27:23
Jadilah tekun untuk mengenal keadaan kawananmu, dan telitikanlah dengan baik ternakan-ternakanmu.
Semua orang harus ada suatu profesion atau perniagaan yang menguntungkan, sebab jerih lelah yang berhasil ialah kehendak Allah. Tetapi setiap orang harus mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dalam profesion atau perniagaannya, sebab ia mudah lesap oleh banyak sebab. Penaakulan perniagaan dan pandangan jauh ialah sebahagian hikmah.
Mengapakah ini penting? Kerana kehidupan di dunia yang berdosa adalah penuh dengan perubahan, dan kerja atau niaga boleh merosot sampai akhirnya lesap dengan lekas. Raja Solomo telah memakai dua contoh untuk menekankan isinya – orang kaya menjadi miskin, dan raja yang kuat diturunkan pangkatnya (Ams 27:24).
Orang kaya daripada generasi yang dahulu bukanlah orang kaya generasi ini. Orang kaya seperti Rothschild, Vanderbilt, Morgan, Carnegie, Astor, dan Rockefeller sudah merosot jauh daripada keunggulan yang dimiliki mereka dahulu. Pada hari ini, orang kaya ialah Gates, Buffet, Allen, Walton, Ellison, dan Ballmer. Sesetengah orang tersebut boleh membeli keluarga orang kaya dahulu kala bahkan kalau semuanya bergabung. Orang kaya bukanlah untuk selamanya – ia menghilangkan diri dengan banyak cara. Kejayaan ekonomi adalah sementara.
Para raja yang tidak dapat dikalahkan, yang dahulu memerintah empayar yang kuat, sudah pun hilang dimakan zaman. Aleksander Agung [Iskandar Zakharia] telah mati pada umur 33, dan anak-anaknya telah dibunuh. Mahkotanya dan keluarganya lesap pada saat itu juga! Di manakah Ramses II, Genghis Khan, Louis XVI, John F. Kennedy, dan keluarga-keluarga mereka? Apakah yang terjadi kepada Raja Nebukadnezar yang hebat itu? Kemuliaan kota Babelnya yang agung pun telah lesap dari muka bumi. Apakah yang terjadi kepada Empayar Besar Rom? Negara Itali yang semasa ini dengan ibu kotanya merupakan bahan-bahan ketawa kalau dibandingkan dengan dahulu!
Solomo sendiri menyaksikan perubahan politik yang mendadak sedemikian. Raja Saul, raja yang pertama Israel, dan keluarganya dihapuskan; yang tertinggal hanya seorang tempang, iaitu orang kebergantungan yang bernama Mefiboset. Daud, ayah Solomo, menggantikan Saul, dan dia bukan daripada suku kaum Israel yang sama. Dan anak Solomo,Rehabeam dengan lekas kehilangan sepuluh daripada dua belas suku kaum melalui kepimpinan yang teruk. Mahkota tidak bertahan ke setiap generasi. Kejayaan politik hanyalah sementara.
Alam bergaji dan berniaga boleh berubah dengan mendadak dan dengan lekas. Perniagaan dan kerja gaji pernah dihilangkan oleh perubahan undang-undang, kemurungan ekonomi, keterlampauan pengembangan niaga, pengabaian dan kekukangan, ciptaan baru, persaingan, pertukaran cukai, peperangan, perubahan kepimpinan politik, bencana alam, pencurian, perubahan budaya, kematian, arah aliran pengguna, dan sebagainya. Bagaikan pasir gurun yang berubah-ubah, ekonomi boleh menelan orang yang tidak tekun untuk membuat persiapan untuk masa depan.
Suatu kerja gaji atau perniagaan ialah berkat Allah yang murah hati; Dia mengharapkan orang berhikmahmenjaganya dengan baik-baik. Ketekunan adalah perlu dan diperintahkan (Ams 22:29; Kej 3:17-19; Rom 12:11; 1Tes 4:11-12). Pandangan jauh diperlukan dan diperintahkan (Ams 6:8; 22:3; 27:12; 30:25). Daud, walaupun seorang raja, melantik orang yang mahir untuk dengan berhikmah menjaga aset-asetnya (1Taw 27:25-31), dan Hizkia, yang suka berkebun, mengerahkan usaha yang mahal untuk itu (2Taw 26:10).
Sebahagian daripada ketekunan itu adalah untuk mengenal situasi semasamu dengan baik-baik dan membuat persediaan untuk masa depanmu. Di masyarakat agraria [tani], ia penting untuk mengenal keadaan kawananmu dan ternakanmu. Adakah mereka berpenyakit? Apakah kadar kerugian kerana pencurian? Binatang-binatang buas? Adakah kawasan padang ragut mencukupi? Air pula? Mana gembala-gembala yang akan kekal bersamamu dan mana di antara mereka yang akan meninggalkanmu? Kamu perlu tahu dan memperbetulkan ancaman-ancaman semasa bagi kemakmuranmu, dan kamu perlu memandang kepada masa depan dan menyesuaikan diri kepada pertumbuhan atau mengendalikan kesusahan.
Ia mudah untuk membiarkan kecekapan profesional atau kecekapan perniagaanmu menyusup hilang. Ia mudah untuk jatuh ke dalam tabiat-tabiat profesional atau rutin-rutin lalu kehilangan kecerdasanmu. Kekukangan ialah sebahagian sifat manusia yang berdosa. Solomo memberi amaran untuk memakai diri sendiri untuk mengekalkan sumber ekonomi sendiri, sebab perubahan dalam kehidupan akan pasti merampas kejayaan dahulu daripada orang yang kekukangan (Ams 24:30-34). Bagi majikanmu, adakah kamu mengekalkan nilaimu yang sama atau melebihi nilai itu berbanding dengan hari yang dia mula menggajikanmu? Adakah kamu melaksanakan operasi perniagaanmu pada kadar keamatan dan ketelitian yang dahulu pada tahun yang paling baik?
Orang berhikmah memerhatikan perubahan dan aliran-aliran di industri dan di syarikat mereka. Mereka tidak terperangkap dan terkejut ketika kerja gaji atau perniagaan mereka tidak lagi terjamin. Adakah kerja gajimu masih dalam permintaan? Atau adakah profesion bidang kerjamu kamu sedang merosot? Adakah kamu memajukan diri dengan perubahan-perubahan teknikal? Sudahkah kamu mempunyai rancangan bagi apa yang akan dibuat untuk sepuluh tahun daripada sekarang? Adakah ia suatu harapan yang sah, atau akankah kamu memerlukan lebih banyak latihan atau kerja gaji baru? Adakah kamu dengan berhikmah mengambil masa untuk menjadikan dirimu boleh dipasarkan dan lebih bernilai? Adakah kamu memiliki kemahiran mudah alih, modal kecairan, perhubungan-perhubungan profesional, atau ketiga-tiganya untuk membantumu pada masa depan?
Hal-hal tersebut memakai usaha, dan Solomo menggesakanmu untuk bertekun mempertimbangkannya dengan teliti dan memperbetulkannya. Ia tidak mencukupi untuk terus melakukan kerja gaji yang sama atau menjalani perniagaan yang sama, meskipun kamu melakukannya dengan tekun. Kamu juga perlu menyukat kesesuaian masa depan kerja gajimu atau perniagaanmu dan berbuat apa pun perubahan yang perlu untuk mengelak kerugian.
Amsal ini menyarankan ketekunan, dan bukan ketakutan. Sementara kamu tidak boleh melihat masa depan, kamu harus mempercayai Allah Yang memegang masa depan di dalam tanganNya. Kerahkanlah usaha yang paling baik untuk menyediakan bekalan bagi masa depan, dan percayalah kepada Tuhan untuk semua yang lain. Sebab tanpa berkatNya, apa pun jerih lelah untuk membina rumah, atau usaha untuk menjaga kota, akan sia-sia (Maz 127:1). Tidurlah, hai kekasih Tuhan (Maz 127:2)!
Para hamba injil, yang merupakan gembala-gembala kawanan, haruslah bertekun dalam pengawasan para jemaah mereka dengan mengenal masalah-masalah individu, memperbetulkannya, berhati-hati akan masalah, dan merancang dan bersiap untuk kemakmuran (1Pet 5:1-4). Suatu hari perhitungan yang dahsyat sedang datang bagi para hamba juga, walaupun ia lebih teruk (1Kor 3:11-17).
Amsal ini ada hikmah yang sungguh alamiah dan duniawi untukmu – menjaga perniagaanmu! Tetapi kata-kata ini juga memberi kesaksian akan Yesus Kristus, Yang merupakan gembala yang baik, Yang mengenal domba-dombaNya, Yang dikenali oleh dombaNya, Yang merancang bagi pembelian domba-domba bangsa bukan Yahudi, dan Yang tidak akan menghilangkan satu pun dari antara mereka (Yoh 10:1-16)! Terima kasih, Tuhan, kerana bertekun untuk mengenal keadaan kawananmu.