Amsal · Proverbs

28:10
Sesiapa yang menyebabkan orang benar menyimpang ke jalan yang jahat, dia sendiri akan jatuh ke dalam lubangnya sendiri: tetapi orang jujur akan memiliki apa yang baik.

Orang duniawi yang memberi tekanan atau menggoda orang Kristian untuk berdosa akan dibinasakan oleh kebebalan mereka sendiri. Orang salih yang membantu orang Kristian untuk hidup kehidupan yang kudus di dalam dunia yang durjana akan diberkati. Guru-guru yang palsu dan para pengkhutbah yang berkompromi akan dibinasakan. Mereka akan jatuh ke dalam lubang najis badaniah yang mereka sendiri buat bagi para pendengar mereka dan akan dibinasakan (Ams 26:27). Tetapi bagi orang jujur, yang memimpin orang lain kepada kewajaran, akan dipuaskan dengan kemakmuran kedua-duanya di sini dan di syurga.

Allah suka orang benar, dan Dia menghiburkan mereka dalam hal para penggoda yang jahat dengan menjanjikan keadilan yang membalas dendam. Dia dengan khususnya mengutuk usaha-usaha sesetengah orang untuk memabukkan orang lain supaya dapat melihat ketelanjangan mereka (Hab 2:15). Biar setiap pemuda dan pemudi memikir dengan serius tentang pengaruh mereka kepada jantina yang lain. Tetapi berbeza dengan penghakimanNya kepada saudara palsu, Dia akan memberkati orang benar dengan apa yang baik yang tidak terkatakan atau tidak terbayangkan (1Kor 2:9).

Kamu hidup di dalam penggenapan amaran amsal ini, kerana masa yang membahayakan zaman akhir sudah sampai (2Tim 3:1-7). Jenis agama Kristian yang berkompromi dan yang keperempuanan yang sekarang melanda seluruh dunia akan didedahkan lagak cabulnya yang berpura-pura itu (2Tim 3:8-9). Walaupun penganiayaan dan para penggoda akan bertambah lagi buruk (2Tim 3:10-13; 4:3-4), orang benar akan ada penawarnya– khutbah setia akan kitab Allah yang berilham (2Tim 3:14-17; 4:1-2).

Amsal ini sudah tentu dapat dipakai untuk pendidikan moden, kenikmatan, dan kewartawanan – yang matlamatnya adalah untuk menyebarkan sebanyak kejahatan semungkin, daripada Darwinianisme kepada drama lipur lara, daripada muzik rap kepada kewartawanan yang gasang. Institusi-institusi yang sangat berpengaruh ini di masyarakat zaman moden ini telah menyebabkan banyak orang benar menyeleweng, dan Allah akan menghakimi dunia ini kerana itu.

Tetapi bahaya yang lebih tersembunyi ialah agama palsu, iaitu tempat yang orang berkompromi dengan kejahatan secepat semungkin untuk menambahkan bilangan gereja dan pengikut. Gerakan peka pencari gereja-gereja mega ialah ilustrasi yang cukup sempurna. Mereka mengurangkan nilai setiap aspek sembahyang Allah dan kekudusan Alkitab untuk menarik dan mengekalkan orang yang tidak terjana semula.Para percayawan yang mudah terpengaruh, yang terjerat oleh daya tarikan yang cabul ini, kerap kali sesat di dalam longkang Kristian badaniah dengan orang ramai yang lain.

Tetapi Allah dan kewajaran tidak akan diperolok-olokkan. Seperti Yesus telah menegur dan menghakimi orang Farisi kerana memakai agama sebagai jalan untuk keuntungan kewangan (Mat 23:14), Dia akan berbuat yang sama kepada para penyamar ini. Paulus telah memberi amaran kepada Timotius supaya menjauhkan diri daripada guru-guru ini yang mementingkan pertumbuhan bilangan dengan sembarangan cara dan agama yang jahil mereka ini bercanggah sepenuh-penuhnya dengan Yesus Kristus (1Tim 6:3-5).

Izebel menggalakkan Ahab kepada kejahatan (1Raj 21:25), dan gereja di Tiatira ada guru palsu dengan nama yang sama dan yang mempromosikan perbuatan berkendak dan sembahyang berhala, yang Yesus berjanji untuk binasakannya (Wah 2:18-23). Dan gereja di Pergamus ada seorang peniru Bileam (Bil 31:16), iaitu nabi palsu yang perayu wang dan yang mengajar Israel untuk berkendak dan sembahyang berhala, yang Yesus berjanji untuk melawannya (Wah 2:14). Pelajaran amsal ini benar.

Allah membidas imam-imam Israel selepas kepulangan mereka dari Babel kerana kompromi mereka yang cabul (Mal 2:1-9). Sementara Israel memiliki orang palsu demikian, Petrus telah memberi amaran bahawa orang yang serupa akan membuat huru-hara di gereja-gereja Kristus (2Pet 2:1-19). Dan Paulus telah memberi amaran tentang para rasul palsu yang akan melayani Syaitan dengan Yesus yang palsu, injil yang palsu, dan Roh yang palsu (2Kor 11:3-4, 13-15).

Hai pembaca! Ia tugasmu untuk menjadi sungguh berhati-hati supaya jangan kamu menyebabkan orang benar menyeleweng. Telitikan teladanmu dan jagalah pengaruhmu, sebab Allah sedang menyelidiki kedua-duanya. Ia juga tugasmu untuk berpisah daripada sesiapa pun yang mengajar dengan bercanggah kepada Wasiat Baru (Rom 16:17-18; Gal 1:6-9; 2Tes 3:6; Tit 3:10-11). Dan jika kamu rohani dan kuat, kamu akan menyelamatkan orang yang lemah daripada pegangan para pengkompromi yang badaniah ini (Yak 5:19-20; Yud 1:23).

Hai Pastor! Adakah kamu berpegang kepada jalan yang suntuk dan yang sempit Yesus Kristus, atau jalan yang luas dan yang lebar Kristian kontemporari dan berkompromi badaniah? Kamu akan memberi pertanggungjawaban bagi pengaruhmu bagi setiap jiwa yang kamu sentuh. Adakah kamu seorang gembala yang setia dalam memberi makan dan melindungi domba-dombamu, atau adakah kamu membenarkan serigala-serigala ke dalam kawanan untuk menambahkan bilanganmu?

Hai kaum ayah!Adakah kemunafikanmu sedang memimpin anak-anakmu kepada dosa yang sama? Adakah bahasamu dan perangaimu menggalakkan kesalihan suci, atau menghambatkan itu? Kamu diperintahkan untuk membesarkan anak-anakmu di dalam pemeliharaan dan teguran Tuhan (Efe 6:4). Adakah kamu sedang melakukannya? Atau adakah anak-anakmu yang mudah dibentuk sedang digoda untuk menjalani hidup yang berkompromi? Adakah perangaimu di rumah dalam roh, pertuturan dan perilaku sama atau lebih baik daripada gambarmu di kebaktian gereja?

Hai kaum suami! Isterimu menuruti namamu ketika kahwin dan dipengaruhi besar oleh keputusan-keputusanmu dan gaya hidupmu. Adakah kehidupannya dengan Allah dan kasihnya kepada Yesus Kristus lebih hebat atau kurang hebat kerana perhubungannya dengan kamu? Mungkinkah dia lebih hebat secara rohani tanpamu? Kamu akan memberi pertanggungjawaban untuk perempuan ini yang dipinjam kepadamu untuk beberapa tahun. Dia anak perempuan Allah. Berhati-hati!

Sementara orang durjana dibinasakan kerana kerosakan berdosa dan pengaruh jahat mereka terhadap anak-anak Allah, orang benar yang melindungi dan melayani mereka diberkati dan diberi keredaan. Apakah hal-hal yang baik yang dikumpulkan bagi orang jujur? Hal-hal rohani yang melebihi kemampuan manusia untuk melihat, mendengar, malah untuk membayangkan pun (1Kor 2:9)! Seseorang manusia yang berjalan dengan Allah dapat sekarang dipenuhi dengan segala kepenuhan Allah (Efe 3:14-19), dan di syurga dia akan mewarisi segalanya (Wah 21:7).