Amsal · Proverbs

26:3
Cemeti bagi kuda, tali kekang bagi keldai, dan tongkat untuk bahagian belakang orang bebal.

Perkataan tidak berkesan bagi sesetengah orang. Mereka sebaliknya memerlukan sebatan. Mereka orang bebal, dan sebahagian hikmah adalah untuk belajar bagaimana berurus dengan mereka. Sama seperti sesetengah binatang memerlukan kekang dan cemeti untuk mengawal atau mengarahkan mereka, sesetengah orang memerlukan cara yang lebih kasar daripada perkataan sahaja.

Kamu akan bertemu dengan orang bebal di dalam hidupmu, jadi, kamu harus belajar untuk menyesuaikan diri kepada cara fikir mereka yang kebinatangan. Mereka hanya terangsang dengan kekerasan atau kesakitan. Walaupun kamu mungkin mengasihi kelemah-lembutan dan damai sejahtera, kamu akan perlu memakai tindakan yang agresif untuk melindungi dirimu atau untuk menjadikan mereka berhasil.

Kamu fikir kamu dapat berbicara hikmah kepada orang bebal? Bagaimanakah mungkin kamu melakukannya? Orang bebal tidak dapat belajar melalui perkataan; mereka tidak. Itulah sebabnya mereka orang bebal. Pembelajaran melalui perkataan mewajibkan kecerdasan dan kerendahan hati. Orang bebal kurang cerdas dan ketiadaan kerendahan hati. Mereka harus dikawal oleh kongkongan dan hukuman fizikal seperti binatas buas (Ams 10:13; 19:29).

Perkataan dibazirkan ketika dipakai kepada orang bebal (Ams 26:4; 23:9). Jadi, hanya bercakaplah dengan cukup lama untuk menegur kejahilannya, supaya jangan dia dengan angkuh menganggap dirinya membungkamkan orang (Ams 26:5). Satu teguran, “sekali menasihati orang berhikmah,” akan berkesan dengan orang berhikmah lebih daripada seratus sebatan di belakang orang bebal (Ams 17:10; 1:5). Jadilah bijak; pilihlah hanya orang berhikmah sebagai kawan-kawanmu (Ams 9:6; 13:20; 14:7).

Sayang masyarakat di bandar tidak lagi memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan daripada binatang buas seperti kuda dan keldai, supaya amsal ini tidak mungkin memerlukan lebihpenjelasan. Orang yang membesar di ladang yang memakai binatang-binatang ini belajar untuk mengawal dan mengarahkannya dengan kongkongan dan hukuman fizikal. Tetapi PETA [kumpulan pembela hak binatang] dan mana-mana pihak penentu pendidikan anak telah hampir mencuri hikmah sedemikian daripada negara yang “beradab” pada zaman kini.

Cemeti atau cambuk kuda membantu kuda untuk mengingat latihan. Seekor kuda yang melihat penunggangnya memegang cemeti akan berkelakuan lebih baik kalau dibandingkan dengan penunggang yang tidak memegang cemeti. Dan itu meskipun cemeti tidak dipakai. Kuda itu pernah merasa kesakitan cemeti dahulu, jadi, ia taat, walaupun ia tiada pemahaman. Kuda yang daripada pedigri terpilih and latihan yang terbaik pun harus dikenakan cemeti di perlumbaan untuk memperoleh pencapaiannya yang terbaik.

Kekang paling elok untuk mengarahkan keldai (Maz 32:9; Yak 3:3). Sepotong besi yang dikenakan pada bibirnya mengingatnya untuk maju menuruti arah yang dipilih tuannya, terutamanya dengan pemakaian tali kekang sepanjang empat kaki yang ada di dua belah kekang itu. Betapa ajaibnya alat itu! Manusia pintar sekali untuk membentuk alat-alat demikian untuk binatang, dan kamu akan memerlukan itu terhadap orang bebal.

Masyarakat yang kononnya terpelajar pada zaman kini, yang menggalakkan peminat muzik rock dengan lidah tertindik untuk saling melanggar tubuh satu sama lain di mosh pit, memikir bahawa orang bebal akan menjadi berhikmah dengan memanjakan kehendak mereka dan memberi suasana baru. Tetapi setiap peladang, terutamanya orang yang kurang pendidikan, tahu lebih baik. Dia tahu bahawa kamu tidak boleh memanjakan orang degil dan binatang buas untuk taat.

Para pendidik mengisytiharkan bahawa kata-kata lembut akan menjadikan orang bebal berhikmah, tetapi hikmah Allah menyatakan bahawa segalanya itu kata-kata yang terbazir dan yang akan membawa orang bebal kepada kebebalan yang lebih besar. Sebab kemudian dia akan fikir dia layak untuk perbualan, yang sememangnya dia tidak layak (Ams 26:5; 2Tim 2:16,23; Tit 3:9). Seorang bebal akan memandang hina hikmah kata-katamu dan kemudian memakainya untuk menentangmu (Ams 23:9; Mat 7:6).

Mereka menyatakan suasana yang baru akan menjadikan orang bebal berhikmah, tetapi hikmah Allah menolak ini juga (Yes 26:10). Seekor babi yang telah dimandikan bersih di laman yang terhias cantik akan membentuk kubang lumpurnya sendiri untuk pembenaman diri dengan air kencing di tanaman bunga dalam tempoh kurang sejam. Seekor anjing dengan kuku yang terhias cantik, dengan reben merah jambu dikeliling lehernya, dan dengan makanan stik yang mahal pun akan masih memakan muntahnya kembali. Allah memilih gambar-gambar yang sesuai ini untuk akhlak orang bebal (Ams 26:11; 2Pet 2:22).

Para pendidik yang mencadangkan pendidikan yang lebih baik akan menjadikan orang bebal berhikmah, tetapi institusi-institusi pengajian tinggi itulah yang melahirkan orang bebal hipi pada 1970-an dan orang bebal zaman kini yang memeluk pokok, yang mencerai-berai keluarga, dan yangmenggugurkan anak. Protokol pendidikan untuk mengampu dan memanja di sekolah zaman kini sebenarnya membentuk dan lagi menambahkan orang bebal.

Orang sosialis mencadangkan bahawa pekerjaan lebih baik dan gaji yang lebih tinggi akan memajukan orang. Tetapi kesaksian orang bebal di antara para pelakon dan para olahragawan zaman kini membuktikan anggapan popular itu memang salah. Gaji berjuta-juta untuk main permainan tidak pernah mengajar mereka hikmah pun. Sesetengah orang bukan lebih bijak daripada binatang-binatang yang telah disebut dalam amsal ini, walaupun memiliki pendapatan yang lumayan dan gaya hidup yang mewah.

Kasih dan sayang tidak betul bagi orang bebal, sebab itu akan menambahkan keangkuhannya dan membenarkan lagi gaya hidupnya yang babil itu. Orang bebal tidak harus diberi kemuliaan atau perhatian, sebab dua sebab tersebut menjadikannya salah (Ams 26:1,8; 19:10; 30:21-23; Pkh 10:5-7). Memberi sanjungan dan hormat kepada orang bebal ialah jalan yang pasti untuk menawar hati orang berhikmah yang memerhatikan keaiban demikian.

Ia malu ketika pengarang yang kononnya dipanggil Kristian menulis buku seperti, “Dare to Discipline”. Sementara buku itu dianggap sesetengah orang suatu hujahan teguh untuk mendisiplinkan anak, ia sebenarnya mempersembahkan gagasan untuk memanjakan anak dan menggalakkan sikap menyanjung diri sendiri di bawah samaran Kristian. Psikologi yang kemanusiaan menolak rotan dan memanggil untuk bentuk hukuman yang lebih lembut. Dengan jelas sekali, para pengarang buku itu tidak pernah bekerja dengan binatang buas, dan kaedah-kaedah mereka sudah pasti terbukti tidak bernilai.

Hukuman rotan bagi orang bebal adalah baik, seperti cemeti dan kekang perlu dan berguna untuk binatang buas. Negara-negara merosot pada kadar penghapusan hukuman rotan di masyarakat yang membenci disiplin dan yang memanjakan pemberontakan. Disiplin diri yang dipupuk rotan adalah sangat perlu bagi akhlak yang baik. Dengan amsal ini sahaja, ia pun cukup untuk menyatakan bahawa Alkitab buku yang sepatutnya paling laris dijual.

Perbuatan menyebat pada dahulu kala ialah cara sejagat untuk mengekalkan disiplin keluarga, negeri, militari/tentara, dan akademik. Rotan ialah jalan yang paling baik untuk mengajar pembacaan, penulisan, dan matematik. Sekarang kamu jarang dapat menemui suatu rujukan yang tepat di dalam ensiklopedia bagi apa yang dahulu luas dipakai untuk hukuman awam bagi segala jenis orang bebal. Perbuatan mengubah sejarah sedemikian ialah dusta yang keiblisan.

Mereka berkata bahawa hukuman rotan bukanlah suatu penghalang, tetapi gagasan yang sebegitu sakit otak itu ialah hasil para ahli akademik yang tidak pernah bekerja di ladang dan berkhayal di luar kenyataan. Setiap orang tahu kesakitan ialah penghalang. Kanak-kanak belajar tentang api dan kepanasan, ranting yang lemah di pokok, dan tangga dengan mengalaminya dan bukan dengan pembelajaran yang lisan!

Cemeti tidak menjadikan kuda pandai, dan kekang pula tidak membantu keldai; demikian juga tongkat tidak akan memberi hikmah kepada orang bebal (Ams 17:10; 27:22). Tongkat, seperti cemeti dan kekang, hanya cara Allah untuk mengawal, mendorong, dan menghukum orang bebal. Mereka akan selalu perlu dipukul, sementara mereka secara am tidak akan belajar hikmah, sebab mereka tidak ada hati atau minda untuk itu (Ams 17:16).

Kanak-kanak bukanlah orang bebal sewajarnya dengan maksud amsal ini, tetapi mereka dilahirkan dengan kebebalan tertambat di dalam hati mereka (Ams 22:15). Mereka harus dilatih sejak dari kecil dengan teguran dan pemakaian tongkat (Ams 13:24; 19:18; 23:13-14; 29:15,17). Sementara orang bebal tidak akan belajar hikmah, kamu dapat melatih akhlak yang cemerlang di dalam anak-anakmu dengan tongkat.

Bangsa-bangsa pada zaman kini sudah menolak Alkitab dan tradisi amalannya memakai tongkat, maka kamu tiada pilihan untuk memukul orang bebal yang harus diselia/diawasimu. Dalam pengehad apa pun situasi, kamu harus menjadi kreatif untuk memakai jalan yang paling kuat, paling langsung, dan yang paling sakit yang dapat kamu pakai. Hikmah amsal ini telah mengajar bahawa kata-kata tidak akan mencukupi.

Tuhan Yesus Kristus ialah Anak yang taat kepada ibubapaNya dan Hamba kepada Allah melalui arahan lisan (Luk 2:51; Yes 50:4-6). Tiada keperluan untuk tongkat dipakai dalam latihannya, sebab Dia merupakan orang yang paling berhikmah. Namun, Dia memang faham bagaimana membentuk cemeti dan mengunakannya ketika menghalau orang bebal dari rumah doa BapaNya (Yoh 2:12-18). Betapa mulianya Lelaki dan Pemimpin itu!