Amsal · Proverbs

26:12
Nampakkah kamu orang yang memandai dalam keangkuhannya? ada lebih harapan bagi orang bebal daripadanya.

Adakah sesiapa pun yang lebih teruk daripada orang bebal? Ya, orang angkuh yang memikir dirinya betul! Orang bebal memang bodoh, tetapi dia boleh belajar beberapa hal yang mudah. Ada kurang harapan bagi pencemuh, iaitu orang yang terlalu angkuh untuk diperbetulkan. Bagaimana mungkin kamu membantu dia? Dia sudah yakin bahawa dia tiada kesalahan.

Keyakinan diri sendiri dan sikap menganggap diri sendiri wajar melaknatkan diri sendiri. Ia memenjarakan seseorang ke dalam keangkuhan hati mereka yang memperdayakan diri sendiri, sebab mereka tidak boleh membayangkan bahawa gagasan dan fikiran mereka boleh jadi salah. Mereka dengan angkuh tidak peduli dan menolak nasihat, tidak kira betapa layak pun nasihat itu untuk pertimbangan mereka. Keselamatan daripada kebebalan demikian adalah dengan kerendahan hati tidak percaya kepada dirimu sendiri.

Orang bebal hanya ada satu halangan untuk hikmah – kejahilan. Orang bebal yang angkuh ada dua halangan – kejahilan dan perdayaan diri sendiri. Dia harus pertama-tama belajar bahawa dia tidak mengenal apa-apa pun, yang merupakan pelajaran yang paling sukar di sekolah hikmah, dan ia biasanya hanya dipelajari oleh hukuman yang keras-keras. Semakin yakin seseorang yang berada dalam kesalahan, semakin jahil dan bahaya keadaannya.

TUHAN mahu kamu mempertimbangkan orang demikian. Kamu boleh belajar dengan memandang orang-orang yang angkuh dan yang bongkak ini. Mereka menganggap bahawa mereka sudah berhikmah, dan oleh itu mereka tidak akan berhikmah. Mereka tidak tahu pun apa maksud hikmah, apatah lagi semangatnya dan jalannya untuk memperoleh hikmah.

Keangkuhan ialah pendapat yang tinggi dan yang bongkak akan dirimu dan kemampuanmu. Ia keangkuhan dan kesombongan. Ia merupakan dosa yang disebut Wasiat Baru tentang menjadi tinggi hati (2Tim 3:4). Ia merupakan kutuk si iblis (1Tim 3:6), yang memikir diri sendiri sebegitu tinggi sehingga dia memilih untuk bersaing dengan Allah.

Dalam amsal ini, keangkuhan adalah daripada fikiranmu sendiri. Sesudah kamu percaya kamu seorang pemikir yang hebat dan biasanya betul, siapakah yang akan memujukmu sebaliknya? Kamu pergi tidur dan bangun dengan fikiran yang sama – pendapat-pendapatmu adalah lebih baik daripada orang lain. Kamu dengan tidak berharapan sudah terperdaya.

Ubatnya adalah untuk dengan rendah hati mengaku bahawa kamu tahu sedikit lebih banyak daripada pengetahuanmu ketika seorang bayi dan kamu bergantung sepenuh-penuhnya kepada Allah dan firmanNya untuk belajar apa pun yang bernilai. Pelajaran hikmah dalam amsal ini adalah untuk mengenalpastikan para pencemuh angkuh dan mengelak mereka. Mereka di luar harapan, maka jangan buang masamu untuk cuba mengajar mereka. Jauhilah mereka (Ams 22:10).

Satu-satunya kebenaran yang mutlak di dunia ialah Alkitab, tetapi orang-orang yang angkuh tidak boleh memberi ruang untuk itu pun. Mereka telah menyakinkan diri mereka bahawa Alkitab adalah bebal, sudah ketinggalan zaman, atau ditulis oleh fanatik-fanatik agama. Jika mereka menyatakan bahawa mereka percaya kepada Alkitab, mereka akan menyatakan bahawa orang lain sudah salah tafsir Alkitab: hanya diri mereka sendiri yang benar-benar memahami minda Allah. Mereka sebegitu mengasihi fikiran mereka sendiri sehingga mereka tidak akan menerima pembetulan daripada Allah ataupun daripada duta-dutaNya.

Pertimbangkan bagaimana para pendidik, media-media massa, dan para penghibur semuanya memenuhi amsal ini bagi dirimu untuk menyaksikan mereka. Kebongkakan angkuh mereka hasil daripada pembelajaran, kuasa untuk mempengaruhi pendapat orang awam, dan kedudukan sosial mereka menyebabkan mereka menghina dan menolak kebenaran. Maka Allah sudah membutakan mereka sampai kepada hikmah yang paling asas pun, sementara kehidupan disfungsi mereka terbukti kepada para pemerhati yang berhikmah (1Kor 1:19-20; 3:18-20).

Mereka berkhayal di dalam fikiran mereka yang angkuh bahawa asal-usul manusia adalah daripada monyet, yang berasal daripada ameba, yang berasal daripada letupan besar gas-gas angkasa lepas dengan kebetulan. Betapa berhikmah! Betapa mulianya! Betapa besar pencapaian itu! Allah di syurga mengolok-olok fikiran mereka dengan menganggapnya sebagai, “bebelan yang cabul dan yang sia-sia” dan “yang kononnya dipanggil sains” (1Tim 6:20). Mereka menjadikan sains mereka keangkuhan, dan keangkuhan menjadi sains mereka. Mereka orang bebal tanpa apa pun harapan.

Tetapi Allah Yang Maha Tinggi tidak terhibur dengan kebodohan angkuh mereka. Dia mengetawakan kejahilan mereka dan penghakiman yang akan datang, tetapi Dia tidak terhibur dengan penolakan mereka akan kebenaran yang ditawarkanNya (Maz 2:4-5; 37:13; Ams 1:24-27). Dia menggelapkan hati mereka dan menanggalkan apa yang masuk akal pun supaya mereka melakukan tindak laku yang keji dengan satu sama lain. Dan itu Dia anggap wajar kerana perbuatan-perbuatan mereka.

Dia menurunkan mereka ke darjat lebih rendah daripada binatang buas supaya mencemarkan sesama diri secara seksual (Rom 1:18-27). Orang baik akan bersetuju dengan Paulus bahawa percabulan seksual yang hina itu ialah ganjaran yang sesuai. Adakah mereka malu? Tidak! Mereka memuliakannya, menyanjunginya, dan melindunginya (Ams 5:23; 26:11; Maz 49:13). Mereka tidak mampu menanggap bahawa mereka sudah diperlihatkan dan dikutuk oleh Pencipta mereka.

Pelajaran pertama amsal ini adalah untuk mengenalpastikan orang-orang demikian. Ketika kamu menemui orang bebal, kamu menegur kebebalan mereka supaya menjauhkan mereka daripada keangkuhan (Ams 26;5). Tetapi ketika kamu sedar bahawa mereka para pencemuh yang disebut amsal ini, kamu harus meninggalkan mereka kepada khayalan-khayalan durjana mereka (Ams 26:4; 9:7-8). Perhatian yang lebih lanjut, kemuliaan, atau perbahasan adalah tidak berhasil dan berbahaya (Mat 7:6). Biar orang buta memimpin orang buta ke dalam parit, seperti yang akan dikatakan Yesus (Mat 15:14).

Kanak-kanak haruslah diajar awal-awal bahawa mereka tidak tahu apa-apa pun dan orang remaja lagi tidak tahu apa pun. Jangan khuatir akan harga diri mereka, sebab sejak lahir mereka sudah diberi dua kali ganda itu daripada neraka (2Tim 3:2). Mereka tiba ke dunia ini dengan menajiskan diri sendiri, dan mereka tidak banyak maju melebihi itu sebelum mereka capai umur tiga puluh tahun. Ajarlah mereka bahawa perangai rendah hati mengaku kejahilan adalah perlu untuk pembelajaran dan hikmah sejati. Pengetahuan hanya di ambang pintu bagi orang yang mengaku dia tidak tahu apa pun. Orang demikian yang boleh diajar, dan dengan lekas.

Kanak-kanak haruslah diajar bahawa hanya Alkitab ada kebenaran dan hikmah yang mutlak, dan hanya ibubapa dan orang-orang yang lebih tua ada hikmah yang layak didengar. Mereka harus diajar bahawa bintang-bintang lagu rock dan wayang, olahragawan, dan para cendekiawan palsu zaman kini adalah lebih teruk daripada orang bodoh, sebab orang bodoh tiada agenda yang memberontak membenci Allah, kekuasaan, dan kewajaran.

Pelajaran yang kedua amsal ini adalah untuk memastikan diri sendiri mengelak menjadi seorang pencemuh. Paulus telah memberi amaran, “Jangan memandai di dalam kesombonganmu sendiri” (Rom 12:16). Kamu harus mengikuti Solomo, yang telah memberitahu Tuhan, “Aku hanya seorang budak kecil: Aku tidak tahu bagaimana beralih keluar dan beralih masuk” (1Raj 3:7). Kamu harus menjadi seperti Daud, yang berkata, “ TUHAN, hatiku tidak bongkak, dan mataku tidak menyombong: aku juga tidak bergiat diri di dalam hal-hal yang besar, atau di dalam hal yang terlalu tinggi bagiku” (Maz 131:1).

Hai pembaca, dambakan kerendahan hati demikian dan suatu anggapan rendah akan fikiran-fikiranmu sendiri. Ia akan menyelamatkanmu daripada banyak masalah. Jadilah gementar di hadapan Firman Allah dengan roh yang miskin, yang rendah hati, dan yang sesal (Yes 57:15; 66:2; Yak 4:10). Jangan percaya kepada dirimu sendiri atau fikiranmu sendiri. Curiga akan setiap dorongan. Soal setiap pendapat. Taklukkan setiap akalmu kepada Kitab Kudus. Bencilah fikiran sia-sia, terutamanya jika ia fikiranmu sendiri (Maz 119:13; Yer 17:9).

Orang yang memikir bahawa dia tahu sesuatu tidak tahu itu secara yang patut ditahu (1Kor 8:2). Jika kamu mahu menjadi berhikmah, kamu harus bermula sebagai orang bebal (1Kor 3:18). Sedikit pengetahuan adalah berbahaya, sebab ia membongkakkan minda manusia (1Kor 8:1). Pengetahuan sejati adalah untuk mengenalpasti dan mengakui bahawa kamu tidak tahu apa pun. Dengan jalan demikian, hikmah boleh dan akan dengan mudah diperoleh.

Godaan untuk melanggari amsal ini adalah besar, sebab “Setiap jalan seseorang dianggapnya betul di matanya sendiri: tetapi TUHAN merenungi hati” (Ams 21:2; 16:2,25). Satu-satunya keselamatan adalah untuk membenarkan Firman Allah yang tidak pernah salah untuk menangkap dan mengutuk fikiranmu yang bebal (Maz 119:128; Yes 8:20). Bagaimanakah kamu dapat tahu, hai orang sia-sia, bahawa kamu tidak memegang dusta di dalam tangan kananmu (Yes 44:20)? Pasanglah lampu suluh nas-nas Kitab Allah yang berilham kepada gagasan-gagasanmu dan belajar untuk menolak apa pun kebebalan sepenuh-penuhnya.

Kemudian kamu harus menyanjungi keselamatan yang dibekalkan oleh keramaian penasihat (Ams 11:14; 15:22; 24:6), tetapi si pencemuh tidak akan digerakkan meskipun oleh tujuh orang baik yang memberi alasan-alasan yang kukuh (Ams 26:16). Tidak kira apa pun alasan yang kamu beri, dia akan menciptakan segala jenis alasan untuk memperbenarkan dirinya sendiri. Inilah suatu kejahatan yang teruk untuk dielakkanmu dan elak juga semua orang yang sudah dijangkitinya.

Orang yang melulu dalam pertuturannya juga lebih teruk daripada orang bebal (Ams 29:20), sebab satu-satunya keinginan dirinya adalah untuk memuntahkan dan menyalak keluar kejahilannya (Ams 15:28). Dia akan lebih suka mendengar dirinya sendiri daripada belajar apa pun daripada orang lain. Orang kaya juga cenderung untuk memandai di dalam kesombongan mereka sendiri (Ams 28:11), kerana mereka telah mencapai suatu sukatan kejayaan, dan boleh membeli jalan keluar daripada kebanyakan masalah, dan mendapati diri mereka sendiri melebihi orang miskin dalam kebanyakan keadaan kehidupan. Perhatikanlah kedua-dua orang tersebut, dan belajar.

Dalam pada itu, hai pembaca, kamu harus pertimbangkan kebebalan rohani. Yesus dengan keras-keras menegur gereja di Laodikia kerana pendapat bongkak akan diri mereka, dan Dia memberi amaran kepada mereka tentang betapa banyak yang mereka memerlukanNya dan bahaya akan penghakiman yang menjelang (Wah 3:17-22). Kamu harus dengan teliti mengendahkan apa yang Roh berkata kepada gereja ini dan menanggalkan apa pun gagasan memandai dalam rohani.

Allah Yang Maha Mulia di syurga menganggap sikap menganggap diri sendiri benar sebagai asap dalam hidungNya. Apakah sikap menganggap diri sendiri benar? Ia merupakan sikap yang berkata, “Kekallah bersendiri, jangan mendekatiku; sebab aku lebih kudus daripada dirimu” (Yes 65:5). Ia merupakan abang yang membenci raya bagi adiknya yang pemboros yang sudah pulang kembali (Luk 15:25-32). Ia merupakan apa pun fikiran bahawa kamu bukan pendosa terulung (1Tim 1:15).

Yesus Kristus telah mempersendakan orang Farisi angkuh yang berdoa dengan sombong dengan sikap menganggap diri sendiri benar tentang keunggulannya berbanding pemungut cukai (Luk 18:9-14). Dia menegur para ahli agama yang bersandiwara dengan mengumumkan bahawa para pelacur memasuki kerajaan syurga sebelum mereka (Mat 21:31). Hai pembaca, tiada apa pun yang lebih berbahaya kepada keselamatan jiwamu daripada sikap sombong menganggap diri sendiri benar. Bencilah itu dengan kebencian yang membara dan yang sempurna. Rendahkanlah dirimu!

Orang yang datang kepada Yesus dalam keadaan memerlukan bantuan, telanjang, dan miskin akan diterima ke dalam kesenangan abadi di atas. Orang yang bermegah tentang perbuatan-perbuatan baik mereka akan dibuang ke luar. Kamu patut dengan rendah hati dan dengan ikhlas menyatakan bersama penggubah lagu, “Apa pun ku tak bawa, berpaut salibmu saja”. Yesus berkata, “Dia yang datang kepadaku langsung tidak akan kubuang keluar” (Yoh 6:37).