26:4
Jangan menjawab si bebal menurut kebebalannya, supaya jangan kamu juga menjadi serupa dengannya.
Si bebal tidak layak untuk dijawab. Jimatkanlah masa bagi dirimu bersusah payah mengharungi masalah untuk berurus dengan mereka, dan janganlah peduli soalan-soalan mereka yang main-main, yang bodoh, atau yang mencemuh itu. Pakailah jalan mulia kebenaran dan hikmah, dan janganlah menurunkan darjat dirimu ke taraf kata-kata sombong atau kejahilan malas mereka itu. Jawapan bukanlah hak bagi sesiapa pun – ia hanya keistimewaan bagi orang yang memenuhi syarat-syarat bagi kebenaran.
Ia salah untuk berbahas dengan orang bebal. Mereka tidak layak untuk pengetahuan atau kebenaran. Hikmah terlalu berharga untuk dibazirkan ke atas mereka. Orang berhikmah ada kegunaan untuk masa mereka yang lebih baik. Dan bertengkar itu ialah nafsu daging. Oleh sebab alasan-alasan ini, ia dosa untuk berbahas dengan orang yang dengan cukup jelas tidak menunjukkan akhlak dan perangai yang salih. Jika kamu berbahas dengan mereka, kamu sedang menghormati kejahilan bebal mereka.
Kamu harus mengucap secukupnya untuk menutupi mulut mereka, tetapi apa pun yang lebih daripada itu ialah kebebalan dan dosa (Ams 26:5). Mereka tidak layak untuk apa pun kehormatan (Ams 26:1), dan hanya pukulan boleh benar-benar membantu mereka (Ams 26:3). Untuk menghentikan mereka daripada memikir diri sendiri betul, kamu boleh secara ringkas menghentikan gagasan-gagasan mereka yang dungu itu. Kebenaran tidak mengundurkan diri daripada sesiapa pun, tetapi ia juga tidak berhutang untuk membazirkan masa dengan sesiapa pun.
Jika kamu membahas kebenaran dengan orang bebal, dia akan pertama-tama memandang hina kata-katamu yang berhikmah dan memperolok-olok hal-hal yang berharga yang kamu beritahunya (Ams 23:9). Kamu akan menurunkan nilai kebenaran itu dengan membiarkan dia memperolok-olok dan menghinanya. Dia kemudian akan memutar belit kata-katamu dan memakainya terhadapmu, kerana hatinya penuh dengan kerosakkan benci dan keganasan (Yes 29:20-21). Tinggalkannya, dan biar dia reput sahaja.
Yesus dengan terus terang mengesahkan Solomo dengan mengajar, “Jangan beri apa yang kudus kepada anjing, jangan pula membuang mutiaramu kepada babi, supaya jangan mereka menginjak-injakkannya di bawah kaki mereka, lalu berpaling semula dan mengoyak-ngoyakkanmu” (Mat 7:6). Yesus kerap kali menegur orang Farisi, orang Saduki, orang Herodes, para peguam, dan para orang jurutulis pada zamanNya, tetapi dia dengan tegas mengelak apa pun pertengkaran bebal dengan mereka.
Terlalu kasar, kamu fikir? Yesus memanggil mereka anjing dan babi – binatang-binatang yang keji dan contoh-contoh kekal bagi kekejaman kebinatangan dan ketamakan yang mementingkan diri sendiri, di antara ciri-ciri keji yang lain. Ketika Dia diberitahu bahawa Dia sudah menyinggung para orang Farisi, Yesus berkata kepada para rasulNya, “Setiap tanaman, yang tidak ditanam oleh Bapa syurgawiku, akan dicabut keluar. Biarkanlah mereka: mereka itu pemimpin yang buta bagi yang buta. Dan jika yang buta memimpin yang buta, kedua-duanya akan jatuh ke dalam parit” (Mat 15:14).
Bagaimanakah kamu mengesan orang bebal? Mudah sahaja. Dengarlah dia bercakap (Ams 14:7), dan sukatkanlah cara dia menjalani hidupnya (Ams 20:11). Orang bebal banyak suka bercakap, suka gagasannya sendiri, mudah marah, selalu memberi alasan bagi perangainya, memperkecilkan orang lain, lebih suka mengajar daripada diajar, ingin berbahas tentang kebanyakan apa pun, membenci kekuasaan, memandang keji adat kebiasaan, atau bercakap dengan cabul. Orang bebal juga tidak hidup berdasarkan Alkitab dan tiada buah roh, yang merupakan sukatan sejati hikmah yang benar.
Dagingmu ingin untuk memasukkan kata yang terakhir dalam perbualan, atau percaya bahawa kamu dapat memujuknya dengan berhujahan, atau fikir kasih akan menang, atau tidak nampak apa pun risiko kepada jiwamu sendiri (2Tim 2:24-26; 1Kor 15:33). Ada bahaya, jadi Paulus memberi amaran terhadap soalan-soalan bebal dan bebelan sia-sia oleh orang bebal (1Tim 1:307; 4:7; 6:20; 2Tim 2:14-16,23; Tit 1:14; 3:9). Orang lain akan cuba memalukanmu kerana tidak berbahas dengan orang bebal, tetapi mereka hanya satu lagi jenis orang bebal tersendiri.
Jawapan dan kebenaran bukanlah hak. Ia keistimewaan hanya bagi orang yang memenuhi syarat-syarat itu. Ketika orang tidak ada semangat dan tindak balas yang betul terhadap kebenaran, Allah menyampaikan kepada mereka perdayaan yang kuat untuk percaya kepada bohong supaya mereka akan dikutuk (2Tes 2:9-12). Kamu harus memberi syukur sekarang dan selalu kerana Allah memilih kamu untuk percaya kebenaran (2Tes 2:13).