26:25
Apabila dia berucap dengan muluk, jangan percaya kepadanya: sebab ada tujuh kekejian dalam hatinya.
Orang yang sedang membenci tidak boleh dipercayai kerana mereka juga merupakan pembohong. Kata-kata mereka yang muluk adalah hanya untuk menyembunyikan kebencian mereka dan untuk memperdayakanmu. Hanya orang bebal akan percaya kepada mereka. Orang yang sedang membenci ini akan menghiris dirimu dengan teruk sekali, sebaik sahaja ia dapat menolong diri mereka. Hati mereka adalah penuh dengan fikiran yang durjana, meskipun ketika mereka memakai kata-kata yang lemah-lembut dan berpura-pura untuk mesra dan berakhlak mulia.
Ada konteks untuk amsal ini. Salah satu konteks adalah dekat dan yang satu lagi ialah konteks yang lebih menyeluruh. Konteks yang dekat menjelaskan orang yang sedang membenci (Ams 26:24). Para pembunuh yang durjana ini memakai kata-kata untuk berpura-pura menjadi orang lain yang mereka bukan. Mereka merancang dan merencanakan bagaimana untuk menyembunyikan niat jahat mereka yang durjana itu sementara mereka berbohong kepadamu tentang niat hati mereka. Mereka tidak akan lama terlepas diri, sebab mereka akan didedahkan di hadapan semua orang baik (Ams 26:26).
Konteks yang lebih menyeluruh ialah koleksi amsal yang berkenaan kepada para pembawa mulut dan para penipu yang sedang membenci (Ams 26:17-28). Dalam dua belas ayat, Solomo telah menyenaraikan pelbagai jalan yang kejahatan, kebohongan, hal membawa mulut, dan perbalahan boleh membawa kepada persengeketaan, kesesakan, dan penghakiman. Dunia akan menjadi tempat yang lebih baik jika orang-orang demikian dibuang ke longgok sampah (Ams 26:23), tetapi Allah akan pasti menghakimi mereka dengan cara yang serupa dengan apa yang mereka telah rancang bagi orang lain (Ams 26:27).
Kata-kata yang baik dan yang muluk mungkin memperdayakan orang yang pandir dan yang sentimental, tetapi orang yang berhemat menolak apa yang semata-mata perkataan; orang berhikmah selalu menyukat dan hanya melalui perbuatan untuk jangka masa yang panjang. Akhlak seorang budak pun dikenali oleh perbuatannya, sama ada dia suci dan betul (Ams 20:11). Kamu boleh mengenal seorang pembunuh melalui hasil buahnya, bukan melalui kata-katanya (Mat 5:21-22; 7:16; Yak 3:12).
Tujuh ialah nombor yang sempurna dalam Alkitab dan bermaksud jumlah yang sepenuhnya. Orang yang membenci penuh dengan kepelbagaian kekejian dalam hatinya, tidak kira apa pun yang mereka khabar di khalayak umum. Dan kamu akan memberi mereka kelebihan untuk melukakanmu, jika kamu percaya kepada kata-kata mereka yang berbohong. Jangan percaya kepadanya baik lelaki mahupun perempuan; lindungilah dirimu dengan sikap curiga akan orang yang berperangai demikian.
Kain merupakan orang yang demikian. Dia bercakap kepada Habel, tetapi pisau ada pada tangannya, dan kebencian ada dalam hatinya (Kej 4:8). Saudara-saudara Yusuf menghiburkan ayah mereka, meskipun mereka merupakan penyebab dukacitanya (Kej 37:35). Saul menawarkan Daud anak perempuannya, hanya dengan niat untuk membunuhnya (1Sam 18:17). Absalom menunggu untuk dua tahun penuh dan merayu untuk saudara-saudaranya untuk berjamuan bersama supaya dia dapat membunuh Amnon (2Sam 13:22-29). Yudas menjanjikan kesetiaan yang tidak terpadam kepada Yesus Kristus, tetapi mengkhianatinya dengan ciuman pada malam itu juga (Mat 26:35).
Bagaimanakah kamu tahu bahawa seseorang sedang membenci, sementara amsal ini berkenaan dengan mereka (Ams 26:24)? Di sini ada beberapa ciri: mereka tidak mengampuni dengan cepat dan dengan menyeluruh; mereka berpegang kepada kesalahan-kesalahan silam; mereka menganggap yang paling buruk tentang orang lain; mereka membenarkan kemarahan untuk berterusan melebihi satu hari; mereka mementingkan diri sendiri; mereka boleh mengkritik dengan kejam; mereka marah pada kadar yang melebihi apa yang wajar; mereka berpahit hati; mereka boleh mula menyindir dan mempersenda; mereka tidak murah hati dengan aktif kepada orang bawahan mereka; mereka angkuh; mereka melayani musuh dengan tidak baik; mereka bergembira ketika musuh-musuh mereka dilukakan; dsb.
Apakah pelajaran-pelajarannya? Pertama, berwaspada ketika berada di antara orang yang sedang membenci. Tolaklah kata-katanya, sebab dia seorang pembohong. Hatinya penuh dengan niat yang durjana, tetapi dia menutupinya dengan kebaikan yang palsu. Kedua, jadilah setia dalam segala perhubunganmu, meskipun dalam hatimu, supaya jangan kamu nampak seperti orang yang hina ini. Kasihilah musuh-musuhmu; ampunilah setiap pelanggaran dengan cepat dan dengan menyeluruh. Pada kadar kamu menunjukkan kasih dan belas kasihan, Allah akan menunjukkan itu juga kepadamu.