26:17
Dia yang lalu, dan masuk campur persengketaan yang tidak berkenaan dengannya, adalah seperti orang yang menarik anjing pada bahagian telinganya.
Anjing yang mesra pun akan gigit, jika kamu memegang dan menarik telinganya. Dan di sinilah kita nampak penyibuk, yang menyinggah untuk melibatkan diri dalam persengketaan dua pihak yang lain, dan yang tidak lama lagi akan digigit oleh kedua-dua pihak itu. Pengkhutbah itu, Salomo, telah mengajarmu hikmah untuk mengelak percanggahan orang lain.
Para pendamai adalah ajaib (Mat 5:9). Tetapi kerja berdamai yang hebat ini melibatkan persengketaan dirimu sendiri. Jika kamu telah menyinggung orang lain, kamu harus berdamai dengannya (Mat 5:23-26). Jika orang lain telah menyinggung kamu, kamu harus berdamai dengannya (Mat 18:15-22).
Oleh sikap sangat berhati-hati, dan hanya selepas menyelidiki diri dengan berhikmah, kamu boleh melibatkan diri dalam percanggahan orang lain dan cuba mendamaikan mereka. Sebab persengketaanmu sendiri pun, yang dikenalimu dengan baik, haruslah ditangani dengan berawas-awas. Apatah lagi apa yang kamu kurang faham (Ams 25:8). Selepas fikiran yang berhikmah, pastikan kata-katamu adalah apa yang baik untuk dibicarakan pada waktu yang sesuai (Ams 15:23; 16:20).
Orang yang rohani dan yang berhikmah harus cuba membantu percanggahan dan masalah orang lain (Rom 15:1-3; Gal 6:1-3), yang melibatkan pergaduhan dan persengketaan. Kamu merupakan penjaga saudara seiman dalam hal sedemikian (Ima 19:17; 1Tes 5:14). Dan pihak berkuasa, seperti ibubapa dan pastor, ada hak yang terhormat dan keberhutangan untuk menyelami masalah dan mendamaikannya (Ams 25:2).
Tetapi sesetengah orang penyibuk. Mereka suka menyibuk dalam hal orang lain (1Pet 4:15; 1Tim 5:13). Ini berdosa, dan ia harus dielakkan orang berhikmah. Amaran tegas Petrus ini menyamakan dosa ini dengan pembunuhan, pencurian dan perbuatan jahat. Jadilah sibuk bagi hal sendiri. Jika kamu sedang melakukan tugas-tugas yang patut kamu buat, maka kamu tidak akan ada masa bagi hal orang lain.
Para pencampur tangan suka melibatkan diri dalam pertikaian atau masalah orang lain. Mereka mendambakan maklumat dalaman pertikaian peribadi. Ia menjadikan mereka berasa penting untuk melibatkan diri dalam masalah orang lain, walaupun mereka biasanya teruk menyelesaikan masalah diri sendiri. Setiap orang ada cukup masalah sendiri.
Sesetengah orang di Tesalonika begitu cenderung kepada dosa ini sehingga mereka menghentikan pekerjaan mereka. Paulus menulis, “Sebab kami telah dengar bahawa ada sesetengah orang di antara kalian yang menjalani hidup dengan tidak tertib, langsung tidak bekerja, tetapi merupakan penyibuk. Sekarang mereka yang sedemikian kami perintahkan dan menggesakan oleh Tuhan Yesus Kristus, supaya dengan sikap tenteram mereka bekerja, dan makan roti sendiri.” (2Tes 3:11-12). Dia telah menulis dalam surat yang pertama, “Dan supaya kalian belajar untuk menjadi tenteram, dan untuk melakukan kerja sendiri, dan untuk bekerja dengan tanganmu sendiri, seperti yang kami perintahkan kalian;” (1Tes 4:11).
Kaum perempuan ada godaan besar untuk menjadi pencampur tangan, atau penyibuk, dalam persengketaan yang bukan hal mereka. Jadi Paulus mengesyorkan perkahwinan dan anak-anak bagi balu muda, untuk mencegah mereka daripada sikap suka melahu dan godaan kebebalan demikian (1Tim 5:12-15). Seorang perempuan yang sedar akan tugas-tugasnya tidak akan ada masa atau minat dalam hal yang sebegitu berbahaya. Sikap melahu ialah kutuk bagi mana-mana orang, seperti ia di Sodom dari dahulukala (Yeh 16:49). Pepatah yang benar ini mengisytiharkan, “Minda yang melahu ialah bengkel iblis”. Kekalkanlah diri sibuk kepada hal sendiri, dan janganlah ada keinginan untuk bercampur tangan dalam hal orang lain.
Yesus mengajar bahawa setiap orang ada cukup masalah yang mengancam dirinya setiap hari untuk mengekalkan keasyikannya (Mat 6:34). Dia memanggil ia munafik untuk sibuk menghakimi orang lain tentang selumbar di dalam matanya, sementara kamu harus asyik sepenuh-penuhnya mengeluarkan balak dari matamu sendiri (Mat 7:3-5). Kedua-dua Salomo dan Orang yang jauh lebih besar daripada Salomo sudah memberi amaran kepadamu. Jauhilah perbalahan orang lain. Tinggalkanlah setiap telinga anjing terbiar sahaja!
Tuhan Yesus Kristus juga telah mengusulkan suatu contoh yang sempurna dalam hal ini. “Dan salah seorang dari orang banyak itu berkata kepadanya, Guru, bercakaplah kepada saudaraku, supaya dia membahagikan warisan denganku. Dan Yesus berkata kepadanya, Hai lelaki, siapakah yang telah menjadikanku seorang hakim atau seorang pengagih atas kamu?” (Luk 12:13-14)? Hai pembaca, kamu boleh mengikut teladan kudus Yesus ini pada hari ini juga. Perbezaannya sungguh ketara di antara hal menderita sebagai penyibuk dan hal menderita sebagai seorang Kristian (1Pet 4:14-16).