Amsal · Proverbs

27:22
Walaupun kamu menumbuk seorang bebal bersama-sama gandum di dalam lesung batu dengan penumbuk, namun kebebalannya tidak akan meninggalkannya.

Ada harapan untuk seorang bebal tak? Tidak ada. Beberapa kekecualian tidak mengubahkan kebiasaan ini. Walau apapun yang dibuat untuk membantu seorang bebal, dia akan tetap kekal bebal, sebab dia tidak ada hati untuk hikmah. Disinilah suatu amsal yang hebat berdasarkan metafora pertanian yang memberikannya keindahannya.

Ada harapan bagi seorang budak yang bebal atau seorang dewasa yang sementara bebal, tetapi tidak ada harapan bagi seorang bebal yang tidak boleh diperbetulkan. Dia tetap di dalam kebebalannya dan kamu tidak dapat membantunya (Ams 17:10,12; 29:9). Kamu harus mengelakkannya dan belajar mengapa sesetengah orang tidak boleh berubah, dan bukan membazirkan tenaga kamu untuk mengubahkannya.

Apakah itu orang bebal? Seorang bebal ialah orang yang telah menolak Allah dan agama yang benar dengan samaada kata-katanya atau perbuatannya (Maz 14:1; 53:1; Titus 1:6). Dia terlalu angkuh dan degil untuk diberikan arahan, jadi, dia harus diperbetulkan dan didorong seperti seekor binatang (Ams 10:8; 12:1; 14:16; 26:3).

Dia yakin secara angkuh akan diri sendiri, jadi, dia teruskan kegilaannya tanpa berwaspada atau menelitikanya (Ams 10:23; 12:15; 15:5; 17:16; 26:11; 28:26). Dia mementingkan diri sendiri dan adalah cabul, dan hanya minat dengan fikirannya sendiri (Ams 14:9; 17:24; 18:2; 20:3; Peng 10:2-3).

Kanak-kanak dilahirkan bebal, dan kebebalan tetap tertambat di dalam hati mereka jika mereka tidak dididik. Tetapi hukuman dengan tongkat dan teguran akan mengusirkannya daripada kanak-kanak (Ams 19:18; 22:15; 29:15). Kebebalan orang dewasa boleh diperbetulkan oleh arahan, teguran dan amaran (Ams 1:5; 9:8-9; 19:20,25; 21:11; 25:12; 26:3). Ada harapan di dalam kedua-dua kes ini, tetapi tidak ada harapan bagi orang bebal.

Lesung batu ialah batu yang berbentuk cawan yang memegang gandum supaya gandum itu dapat ditumbuk dengan penumbuk, iaitu, suatu alat berbentuk belantan untuk menumbuk gandum. Menumbuk gandum bermakna memukul, menitik, dan menghancurkannya sehingga menjadi serbuk. Metafora ini sungguh berkuasa! Jika kamu meremukkan seorang bebal di dalam lesung batu dengan penumbuk, kamu masih tidak mampu mengusirkan kebebalannya dan menjadikannya berhikmah.

Bagaimanakah kamu dapat elak menjadi seorang bebal yang tidak dapat diperbetulkan? Takut kepada Allah adalah langkah yang pertama, sebab ia adalah permulaan hikmah dan pemahaman (Ams 1:7; 9:10). Kamu harus menolak fikiran kamu sendiri (Ams 16:25; 26:12). Dan kamu harus mengelak orang bebal supaya kamu tidak menjadi seperti mereka (Ams 9:6; 13:20).

Orang yang berhikmah akan mengenalpasti orang bebal, mengingati bahawa mereka tidak ada harapan, dan tidak membazirkan masa dan nafas dengan mereka (Ams 17:10,12; 29:9). Mereka tidak layak untuk menerima hormat, jadi janganlah berikan mereka apa-apapun (Ams 26:1,8). Mereka hanya harus diberikan jawapan untuk menutup mulut mereka (Ams 26:4-5; Mat 7:6). Jika kamu terpaksa berurusan dengan orang bebal, cara yang paling baik pun adalah untuk memakai kekerasan (Ams 26:3; Ams 32:9).

Sesetengah orang tidak akan berubah. Bebal sejak lahir, mereka tidak pernah dididik. Setiap jenis binatang pernah dijinakkan, tetapi binatang yang liar ini bertentangan dengan kebiasaan, kebenaran dan hikmah. Mereka tidak menjadi matang seperti yang sepatutnya; mereka tidak bertambah di dalam hikmah dan pemahaman; mereka adalah bebal. Janganlah geram atau membazirkan masa. Lebih baik, elakkan mereka.

Semua orang di dalam sifat semulajadinya adalah bebal di dalam hal agama, tak kira bagaimana ibubapa mendidik mereka (Efe 2:1-3; 4:17-19; Rom 1:18-32). Paulus pun, yang pernah terima didikan agama yang paling baik, pernah mengaku bebal dulu (Tit 3:3). Bagaimanakah seorang bebal secara rohani dijadikan berhikmah? Melalui kuasa penjanaan semula Allah, Yang melahirbarukan orang itu dengan kedaulatanNya (Yoh 1:13; 3:8; Tit 3:5).

Pekerjaan yang begitu berkuasa oleh Allah ini, memberikan manusia suatu sifat kerohanian yang baru sehingga dapat melihat, mendengar, mengenal dan melakukan perkara yang menyenangkan Allah (Yoh 3:3; 8:43,47; 1Kor 2:14; Rom 8:7-8; Fil 2:12-13). Sifat yang baru ini adalah benar-benar berhikmah (1Kor 2:15). Seseorang haruslah dilahirbarukan terdahulu sebelum dapat mendengar dan mentaati injil (Yoh 5:24; 10:26; 1Kor 1:24; 2Kor 4:3-4; KPR 13:48).

Ia memang ajaran sesat untuk fikir bahawa persekitaran yang diubahkan akan mengubahkan orang bebal (Yes 26:10). Ia memang ajaran sesat untuk berfikir bahawa pendekatan penginjilan yang baru akan berhasil (Luk 16:31). Ia memang ajaran sesat untuk membeli keputusan-keputusan bagi Yesus dengan makanan, minuman dan perubatan (2Kor 2:14-17). Mereka haruslah dilahirbarukan (Yoh 3:7)! Hanya Allah boleh menjadikan seseorang bebal dipulihkan menjadi berhikmah (Ams 20:9; Ayub 14:4; Yoh 3:6).

Ia adalah tugas dan kelebihan bagi kamu untuk menjadi takut akan Allah, merendahkan diri sendiri kepada guru-guru dan penasihat-penasihat, dan menolak pemberontakan angkuh yang memperhambakan hati dan minda orang bebal. Ia lebih mudah untuk belajar sebegini daripada dikenakan penumbuk dalam lesung batu yang telah Tuhan Yesus Kristus lakukan dan akan lakukan kepada anak-anak bebal dan musuh-musuhNya (Ibr 12:5-13; Mat 21:42-44).