28:16
Seorang penguasa yang kekurangan pemahaman ialah seorang penindas besar juga: tetapi dia yang membenci kedambaan akan melanjutkan hari-harinya.
Pemerintah yang bercita-cita atau yang tamak adalah zalim. Daripada memakai kuasa untuk memanfaatkan rakyat mereka, mereka pula mendambakan lebih kuasa dan kekayaan, yang membawa kepada undang-undang dan polisi yang menindas. Mereka tidak akan bertahan lama. Allah ataupara penduduk yang tidak senang hati akan mengeluarkan mereka daripada jawatan. Tetapi orang kenamaan yang membenci kedambaan dan adalah puas dan setia untuk melayani rakyat akan kekal dalam jawatannya. Di sinilah aksiom sains politik daripada Raja Solomo.
Amsal yang sebelumnya memberi amaran terhadap penguasa durjana dengan sifat yang tidak rasional dan yang ganas seperti singa dan beruang (Ams 28:15). Orang-orang kebinatangan yang tidak sensitif ini menghancurkan orang miskin di negara di bawah program dan amalan yang mementingkan diri sendiri. Orang miskin, yang memerlukan bantuan dan perlindungan lebih daripada orang lain, menjadi semata-mata suatu hidangan untuk selera mereka yang lahap itu. Oleh sebab amaran itu, amsal ini memakai “juga” untuk menandakan suatu lagi jenis si penguasa penindas yang sedang dipertimbangkan.
Tanggapilah perbandingan-perbandingan, kerana ia membekalkan petunjuk-petunjuk bagi maksud sesuatu amsal. Seorang penguasa yang kekurangan pemahaman disebut bertentangan dengan penguasa yang membenci kedambaan. Oleh sebab itu, kamu tahu penguasa yang suka menindas ialah orang yang bercita-cita dan yang tamak. Tetapi pandang lebih lanjut. Penguasa yang merupakan penindas yang besar disebut bertentangan dengan penguasa yang akan melanjutkan hari-harinya. Oleh sebab itu, kamu tahu bahawa amalan-amalan yang menindas oleh seseorang penguasa memendekkan hayat pemerintahannya – sama ada oleh tangan Allah atau manusia.
Ketika seorang ahli politik yang bercita-cita atau yang tamak memegang jawatan, program-programnya dan polisi-polisinya menindas rakyat sehingga rakyat memberontak. Semua kerajaan adalah popular, yang bermaksud bahawa rakyat akan menunduk sehingga kepedihan melebihi kos untuk memberontak. Tetapi para penguasa yang kedambaan, yang buta kepada kemarahan yang sedang bangkit terhadap kekuasaan mereka, akhirnya kehilangan kedudukan mereka. Rakyat hanya boleh tahan sekian banyak, dan kemudian mereka memberontak. Tuhan hanya boleh bersabar dengan sekian banyak, dan kemudian Dia menghakimi (Pkh 5:8; 1Raj 21:1-24)!
Belajarlah hikmah. Arahan amsal hanya sebaik seperti penerimaannya dan ketaatan kepadanya. Raja Solomo mengajar amsal ini kepada anak lelakinya, Raja Rehabeam. Tetapi selepas ayahnya meninggal, anak ini dengan angkuh menghina rakyat kerana meminta untuk cukai berat Solomo diringankan (1Raj 12:1-20). Kedambaannya dan keangkuhannya telah membutakan penghakimannya. Apa yang berlaku sejurus kemudian? Negara memberontak. Dia kehilangan sepuluh suku kaum. Amsal ini digenapi.
Sesudah Aleksander Agung mencapai umur 30, dia telah memulaukan rakyat, tenteranya, dan banyak kawannya dan panglima-panglimanya oleh nafsunya untuk kuasa dan kekayaan. Dia dan keluarganya dihapuskan dari bumi. Ia pernah disebut dalam kata pepatah, jauh selepas amsal ini tertulis, “Kuasa membawa korupsi, dan kuasa yang mutlak membawa korupsi yang mutlak”. Oleh sebab itu, orang yang berhikmah menolak kenaikan pangkat dan kekayaan, kerana mereka tahu ia kuasa yang besar untuk mencabuli akhlak. Nabi Agur, yang telah menyumbang kepada kitab Amsal ini, telah berdoa menentang kekayaan kerana alasa tersebut (Ams 30;7-9). Betapa elok hikmahnya!
Hikmah politik mewajibkan para penguasa untuk membenci kedambaan, yang tepat dengan apa yang diwajibkan Musa bagi para hakim Israel (Kel 18:21; Ula 16:19). Jika aksiom ini tidak diikuti, janganlah terkejut oleh kezaliman yang berlaku dalam pemerintahan mereka. Para biskop dan para diaken untuk gereja Wasiat Baru juga harus membenci kedambaan, yang ditakrifkan sebagai tidak tamak akan laba kotor (1Tim 3:3,8; Tit 1:7,11; 1Pet 5:2). Perempuan juga haruslah menolak calon suami yang tamak akan keuntungan wang, kerana mereka akan menjadi suami dan ayah yang buruk (Ams 1:19; 15:27).
Tuhan Yesus Kristus ialah Yang Berbahagia dan Yang Satu-satunya Diraja, Raja segala raja, dan Tuan segala tuan (1Tim 6:13-16). Kuasanya yang mutlak di seluruh alam semesta langsung tidak pernah merosakkanNya; itu telah memuliakanNya sebagai Penguasa yang ada kewajaran dengan tidak terhingga (2Sam 23:1-4; Ibr 1:8-9; Wah 19:11). Dia tidak mendambakan apa pun, sebab Dia memerintah syurga dan bumi. Semua yang percaya kepadaNya akan memerintah bersamaNya, dan pemerintahanNya akan bertahan selama-lamanya (Wah 1:18; 3:21; Yes 53:10).