28:15
Seperti singa yang mengaum, dan beruang yang menyerang, demikian penguasa yang durjana atas orang-orang miskin.
Kekuasaan atau kuasa tidak harus dipakai untuk menyakiti orang miskin. Allah telah mentahbiskan jawatan-jawatan kekuasaan untuk melindungi orang yang tidak dapat dibantu atau yang lemah. Ketika para penguasa sivil menindas orang miskin, mereka adalah seeprti binatang yang liar dan yang rakus. Mereka berbuat kerosakan yang besar dengan penyalahgunaan kuasa yang kejam dan yang tidak sensitif. Manusia mengunci binatang buas yang bahaya di zoo, dan para penguasa yangserupa harus dibuang dari jawatan mereka.
Para pemimpin dan para penguasa yang tidak menjaga orang miskin adalah durjana. Suatu tugas kekuasaan dan pemerintahan adalah untuk dengan sedar menyediakan bekalan bagi orang yang tidak dapat mempertahankan diri atau membantu diri sendiri. Ketika orang durjana mengambil alih kekuasaan dan menindas orang miskin di bawah pemerintahannya, ia suatu kejahatan yang menakutkan. Tetapi ada Allah di syurga, Yang akan menghukum para penguasa yang demikian (Pkh 5:8).
Di sinilah suatu kiasan simile yang berdasarkan hikmah Allah dan pemerhatian Solomo. Seekor singa yang mengaum ialah singa yang berbahaya dan yang mengancam (Maz 104:21; Yes 31:4; Amo 3:4; 1Pet 5:8). Beruang yang merayau ialah beruang lapar yang telah keluar dari batasan tempat merayaunya yang biasa untuk mencari makan. Dua contoh gambar dari alam fauna ini menggambarkan sikap kebinatangan dan sikap buas seseorang pemerintah durjana yang menindas orang miskin di kerajaannya. Binatang-binatang yang kejam ini tidak ada kemurahan dan belas kasihan yang menggambarkan penguasa yang salih dan yang mulia.
Penguasa yang hebat melindungi dan membekalkan bagi orang miskin, dan dia akan bertakhta untuk lama sekali (Ams 29:14). Belas kasihan dan kebenaran, itulah yang mengekalkan raja, dan bukanlah penindasan dan ketamakan (Ams 20:28). Bangsa-bangsa makmur dan bersukacita di bawah para penguasa yang benar (Ams 29:2). tetapi ketika orang yang kedambaan dan yang mementingkan diri sendiri menjadi penguasa, ketamakannya untuk keuntungan menjadikannya seorang penindas, seperti yang ditunjukkan konteks (Ams 28:16). Ia lebih baik untuk mati atu tidak pernah wujud daripada menderita di bawah penzalim sedemikian (Pkh 4:1-3).
Bagaimanakah seorang penguasa yang durjana menindas orang miskin? Sudah tentulah, para raja boleh dan memang merampas hartamilik orang miskin mereka untuk menambahkan milik hartanah mereka, menculik anak-anak gadis mereka yang cantik untuk rumah gundiknya, membunuh kaum suami untuk mengambil isteri-isteri mereka untuk rumah gundiknya, terlebih mengenakan cukai untuk projek-projek bangunan yang pura-pura atau kempen-kempen tentera yang tidak diperlukan, membenarkan rasuah dan suapan untuk merosakkan sistem penghakiman, mengenakan yuran perundangan yang terlalu mahal kepada yang orang yang memerlukan perbicaraan mahkamah, menyangkal kemajuan kerjaya bagi mana-mana orang yang dilahirkan oleh orang miskin, melarang atau tidak menggalakkan pendidikan bagi orang miskin, dsb.
Tetapi dia juga boleh menghalalkan hal menggugurkan anak, yang membunuh bayi yang miskin dan yang tidak dilahirkan. Dia boleh membuat inflasi kepada bekalan wang, yang menaikkan harga barang dan mengurangkan taraf kehidupan. Dia boleh menaikkan upah minima, yang akan mengurangkan bilangan pekerjaan bagi orang miskin. Dia boleh mengenakan tarif kepada barangan import, sementara menaikkan kos barangan luar negara yang lebih murah. Dia boleh mengerah anak-anak lelaki mereka untuk menyertai tentara yang kurang dibayar, sementara orang kaya terlepas daripada pengerahan. Dia boleh melindungi kesatuan pekerja, yang menaikkan harga barangan, merosakkan syarikat dan industri, dan mengurangkan peluang bagi orang yang bercita-cita.
Dia boleh mengenakan cukai eksais yang dengan tidak wajar menyakiti orang miskin. Dia boleh membiayai satu golongan minoriti sehingga merugikan orang miskin dari golongan minoriti atau dari majoriti yang lain. Dia boleh bayar upah yang kurang dari kadar pasaran supaya dapat berkuasa dengan masyhur. Dia boleh merumitkan lagi sistem perundangan dan/atau sistem cukai, yang menyakiti orang yang tidak mampu membayar untuk bantuan profesional. Dia boleh menaikkan hutang nasional, yang menaikkan kos semua barangan dan/atau menaikkan cukai. Dia boleh mendengar suara para pelobi, iaitu hanya segelintir atau tiada yang mewakili orang miskin untuk orang miskin. Dia boleh menggalakkan hak-hak tertentu sehingga orang miskin kebergantungan sepenuh-penuhnya kepada keadaan dan tidak rela dan tidak mungkin untuk melakukan apa pun untuk diri mereka sendiri.
Firaun menindas orang Israel yang miskin dengan pembelengguan keras untuk membina kota-kota harta mahal mereka, yakni Pitom dan Raamses, dan dia membunuh semua bayi lelaki mereka (Kel 1:8-16). Allah Yang Maha Besar dan Yang Dahsyat di syurga telah mendengar seruan umatNya 9Kel 2:23-25). Allah yang ketawa terakhir dan ketawa yang paling baik! Allah memberkati semua bidan kerana menyangkal Firaun (Kel 1:15-21); Allah memakai Firaun untuk menyubur dan untuk mendidik Musa (Kis 7:20-22); Allah membinasakan Mesir dan membunuh setiap anak sulung di setiap keluarga (Kel 10:7; 12:29-30); Allah telah memberitahu Israel untuk mengambil kekayaan Mesir ketika mereka meninggal (Kel 12:35-36); dan Allah melemaskan Firaun dan askar-askarnya di Laut Merah (Kel 14:21-30).
Saul cuba membunuh Daud dan memang membunuh para imam di Nob, maka Allah yang memberkati dengan teruk membinasakannya dan anak-anak lelakinya dalam satu pertempuran dengan orang Filistin (1Sam 18:11; 22:12-19; 31:1-13). Ahab dan Izebel bersubahat untuk mencuri ladang anggur daripada Nabot, maka Allah menghantar anjing untuk memakan Izebel, dan semua anjing yang lain menjilat darah Ahab yang mengalir dari kereta kudanya (1Raj 21:1-16; 22:34-38; 2Raj 9:30-37). Rehoboam cuba menaikkan cukai untuk menindas Israel tetapi dia kehilangan sepuluh daripada dua belas suku kaum Israel kepada pesaingnya (1Raj 12:1-20). Penzalim yang durjana akan dihakimi.
Tetapi ada lebih banyak penzalim daripada hanya para penguasa. Allah juga akan menghakimi suami yang kejam dan yang terlampau suka memerintah (Mal 2:10-16; 1Pet 3:7). Oleh sebab itu, ia penting bagi suami untuk mengasihi, menyayangi, dan menyuburi isteri-isteri mereka dengan lemah-lembut (Efe 5:25-29; Kol 3:19; 1Pet 3:7). Isterimu dipinjam kepadamu daripada Tuhan, dan jika kamu mendera atau menindas pemberianNya dengan apa cara pun, ada neraka untuk kamu, di kehidupan ini dan/atau di akhirat (Ams 18:22; 31:31; Mal 2:13). Berhati-hati!
Allah memerintah ayah untuk mengelak daripada menindas anak-anak (Efe 6:4; Kol 3:21). Seorang ayah mungkin ada kekuasaan dan kekuatan yang dianugerahkan Allah untuk memerintah rumahnya, tetapi dia harus memerintah dengan kasih sayang dan belas kasihan, kalau tidak Allah yang membalas bagi pihak orang miskin akan datang untuk menghakiminya. Allah syurgawi mengharapkan ayah untuk berbelas kasihan kepada anak-anak mereka (Maz 103:13; Yer 31:20; Luk 11:11-13; 15:20-24). Menghukum untuk dosa pun haruslah dibuat dengan lemah-lembut (Ams 3:11-12). Ayah bukan hanya yang pesalah, tetapi perempuan yang suka memerintah juga merupakan kutuk yang setaraf dengannya (Ams 30:21-23).
Pertimbangkan lebih, jika kamu fikir amsal ini hanya tentang sains politik. Para majikan haruslah menjaga para pekerjanya, terutamanya orang miskin di bawah (Ima 25:39-43; Ula 24:14-15; Efe 6:9; Kol 4:1). Para pelayan tidak harus mengabaikan orang miskin di jemaah mereka, sebab Tuhan Yesus Kristus membenci sikap berberat sebelah (1Tim 5:21; Yak 2:1-7). Walaupun diberi kekuasaan dari syurga, para pelayan haruslah menjadi seperti pengasuh (1Tes 2:7-8).
Ada hanya satu penguasa yang sempurna, dan Dia duduk di atas takhta kemuliaan mengatasi seluruh alam semesta – Dia merupakan Tuhan Yesus Kristus (2Sam 23:1-5; Maz 45:6-7; Ibr 1:8-9). Allah memilih orang miskin di dunia ini untuk menjadi anak-anakNya, dan Dia telah memberi tugas penjagaan mereka kepada Tuhan Yesus Kristus (1Kor 1:26-31). Yesus telah berjanji supaya tidak menghilangkan satu pun di antara mereka – setiap satu akan dapat berada bersamaNya di syurga untuk selama-lamanya (Yoh 6:37-39; 10:27-29; 17:2; Rom 8:28-39; Ibr 2:13).