28:11
Orang kaya memandai dalam keangkuhannya sendiri; tetapi orang miskin yang ada pemahaman menyelaminya.Orang kaya memandai dalam keangkuhannya sendiri; tetapi orang miskin yang ada pemahaman menyelaminya.
Kekayaan dan kejayaan boleh menjadikan seseorang buta. Ia menyebabkan kesombongan yang membawa seseorang untuk memikir dengan bebal. Seseorang yang miskin dengan hikmah boleh melihat kesilapan orang kaya dan membuktikan bahawa dia salah. Ia lebih baik untuk berada dalam keadaan miskin dengan hikmah daripada berada dalam keadaan kaya tanpa hikmah. Belilah hikmah pada hari ini dan jangan sesekali menjualnya (Ams 23:23).
Hasil kurang membuktikan apa pun, sebab ada banyak faktor bercanggah yang kerap kali menyumbang kepada hasil itu. Orang dengan pemahaman, tidak kira betapa miskin, boleh menaakuli dan mengecam orang kaya yang bebal. Hikmah ialah apa yang utama untuk kamu peroleh, dan ia melibatkan kecurigaan yang serius dan tenang akan segala gagasan, tidak kira apa pun pencapaian, kemakmuran, atau kepopularan sumber gagasan-gagasan itu.
Kekayaan dan kejayaan menyebabkan sesetengah orang untuk fikir bahawa mereka hebat atau kebal, meskipun Allah telah menciptakan mereka sepasti seperti Dia menciptakan jiran-jiran mereka yang miskin (Ams 18:11; 10:15). Mereka harus pakai seluar dengan cara yang sama, dan mereka mati sekitar umur yang sama (Ams 22:2).
Orang kaya dalam amsal ini ialah seorang bebal – dia memikir bahawa dia berhikmah oleh nilai palsu yang dia pasang kepada kekayaan. Dia tidak dapat mendengar arahan atau amaran hikmah, sebab dia dipekakkan oleh ego besar kejayaan (Ams 26:16). Ini menjadikannya lebih teruk daripada si bebal (Ams 26:12). Dia secara bongkak menganggap sendiri ada kewajaran kerana hasil-hasil positifnya dan menganggap dia kebal secara kewangan.
Orang miskin dalam amsal ini ialah orang berhikmah – dia ada pemahaman. Dia boleh memandang kepada si bebal yang kaya dan dengan mudah menanggapi kesia-siaan hidupnya. Orang kaya punya kemakmuran, kejayaan, atau kedudukan tidak memperdayakannya atau mengalihkan perhatiannya. Dia mampu menaakuli perilakunya dan mengenalpastikan kesilapannya dan dosa-dosanya (Ams 18:17).Kehematan dan hikmah tidak dipengaruhi oleh darjat ekonomi.
Orang kaya biasanya dilayan dengan hormat yang memperdayakan mereka untuk memikir terlalu tinggi akan diri mereka sendiri (Ams 14:20; 19:4). Orang kaya ada banyak perniagaan atau kejayaan kewangan, maka mereka dengan angkuh membuat kesimpulan bahawa mereka pemenang (Ams 18:11). Tetapi orang miskin, tanpa pengaruh yang sebegitu membutakan, berupaya menanggapi kecacatan dan pelanggaran kehidupan orang kaya.
Hasil memperdayakan. Musa mendapat air dengan memukul batu, tetapi Allah memberitahu dia untuk berbicara kepadanya (Bil 20:7-13). Kamu akan bertemu dengan kanak-kanak yang nampak cukup beradab dan tidak pernah dirotan, tetapi ibubapa mereka adalah bebal (Ams 19:18; 22:15; 23:13-14; 29:15). Manusia mungkin menjadi kaya dengan pelaburan spekulasi yang berasaskan wang pinjaman, tetapi mereka salah (Ams 13:23; 20:21; 22:7).
Hasil memperdayakan. Pertimbangkan ia dengan betul-betul. Apa yang nampak sebagai kejayaan mungkin adalah Allah yang hanya memakaimu semata-mata (Yes 10:5-15), kutuk kemakmuran orang bebal (Ams 1:32), sungguh sementara (Ams 36:1-2; 50:21), hanya kesuntukan pandanganmu akan sesuatu hal (Yoh 19:15-16), pemikiran yang angan-angan sahaja, kesan plasebo, atau bayaran dahuluan untuk “keuntungan” dalam suatu skim cepat kaya! Berhati-hati!
Keuntungan bukanlah kesalihan (1Tim 6:3-5). Kesalihan bersertakan kepuasan ialah keuntungan besar (1Tim 6:6). Hikmah yang mendalam ini ialah peraturan yang wajib dan yang bernilai untuk kehidupan. Orang miskin dengan kepuasan boleh dengan mudah ada sukacita dan damai sejahtera yang lebih besar daripada orang kaya yang tidak memilikinya. Orang Kristian patutlah menjadi orang yang paling berpuas hati, sebab mereka ada Allah sebagai bahagian mereka (Ibr 13:5-6; Maz 73:25-26).
Jangan biar kekayaan membutakan atau menyerong daya penghakimanmu. Jangan beriri hati kepada orang durjana bagi apa yang nampaknya kemakmuran (Maz 37:1-3; 73:1-24). Orang yang benar-benar berhikmah mampu melihat melantasi apa yang kelihatan dan menghakimi dengan penghakiman yang betul (Yoh 7:24). Jangan sesekali membenarkan kejayaan semata-mata dalam mana-mana aspek kehidupan mengalihkanmu daripada, “beginilah firman Tuhan”, sebab itu yang satu-satunya hikmah. Orang kaya akan tidak lama lagi dibaringkan dalam kubur; kematian akan memakan mereka habis; mereka tidak dapat menebus sesiapa pun daripada maut (Maz 49:6-14).
Allah telah memilih untuk menyelamatkan lebih orang miskin di bumi bagi kehidupan abadi berbanding orang kaya (Mat 19:23-26; 1Kor 1:26-29; Yak 2:5). Para percayawan yang miskin haruslah bersukacita dalam berita yang ajaib ini (Yak 1:9). Pada saat kematian, orang kaya yang bebal akan melanjutkan perjalanan ke dalam akhirat ke dalam kemiskinan yang paling tidak berharapan dan seksaan paling besar yang dapat dibayangkan, tetapi orang miskin dengan iman akan melanjutkan perjalanan ke dalam akhirat yang ada kekayaan yang paling tidak terkatakan dan kesenangan untuk selama-lamanya. Pernahkah kamu percaya kepada yesus Kristus sebagai bahagian kehidupanmu?