26:22
Kata-kata seorang pembawa mulut adalah seperti luka, dan ia turun masuk kedalam bahagian perut yang paling dalam.
Ibubapa dan guru-guru dahulu biasanya menghukum orang yang mengumpat. Allah masih berbuat sebegitu! Mengumpat itu adalah dosa yang sudah lesap dari ingatan orang. Tetapi Allah masih mengingatinya dan menghukum kerananya! Mengumpat itu ialah membawa mulut, iaitu, penyebaran cerita-cerita yang melukai dan berniat jahat tentang orang yang lain. Ia menyebabkan luka yang dalam didalam seseorang, yang menjadikan orang yang mengumpat itu sabit dengan kesalahan membunuh oleh sebab dosa itu berdasarkan kebencian.
Hikmah daripada amsal ini cukup penting untuk adanya amsal yang kembar (Ams 18:8). Mengulangi peraturan ini adalah berharga bagi orang yang menista seseorang dari belakang, mengumpat, menfitnah, membawa mulut atau membisik sebab dosa-dosa ini tidak lagi dikutuk. Untuk pemberita hari ini, membawa mulut itu disalahpanggil sebagai kebebasan kewartawanan, bahkan dianggap sebagai suatu tugas. Bagi yang bebal, membawa mulut itu dianggap sebagai, “memberitahu kebenaran akan seseorang”.
Allah tidak peduli jika apa yang dikhabarkan orang lain itu benar atau tidak – kedua-duanya adalah dosa. Jika kamu telah menyebarkan cerita bohong tentang orang lain, kamu telah memfitnahkan dia. Jika kamu telah menyebarkan cerita buruk yang benar tentang orang lain, kamu adalah penista seseorang dari belakang, pembawa mulut dan pembisik. Allah benci akan ketiga-tiganya. Membawa mulut itu ialah memberitahu hal rahsia tentang seseorang yang lain untuk memburuk-burukkannya atau melukainya (Ams 11:13; 20:19). Jadi, janganlah kamu berfikir bahawa kamu tidak bersalah kerana kamu tahu cerita yang disebarkan itu benar.
Pasti sudah lama kamu tidak mendengar atau membaca apa-apapun yang menentang hal membawa mulut. Generasi ini berketagihan bergosip kerana ada kekurangan kawalan atas kejahatan atau orang yang jahat. Tabloid, surat khabar, berita tv dan laman web berita semua berebut untuk mencari apapun rahsia yang boleh dapati tentang sesiapapun dan menyebarkannya sejauh semungkin. Ianya matlamat para wartawan untuk meraut untung daripada cerita yang tidak senonoh akan generasi yang jahat ini.
Setiap manusia ada rahsia – hal peribadi – seperti dosa, kesalahan, kegagalan, kerugian, pemecatan, kemuflisan, gajinya, penceraiannya, kesakitannya bahkan tanda lahirnya juga. Ini adalah rahsia-rahsianya, dan tidak seorang yang lain pun perlu tahu atau harus tahu. Untuk memberitahu seseorang yang langsung tidak perlu tahu ialah perbuatan membawa mulut (Ams 11:13; 20:19). Ia adalah keganasan yang merogol nama baik seseorang yang berhasil daripada iri hati, benci atau apapun yang lebih buruk. Ianya tugas kamu dihadapan Allah untuk melindungi rahsia sesiapapun seperti ianya rahsia kamu sendiri.
Dari manakah datangnya keinginan yang kejam dan keji untuk menyebarkan rahsia orang lain ini? Ia berpunca daripada keangkuhan, yang sama dengan dosa iblis, untuk menyanjungi dirimu sendiri dengan melukakan orang lain. Jika kamu boleh menjadikannya nampak cukup teruk, maka, kamu akan nampak salih dihadapan orang bebal atau pembawa mulut semacam dirimu sendiri. Ia juga berpunca daripada benci, yang sama dengan pekerjaan iblis didalam keluarga pertama, apabila dia mengerakkan Kain untuk membunuh adiknya, Habel, hanya kerana Habel itu lebih baik daripadanya.
Menyebarkan rahsia akan seorang yang lain melukakan hati dan jiwanya dengan dalam. Inilah yang dimaksudkan dengan “perut” (Ams 20:27). Sebenarnya ada dua yang terluka – orang yang diburukan nama baiknya kerana sebaran cerita itu dan orang yang mendengarkan sebaran cerita itu kerana pendapatnya diubah secara dosa (Ams 16:28; 26:20). Allah akan menghukum berat pembunuh-pembunuh lisan ini (Ams 26:20-26; Maz 55:21-23). Jikalau golongan Kristian tidak termasuk akan orang seperti ini (Maz 15:3), maka, pembawa mulut tentu dalam perjalannya ke neraka (Wah 21:8,27).
Luka hasil daripada membawa mulut lebih kurang tidak dapat dipulihkan. Jadi, ianya bagaikan perlakuan membunuh dalam cara lain. Apabila kamu menyebarkan rahsia kepada yang lain, keinsafan kamu terhadap orang yang kamu lukakan itu tidak akan menarik balik kata-katamu atau memulihkan kerosakan yang terjadi. Jika kamu meminta maaf kepada orang yang telah kamu sebarkan cerita itu, dan dia memaafkan kamu, mereka masih ada pengetahuan di dalam minda mereka yang tidak patut ada disitu. Kamu telah membunuh suatu nama baik.
Para pembaca, kamu ada dua tugas. Pertama, kamu harus mengelak dan menolak perkara membawa mulut didalam dirimu. Bagaimana? Kendalikan nama baik orang lain dengan kasih Kristian dan lindungi mereka dengan semangat kudus yang berkobar-kobar. Dengat cermat hanya ucapkan perkara-perkara yang baik akan yang lain, terutamanya waktu mereka tidak hadir. Allah akan memperhatikan usaha-usahamu untuk melindungi dan membina orang yang lain, dan Dia akan memberkati kamu.
Kedua, kamu mesti menolak pembawa mulut daripada pergaulanmu dan gerejamu, sebab mereka adalah racun kepada jiwa-jiwa manusia dan membinasakan kesatuan gereja (Ams 25:23; Maz 101:4-5). Allah membenci akan jiwa-jiwa yang jahat ini yang menaburkan penceraian daripada kesatuan, dan kamu patut benci akan mereka juga (Ams 6:16-19; Maz 139:21-22). Jadilah marah akan dosa mereka itu dan halau mereka jauh-jauh.
Daripada menjadi seorang pembawa mulut, jadilah seorang pembawa pujian! Daripada menyebarkan perkara buruk untuk melukakan orang lain, sebarkan pujian untuk membina nama baiknya. Daripada menjadi orang yang menista dari belakang, jadilah orang yang membina dari belakang! Apabila orang lain tidak hadir, sebarkan banyak perkara yang baik akan orang itu. Bayangkan hasilnya jikalau orang yang mengenal kamu hanya ceritakan perkara-perkara yang baik akan kamu sewaktu kamu tidak hadir. Cara bagaimanakah boleh kamu memulakan berkat ini? Beritahulah salah satu orang hari ini tentang sesuatu yang baik akan orang yang lain.