26:24
Dia yang membenci mencerai-berai dengan bibirnya, dan mengumpul pendayaan dalam dirinya;
Bukan semua kawan mengasihimu. Sesetengah orang yang menyatakan mereka mengasihimu sedang menyembunyikan benci dalam hati mereka yang durjana. Mereka mencerai-berai, atau berpura-pura untuk menjadi kawanmu, dan mereka berbohong untuk menutupi fikiran dan hasrat mereka yang jahat. Tetapi orang yang berhikmah belajar adanya perdayaan yang teruk ini dan kekejaman yang ada pada sifat manusia, dan mereka melindungi diri sendiri dengan tidak menaruh banyak harapan dalam kata-kata yang mengampu.
Konteks yang lebih besar di sini ialah penjelasan dalam petikan 12 ayat tentang bagaimana orang durjana membinasakan orang dan persahabatan (Ams 26:16-28). Solomo mengutuk perbuatan masuk campur persengketaan, perdayaan gurau senda, perbuatan membawa mulut, mengumpat, menjerat, berbohong, dan mengampu. Oleh sebab perbuatan-perbuatan mereka begitu kejam, orang-orang durjana ini biasanya menyembunyikan niat-niat mereka di sebalik tanda-tanda persahabatan dan kata-kata yang baik.
Konteks yang lebih kecil menjelaskan orang munafik yang berbohong, yang berpura-pura untuk menjadi kawan, tetapi mereka ada tujuh kekejian dalam hati mereka. Pelajaran ini bukan untuk percaya segalanya yang kamu dengar, terutamanya kata-kata mengampu kasih sayang (Ams 26:25; 14:15; Yer 9:8; 12:6; Mik 7:1-6). Bagi mereka yang percaya kepada Allah dan mengikuti hikmahNya, Dia akan mendedahkan para pembohong dengan kebencian mereka ini (Ams 26:26).
Hanya orang bebal yang jahil fikir lelaki dan perempuan ada hati yang baik dan jujur secara semula jadi. Allah sudah jelas-jelas mengisytiharkan bahawa hati manusia sungguh-sungguh jahat (Yer 17:9). Kerongkong, lidah, bibir, dan mulut mereka adalah semua kejam dan boleh membunuh (Rom 3:13-14). Inilah ciri yang biasa dalam orang tidak salih: “Kata-kata mulutnya lebih licin daripada mentega, tetapi peperangan ada dalam hatinya: kata-katanya lebih lembut daripada minyak, namun ia merupakan pedang yang terhunus” (Maz 55:21).
Pertimbangkan contoh-contoh Alkitab. Kain berbicara dengan baik kepada Habel, sebelum membunuhnya (Kej 4:8). Simeon dan Lewi merancangkan perkahwinan, tetapi hanya untuk membunuh seluruh kota (Kej 34:6-31). Yusuf punya abang-abang menghiburkan hati ayah Yusuf, selepas menjualnya sebagai hamba abdi (Kej 37:31-36). Raja Saul mengangkat-angkat Daud dan menawarkan anak-anak perempuannya untuk dijadikan isterinya, tetapi harap untuk membinasakannya (1Sam 18:17-29). Yoab berpura-pura baik kepada Abner, tetapi hanya untuk membunuhnya (2Sam 3:27).
Absalom nampak tenang bersama Amnon, tetapi hanya untuk membunuhnya (2Sam 13:22-29). Absalom mengampu Israel, tetapi hanya untuk menghasut (2Sam 15:1-6). Yoab menanya khabar kesihatan Amasa, tetapi hanya untuk membunuhnya (2Sam 20:9-10). Herod menyatakan dia hanya ingin bersembahyang kepada Yesus, tetapi ada niat membunuh dalam hatinya (Mat 2:1-18). Yudas mencium Tuhan, tetapi hanya untuk mengkhianatiNya (Mat 26:47-50).
Orang berhikmah belajar untuk menjadi pekak terhadap kata-kata mengampu dan pujian dan sebaliknya mengambil perhatian terhadap teguran-teguran (Ams 2:16; 6:24; 7:5; 20:19; 29:5). Mereka tahu teguran terbuka lebih baik daripada kasih yang rahsia (Ams 27:5; 28:23). Mereka lebih suka luka daripada seorang kawan daripada ciuman musuh (Ams 27:6; Maz 141:5). Mereka tahu ada kurang keuntungan dalam hal menerima pujian, dan bahawa ia dapat membawa banyak bahaya (Ams 26:28).
Sukatkan semua manusia menurut takut akan Tuhan. Di mana kurang nyata atau ketiadaan takut akan Allah, kamu seharusnya tidak percaya orang itu sepenuh-penuhnya. Peraturannya mudah untuk ditanggapi dan untuk dipakai. Nehemia dengan berhikmah menolak undangan Sanbalat untuk berjumpa (Neh 6:1-4). Tetapi Gedalya dan orang-orang Yahudi ikhlas yang lain percaya kepada bohong Ismael sampai mereka binasa (Yer 40:7-16; 41:1-7).
Solomo menulis amsal ini untuk memberi amaran tentang bahaya-bahaya tersembunyi dalam pengampuan dan kemunafikan persahabatan, tetapi Bapa di syurga Yang Maha Kasih akan mendedahkan fikiran dan niat yang memperdayakan dan yang kejam (Ams 26:25-26). Dia satu-satunya yang mengenal hati, dan Dia mengenal segenap hati (Yer 17:10; Ibr 4:13). Berlatih dalam hikmah dengan sabar, dan tinggalkan pendedahan dan balasan kepadaNya.
Allah bukan sahaja akan mendedahkan penduaan hati dan berselindung-selindung, Dia juga akan melemparkan orang durjana ke dalam kesesakan yang telah mereka rancangkan bagi orang lain (Ams 26:27). Absalom telah dibunuh secara kejam dengan damak sementara tergantung di atas pokok (2Sam 18:9-15). Tempat gantung mati yang dibina oleh Haman dipakai untuk memanjangkan lehernya dan leher-leher sepuluh anaknya (Est 7:10; 9:13-14). Musuh-musuh Daniel telah dibaham singa, yang telah tidur dengan damai ketika dengan Daniel satu malam sebelumnya (Dan 6:21-24).
Pendayaan yang paling licik dan penyamar bagi kebencian ialah apa yang dipakai oleh para pelacur, yang memakai pengampuan untuk meredakan dan menggoda mangsa-mangsa mereka (Ams 2:16; 5:3; 6:24; 7:5,21; 22:14). Gereja Rom dipanggil sebagai pelacur yang besar, sebab dia memakai dusta-dusta agama dan sandiwara-sandiwara untuk menjerat mangsa-mangsanya (Wah 17:1-6; 1Tim 4:1-3; Mat 23:14). Jangan percaya kepada perdayaan dusta-dustanya yang berpura-pura ada niat baik dan damai sejahtera; semua itu dipakai untuk memesongkanmu daripada agama rasuli dan Alkitab.