:6).
Apakah yang versi Alkitabmu sebut bagi ayat ini? AVB menulis, “Seperti pemanah yang melukai setiap orang, demikianlah orang yang mengupah si bodoh atau sesiapa sahaja yang lalu-lalang”. ITB pula berbunyi, “ Siapa mempekerjakan orang bebal dan orang-orang yang lewat adalah seperti pemanah yang melukai tiap orang”. Versi-versi yang kurang popular adalah lebih teruk. Mereka tidak tahu bagaimana untuk menterjemah apatah lagi untuk mentafsir dan memakai.
Berbaliklah kepada pelajaran Salomo! Adakah kamu berperangai seperti orang bebal? Atau adakah kamu serupa seorang pelanggar hukum? Jika kamu dengan positif menjawab salah satu soalan-soalan tersebut, maka kamu bermasalah, sebab Allah Yang Maha Besar akan mengganjarimu – dan upah dosa ialah maut (Rom 6:23; Yeh 18:4). Oleh sebab itu, semua orang akan mati secara fizikal (Wah 20:14). Mungkinkah adanya apa pun harapan bagi dirimu? Tiada harapan yang ada berdasarkan kemampuanmu, moyangmu, atau nilaimu!
Satu-satunya harapanmu ialah seorang Juruselamat, Pengantara, Wasit atau Imam Besar dengan bayaran yang secukupnya untuk menutupi dosa-dosamu (1Tim 2:5; Ayb 9:33; Ibr 7:25-27). Kamu akan membayar bagi dosa-dosamu kecuali ada orang yang lain pula yang membayarnya. Allah mengutus AnakNya ke dalam dunia 2000 tahun dahulu untuk hidup dan mati sebagai Pengganti bagi umatNya (Mat 1:21; 20:28). Allah akan mengganjari mereka dengan hidup kekal untuk kerja keselamatan yang sudah selesai oleh AnakNya Yesus (Rom 6:23; Kol 3:24).
Allah Yang Maha Besar yang telah membentuk segalanya telah memilih orang pilihanNya di dalam Kristus sebelum Dia meletakkan dasar-dasar dunia, dan Dia akan menyelamatkan setiap orang di antara mereka daripada ganjaran yang adil dan yang dahsyat bagi dosa-dosa mereka (Yoh 6:39; 10:26-29; 17:2; Rom 8:28-39; 9:14-24; Efe 1:3-12). Peganglah teguh pilihanmu dan keselamatanmu dengan mempercayai bahawa Yesus Kristus ialah Anak Allah Yang Maha Besar dan mentaatiNya dengan kerja-kerja baik yang diinginiNya (2Pet 1:5-11; 1Tes 1:2-4).