26:21
Seperti arang bagi bara, dan kayu bagi api; demikianlah orang yang suka berbalah untuk menyalakan persengketaan.
Damai sejahtera berharga. Perbalahan teruk sekali. Gosip membinasakan reputasi dan persahabatan. Kehidupan dapat dinikmati – kalau adanya damai sejahtera dan ketenteraman. Tetapi sesetengah orang pulatidak akan memberimu rehat untuk menikmatinya; mereka mahu mengacau dan menyebarkan desas desus atau rahsia untuk menyebabkan kepedihan dan perselisihan.
Masalah menyusuli sesetengah orang. Mereka ada percanggahan, perbahasan, perselisihan, dendam, dan persengketaan dengan orang lain, orang yang mereka tuduh. Tetapi amsal ini menyatakan bahawa merekalah yang salah. Pertelingkahan dan perselisihan tidak akan timbul atau dapat berakhir dengan cepat, tetapi para pengacau yang suka berbalah ini menimbulkan pertelingkahan dan kekal bertelingkah dengan hampir semua orang (Ams 15:18; 29:22; 30:33).
Lelaki atau perempuan yang kerap kali ada kesukaran dengan orang lain mahu menuduh orang lain. Tetapiperbalahan tidak mungkin kekal melekat kepada orang baik, sementara seluruh dunia, pada umumnya, berdamai sejahtera dengan satu sama lain. Mereka pasti punca masalahnya, kerana tidak seorang pun dapat tenteram dengan mereka untuk lama-lama. Sesudah kamu mengenalpastikan orang sedemikian, mereka biasanya punca masalahnya.
Sesetengah sudah bercerai atau ada perkahwinan yang buruk, kerana mereka tidak dapat memahami pasangan sendiri. Anak-anak mereka tidak menyukai mereka – mereka merupakan ibubapa yang kasar. Mereka ada sejarah amalan kerja yang teruk – mereka berbalah ketika bekerja. Mereka lompat dari gereja ke gereja – mereka mematahlesukan alu-aluan yang diberi kepada mereka. Mereka kurang ada sahabat yang setia, kerana mereka terlalu banyak berbalah. Tidak seorang pun mahu berada di sekeliling mereka.
Pada masa yang sama, ada orang yang tenteram dengan hampir semua orang hampir selalu. Mereka merupakan teman hidup yang baik, ibubapa yang baik, pekerja yang baik, ahli gereja yang baik, dan sahabat yang baik. Apakah yang menjadikan perbezaan ini sebegitu ketara? Ia jurang di antara seorang pendamai yang murah hati dan seorang pencemuh yang suka berbalah. Yang satu diperkenan Allah dan manusia; dan yang satu lagi dibenci oleh kedua-dua Allah dan manusia.
Ada dua kiasan simili dalam amsal ini, seperti yang ditunjukkan oleh pemakaian perkataan “seperti”. Arang yang ditambahkan kepada arang yang membara menyebabkan api untuk bertambah marak. Kayu yang ditambahkan kepada api menjadikannya lebih panas dan lebih besar. Dengan cara yang sama, lelaki dengan roh yang angkuh dan yang suka berbalah menyebabkan persengketaan dan menambahkan perbalahan di mana-mana mereka pergi (Ams 13:10). Mereka memulakan persengketaan, percanggahan, perbahasan, dan pertelingkahan dengan kebanyakan orang.
Selidikilah dirimu sendiri. Adakah kamu disanjungi dan dikasihi sebagai seorang pendamai yang berbudi baik? Atau adakah kamu biasanya dielak kerana dianggap sebagai seorang yang suka mengkritik dan yang menyebabkan masalah hampir di mana jua? Adakah kamu pakar untuk memuji orang lain, bekerjasama, mengampuni pelanggaran, melangkaui kesalahan, dan suka menunduk diri? Atau adakah reputasimu orang yang suka bertengkar dengan dokmatik, perangai yang suka membenci, percanggahan yang saling berbalas dendam, dan secara am kekurangan dalam belas kasihan? Selidikilah dirimu sendiri. Orang lain sudah tahu!
Allah telah memanggil anak-anakNya untuk menjadi pendamai. Kamu harus memakai segala kuasa rohanimu untuk hidup berdamai dengan semua orang (Mat 5:9; Rom 12:18; Efe 4:3; 1Tes 5:13; Yak 3:17-18). Buah roh ialah kasih, sukacita, dan damai sejahtera (Gal 5:22). Orang yang salih dan yang berhikmah akan membenci roh yang suka berbalah di dalam diri mereka atau di dalam diri orang lain. Mereka akan cam kejahatan yang buruk ini dengan ciri-cirinya yang sungguh buruk lalu mengelak orang sedemikian dengan segenap kekuatan mereka. Mereka akan mengalakkan damai sejahtera pada setiap masa.
Syukur, Raja Damai akan datang tidak lama lagi, dan Dia akan menyingkirkan dari alam semesta orang yang suka bertelingkah, mengumpat, mengkritik, berbahas, berlawan, membawa mulut, berbisik, atau memfitnah (Maz 10:12-18; 12:1-4; 17:8-15; Yes 29:20-21; Gal 5:19-21). Adakah kamu bersiap sedia untuk bertemu denganNya? Jalanilah kehidupan pada hari ini dengan kesedaran akan Hari Penghakiman lalu menjadi seorang pendamai dan mengakhiri segala percanggahan yang dapat diakhiri. Allah dan orang baik akan memberkatimu kerana itu, dan kamu akan juga sendiri melihat faedah-faedah lain dengan serta-merta.