Amsal · Proverbs

27:24
Sebab kekayaan bukan untuk selamanya: dan adakah mahkota kekal ke setiap generasi?

Berapa terlindungnya mata pencarianmu? Kerja gajimu? Allah dan Salomo telah berkata bahawa keadaan kewanganmu agak goyah. Mereka berkata bahawa kerjayamu agak goyah. Ada kuasa-kuasa yang sedang bekerja untuk merampas pelaburanmu dan simpananmu, mengalihkan kedudukan kerja profesionalmu, dan meninggalkanmu tanpa pendapatan. Ia suatu risiko dan ancaman yang pernah dihadapi orang kaya dan raja kuat pun lalu rugi. Amsal ini adalah bagi keselamatanmu.

Orang berhikmah selalu meneliti pasaran yang berubah-ubah dan mempersiapkan diri mereka sebaik semungkin bagi masa depan. Orang berhemat mencari kemahiran mudah alih bagi diri mereka sendiri dan anak-anak lelaki mereka yang akan selalu diperlukan dan mampu menjadi mata pencarian kehidupan. Meskipun Allah menguasai masa depan, Dia mahu kamu memakai jalan dan amaran yang diberiNyauntuk melindungi dirimu.

Salomo mengajar tentang kewaspadaan mata pencarianmu (Ams 27:23). Mengapa? Orang kaya tidak memegang kekayaan mereka untuk selama-lamanya, dan raja pun akan kehilangan kekuasaan dan pemerintahannya. Betapa lagi kekayaan dan mata pencarian kewangan berada dalam keadaan berisiko? Allah mahu anak-anakNya untuk bertekun dalam kerja mereka bagi alasan-alasan yang baik (Rom 12:11; Efe 4:28; 1Tes 4:11-12; Tit 2:9-10).

Kekayaan tidaklah kekal selama-lamanya. Orang kaya pada zaman dahulu bukanlah orang kaya pada zaman kini, dan orang kaya pada hari ini bukanlah orang kaya pada hari esok. Kekayaan hilang melayang (Ams 23:4-5). Di manakah kekayaan Parsi pada hari ini? Seluruh kawasan itu berada dalam kemiskinan berbanding kepada sejarahnya dahulu. Orang Rothschilds suatu ketika memerintah Eropah secara kewangan, tetapi keadaan keluarga yang menceburi bidang perbankan itu sudah merosot untuk 150 tahun.

Ladang tanaman dahulu menjadikan orang kaya. Tetapi mesin-mesin mula mengurangkan keberuntungan bidang itu sehingga bidang perkilangan pula yang membawa kekayaan. Tetapi kesatuan pekerja, pekerja orang asing, dan industri perkhidmatan mengalihkan kekayaan sekali lagi. Dan pada hari ini, zaman teknologi maklumat telah berjaya melakukannya sekali lagi. Apa yang cukup menguntungkan pada zaman dahulu ialah apa yang merugikan pada zaman ini. Kamu harus ada kemahiran mudah alih dan melindungi masa depanmu.

Adakah mahkota bertahan ke setiap generasi? Tidak! Orang zaman pemerintahan monarki yang paling hebat pun telah kehilangan takhta mereka kepada musuh, maut, atau pewaris yang bebal. Rehabeam kehilangan 10 daripada 12 puak Israel sesudah Salomo mati! Di manakah Aleksander Agung punya dinasti yang besar? Mahkotanya sungguh tidak bertahan lama-lama. Dia mati pada umur 33, para pewarisnya telah dibunuh, dan para panglimanya membahagikan kerajaannya kepada empat bahagian.

Raja Charles I dari England telah kehilangan mahkotanya dan kepalanya kerana Parlimen, dan Louis XVI dari Perancis kehilangan kedua-duanya kerana Revolusi Perancis. Nicholas II menjadi terakhir di kalangan orang Romanov, yang telah memerintah negara Rusia untuk 300 tahun. Hayatnya dan takhtanya juga telah dengan tiba-tiba dicabut. Orang-orang ini kehilangan mahkota mereka, walaupun mereka ada kekuasaan dan pemerintahan sebagai seorang raja. Keadaan takhtamu juga lebih berisiko.

Joseph Kennedy bermimpi untuk mengadakan dinasti politik Amerika. Tetapi di manakah keluarga itu pada hari ini? Pembunuhan dan kemalangan telah membinasakan mereka. Masa depan yang kelihatan sungguh cerah pada tahun 1960 telah lesap pada tahun 2000. Mahkota tidak bertahan ke setiap generasi. Keadaan kewangan dan keadaan profesionalmu berada dalam keadaan terancam sekarang juga. Apakah yang akan kamu buat?

Apa pelajarannya di sini? Kekayaan dan kedudukan tidak akan bertahan, jadi kamu harus berhati-hati untuk melindungi mata pencarianmu (Ams 27:23). Salomo telah memberi nasihat ini kepada anaknya, yang bermaksud kamu lebih memerlukannya. Jika kamu tidak berhati-hati, kamu mungkin bangun pada keesokan hari tanpa aset, pendapatan atau kedua-duanya. Orang berhemat mengenalpastikan suatu kemahiran mudah alih dan mengurusnya bagi perlindungan kewangan.

Apakah itu kemahiran mudah alih? Pertama-tama, ia merupakan kemahiran. Ia merupakan kepakaran yang diperlukan dalam sesuatu bidang yang orang lain akan dengan senang ingin bayar untuknya. Ia mengasingkanmu daripada orang lain. Inilah maksudnya memperoleh kehidupan sebelum memperoleh isteri (Ams 24:27). Lelaki yang berhikmah memilih kerjaya profesional yang tidak dapat diambil alih oleh pekerja orang asing, khidmat luaran daripada negara-negara yang lain, atau mesin. Mereka tahu pendidikan atau latihan adalah berguna, kerana setiap ringgit atau hari yang dilaburkan ke dalamnnya mengurangkan para pesaing. Mereka mencari pensijilan setinggi semungkin.

Apakah itu kemahiran mudah alih? Kedua, ia mudah alih. Ia juga harus berharga di kota-kota yang lain atau daerah-daerah yang lain. Kamu harus mudah berubah majikan atau lokasi tanpa mengurangkan pendapatanmu atau kedudukanmu. Lesen atau pensijilan daripada kerajaan, pendidikan, atau industri akan menolong menjadikan kerja itu mudah alih, sama ada ia CDL Kelas A, MBA, CPA, atau M.D.

Peraturan-peraturan ini juga berkenaan dengan memiliki perniagaanmu sendiri. Suatu industri yang sedang mati atau pesaing yang baru boleh menjadi keadaannya lebih teruk daripada kehilangan pekerjaan bergaji. Kamu harus memilih barangan atau perkhidmatan yang permintaannya tinggi, dan kamu harus memberi nilai tambahan untuk mendapat kelebihan atas para pesaing. Kamu harus juga menyukat permintaan bagi perniagaanmu dan menyelaraskan diri kepada pasaran yang selalu berubah.

Imbas kembali – kemahiran mudah alih haruslah melibatkan kepakaran dalam sesuatu bidang, dan ia harus membenarkan kemudahan untuk mengubah majikan atau lokasi. Suatu contoh yang sangat baik ialah seorang R.N. (jururawat). Kalau seseorang mengabaikan mana-mana satu dua faktor ini – kemahiran dan mudah alih – maka dia tidak berhikmah, sebab ada kuasa-kuasa pasaran yang sedang bekerja pada setiap masa untuk merampas pendapatanmu dan kedudukanmu (Ams 27:23).

Gaji tinggi di kilang bukan kemahiran dan bukan mudah alih. Suatu kegiatan pemberhentian kerja, penutupan kilang, pekerja orang asing, robot, atau khidmat luaran dapat mengakhirkan sesuatu pekerjaan. Suatu pekerjaan yang istimewa di kilang yang istimewa kurang dapat dijadikan mudah alih, dan kalau dialihkan pula, bukan pada kadar gaji yang sama. Gaji yang tinggi bagi pekerjaan itu menggoda seseorang supaya tidak mempedulikan masa depan, tetapi kemudian ditinggalkan menganggur tanpa kemahiran bagi pengambilan kerja yang baru. Mereka patutlah memakai gaji mereka itu untuk membayar untuk pendidikan atau pelaburan dalam sesuatu perniagaan. Suatu kerja bergaji tinggi boleh membahayakan!

Pertimbangkan peguam. Ia memang suatu kemahiran, terutamanya kerana undang-undang sedang berganda dan perbicaraan di mahkamah semakin rumit. Ia memerlukan pensijilan kerajaan yang mengehadkan pesaing kepada mereka yang memiliki latihan yang disahkan. Dan oleh sebab setiap negara dan kota memerlukan banyak peguam, ia suatu kemahiran yang mudah alih. Ia tidak boleh dikhidmatluarkan, dan robot atau mesin tidak dapat menggantikan mereka.

Pertimbangkan kejururawatan. Ia memang suatu kemahiran, terutamanya bidang perubatan menjadi kian hari kian canggih. Ia memerlukan pensijilan kerajaan yang mengehadkan para pesaing kepada mereka yang memiliki latihan yang disahkan. Dan oleh sebab setiap negara dan kota memerlukan banyak jururawat, ia suatu kemahiran yang mudah alih. Ia tidak boleh dikhidmatluarkan, dan robot atau mesin tidak dapat menggantikan mereka.

Penyelesaian bagi pendapatan dan kedudukanmu yang tidak kukuh itu adalah dalam amsal yang sebelum ini, “Jadilah tekun untuk mengenal keadaan kawananmu, dan telitikanlah dengan baik ternakan-ternakanmu” (Ams 27:23). Lelaki kuat (dan juga perempuan) akan melakukan ini, sebab salah satu amsal yang lain berbunyi, “Lelaki kuat mengekalkan kekayaan” (Ams 11:16). Lelaki kuat bekerja keras, bekerja pintar, mengelak skim cepat kaya, membuat pelaburan yang bijaksana, mengelak hutang, nampak keadaan masa depan dan menyelaraskan diri, dan melindungi keluarganya daripada masalah kewangan.

Ada terselit ke dalam buku Amsal, amsal-amsal berhikmah oleh nabi Agur (Ams 30:1). Dia menunjukkan bahawa sesetengah makhluk kecil menggambarkan hikmah besar bagi keuntunganmu (Ams 30:24-28). Semut melindungi diri daripada bahaya amsal ini dengan selalu menabung sesetengah daripada pendapatan mereka (Ams 30:25; 6:6-8). Kaum arnab yang lemah, melindungi diri mereka dengan menjadikan gua dan lubang di gunung sebagai rumah mereka. Jadilah berhikmah, dan lindungilah dirimu sendiri.

Betapa hebatnya kitab Amsal ini! Betapa ajaibnya Alkitab! Allah melalui Salomo telah memberimu peraturan-peraturan hikmah yang ringkas dan yang bernas untuk melindungimu dalam setiap aspek kehidupanmu, termasuk pendapatanmu dan pekerjaanmu. Tetapi Salomo tahu bahawa waktu dan nasib oleh Allah ada peranan yang lebih besar (Pkh 9:11). Dia tahu perlindungan kewangan bergantung kepada Tuhan (Maz 127:1-2). Kepercayaan kepada Allah adalah pertama.

Perlindungan kewangan dan kerja profesionalmu harus menjadi hal sampingan dalam kehidupanmu. Cita-citamu yang paling besar haruslah kesalihan dan kepuasan, yang adalah keuntungan besar (1Tim 6:6-10). Keutamaan pertama kamu haruslah kerajaan Allah dan kewajaranNya (Mat 6:33). Kamu harus menunjukkan kesungguhan yang membara dalam hal melindungi kedudukan syurgawimu seperti orang duniawi berusaha untuk melindungi kedudukan mereka di bumi ini (Luk 16:1-13).

Sesetengah kekayaan memang bertahan untuk selama-lamanya, dan ada mahkota yang bertahan ke semua generasi. Tuhan Yesus Kristus, Raja segala raja dan Pemilik syurga dan bumi, akan selalu memiliki dan memerintah alam semesta. Kekayaan, mahkota, dan kerajaanNya akan bertahan selama-lamanya. Dan kekayaan dan mahkota yang Dia akan beri kepada anak-anak pilihanNya juga akan bertahan selama-lamanya. Kemuliaan bagi Allah! Sudahkah kamu berpegang kepada hidup yang kekal dengan segenap hatimu dan segenap kekuatanmu (1Tim 6:6-19)? Inilah kekayaan yang sejati!