Amsal · Proverbs

26:5
Jawab si bebal menurut kebebalannya, supaya jangan dia memandai dalam keangkuhannya sendiri.

Si bebal tidak layak untuk diberi kebenaran atau untuk dihormati dengan jawapan yang bermurah hati (Ams 17:16; 26:1). Mereka akan mengolok-olok perkataanmu yang baik, dan/atau mereka akan mencabulinya untuk memfitnah dirimu (Mat 7:6). Peraturan yang lazim adalah untuk mengelak orang bebal dan tidak menjawab mereka (Ams 14:7; 23:9). Tetapi sebelum kamu meninggalkan mereka, Allah berfirman untuk mendiamkan bebelan mereka supaya jangan mereka membongkakkan diri kerana kamu tidak mempedulikan mereka.

Orang bebal berfikir dan bercakap bercanggahan kepada Allah, kebenaran, dan hikmah. Orang berhikmah harus membungkamkan mulut mereka, supaya jangan mereka menganggap bahawa fikiran mereka boleh diterima atau adalah betul. Jika seseorang bebal tidak ditegur, dia akan menjadi angkuh dalam kesalahannya dan berubah menjadi seorang pencemuh (Ams 26:12). Sebelum dia kehilangan segala harapan untuk diselamatkan, dan sebelum kebenaran dikusutmasaikan ke dalam kubang lumpur, ia baik untuk menegur gagasan-gagasannya yang bebal.

Salomo juga mengajar supaya jangan menjawab orang bebal, atau melibatkan diri dalam perbahasan bebal dengan mereka, supaya tidak menjadi seperti mereka (Ams 26:4). Si bebal tidak layak untuk perhatian, perbincangan gagasannya, atau jawapan bagi soalan-soalannya. Paulus kerap kali memberi amaran supaya hamba-hamba Allah jangan peduli dan menolak soalan-soalan bebal dan bebelan yang sia-sia (1Tim 1:3-7; 4:7; 6:20; 2Tim 2:14-16,23; Tit 1:14; 3:9).

Dalam konteks yang lebih besar, Salomo melarang kamu untuk memberi kehormatan kepada si bebal (Ams 26:1); dia memberi amaran bahawa Allah sudah mengutuk si bebal (Ams 26:2); dia menyimpulkan bahawa satu-satunya layanan yang benar-benar berkesan ialah kawalan jasmani dan hukuman fizikal (Ams 26:3). Dia memberi keterangan yang lebih lanjut dengan butir-butir perangai si bebal dan layanan yang layak diterimanya dalam ayat-ayat yang berikutan (Ams 26:6-12).

Si bebal berbeza dalam darjat pendidikan dan kepandaian. Si bebal yang besar menulis buku, mengajar di universiti, bekerja dengan media massa, atau berkhutbah pada hari Ahad. Mereka menyokong evolusi dan pemanasan bumi, mempertahankan sodomi/liwat, melindungi hak menggugurkan anak, mempromosikan marijuana, memperbenarkan kesatuan pekerja, mengutuk hukuman merotan dan hukuman mati, menolak Allah, dan/atau mengharamkan doa. Dan itu di antara banyak lagi bentuk fikiran yang gila dan yang berbaur anarki. Si bebal yang bodoh menyembah si bebal yang besar.

Semua orang bebal yang tersebut harus didiamkan. Jangan harap supaya mereka menerima kebenaran atau hikmah. Allah telah menyerahkan mereka kepada minda jahanam (Rom 1:18-28). Mereka tidak boleh cam kebenaran, meskipun ia bersinar setiap hari dari matahari dan setiap malam dari bintang-bintang dan bulan (Maz 19:1-6). Jika kamu bertembung dengan orang sedemikian, biarlah dia tahu bahawa dia salah dengan cukup terang, dan kemudian mengelakkannya.

Kamu bertembung dengan orang bebal setiap hari. Kebebalan melimpah di Amerika dan sebahagian puncanya adalah kerana tiada yang mahu bersuara menentangnya. Ketika orang bebal berkata atau berbuat sesuatu yang bebal, ia tugasmu yang berhemat dan berkat yang istimewa bagimu untuk memperbetulkan mereka dengan kebenaran. Tetapi selepas kamu menutupi mulut mereka, kamu harus tidak lagi mengendahkan mereka, supaya jangan kamu membuang mutiaramu di hadapan babi dan memberi apa yang kudus kepada anjing (Mat 7:6).

Yesus ialah pakar dalam hal membungkamkan mulut orang bebal. Dia yang terbaik, dan Dia tidak berbelas kasihan terhadap kesalahan mereka dan kesesatan mereka. Dia dengan luar biasa menanggapi fikiran bebal mereka, dan Dia akan menunggangbalikkan soalan-soalan mereka yang dirancangkan dengan teliti. Setelah Dia habis berbicara, mereka tidak dapat menjawab, dan mereka juga tidak mahu menanya apa pun lagi soalan (Mat 22:15-46). Kemuliaan kepada Tuhan!

Paulus bersaksi di hadapan ahli filsafat orang Yunani di Atena, yakni orang bebal yang sekarang diagung-agungkan Amerika moden bagi khayalan-khayalan mereka tentang kehidupan (Kis 17:16-34). Paulus membuka kesaksiannya dengan menuduh orang Yunani ini berpegang kepada kepercayaan karut, dan dia menutup dengan memberitahu mereka tentang kedatangan Yesus untuk menghakimi mereka. Adakah kamu mengenal Yesus ini? Adakah kamu mengasihiNya? Jika tidak, kamulah yang bebal (Maz 14:1; 1Kor 16:22)!