Amsal · Proverbs

28:2
Kerana pelanggaran sesuatu kawasan banyaklah penguasanya: tetapi melalui orang yang berpengertian dan yang berpengetahuan negerinya akan diperlanjutkan.

Ketidakstabilan politik merupakan kesan dan penghakiman bagi dosa-dosa sesebuah negara. Pemberontakan terhadap Allah syurgawi akan mendedahkan negara kepada rasuah, kemerosotan, atau revolusi sivil. Suatu berkat yang paling baik sesebuah negara ialah seorang pemimpin yang takut akan Allah dan yang mengikuti kebenaran. Pemerintahannya akan mengekalkan, melanjutkan, melindungi, dan memakmurkan negara. Sejarah betapa bezanya perbandingan kisah Israel dan Yehuda dengan raja-rajanya, yang dicatatkan dengan teliti di dalam Alkitab bagi pembelajaranmu, memberi saksi kepada hakikat politik ini.

Salomo, orang yang paling berhikmah di kalangan orang yang pernah hidup, merupakan raja Israel, yakni negara yang kaya dan yang sungguh berkuasa. Hikmahnya terkenal luas di seluruh dunia (1Raj 4:29-34). Dia menulis 3,000 amsal dan 1,005 lagu. Dia memperluaskan lagi pengetahuan akan botani, zoologi, sains politik, dan bidang-bidang yang lain. Negara-negara lain mengutus orang untuk bertanya tentang hikmahnya yang hebat sekali. Dia mewarisi takhta daripada ayahnya, Daud, dan dia mengajar anaknya cara untuk mengekalkan sebuah negara.

Dalam amsal yang lain, Salomo mengajar, “Kewajaran menyanjungi negara: tetapi dosa ialah keaiban kepada mana-mana bangsa.” (Ams 14:34). Ada hukum-hukum yang biasa dan yang luar biasa yang sedang berkuatkuasa di setiap kerajaan dan negara. Hukum-hukum yang biasa ialah kesan-kesan biasa dan yang logik akan baik-jahat akhlak, kelakuan, dan perundangan negara. Hukum-hukum yang luar biasa ialah ganjaran Allah atau hukuman ke atas kerajaan atau negara bagi dasarnya atau amalannya.

Apabila sesebuah negara mengaturkan diri untuk menentang Sumber kekuasaan, iaitu Allah sendiri, dan menentang hikmah kekuasaan, iaitu Firman Allah, mereka memasuki situasi yang akan menghukum diri mereka dengan hukum-hukum biasa dan dengan hukum-hukum luar biasa. Rasuah menggandakan lagi rasuah. Sebuah negara yang berbuat rasuah akan ada kerajaan yang berbuat rasuah, dan sebuah kerajaan yang berbuat rasuah akan tertakluk kepada kemerosotan, ketidakpercayaan, rusuhan, atau revolusi. Para penguasa pun akan bertambah sementara penguasa yang silih berganti menganggu apapun lanjutan kuasa. Allah Yang Mahakuasa akan menghukum negara itu untuk mengekalkan integriti FirmanNya (Yes 3:1-7; Hos 13:11).

“Banyak penguasa”, di dalam amsal ini ialah para penguasa yang silih berganti. Walaupun pertumbuhan pesat pemerintah birokratik sungguh buruk kerana tidak cekap, itu bukanlah pelajaran amsal ini. Bagaimanakah kamu dapat mengenal bahawa itu bukan maksud amsal ini? Bandingkan dua bahagian keselarian amsal ini. “Banyak penguasa”, dibandingkan dengan perlanjutan negeri itu, dan bukan kecekapan negeri itu. Perlanjutan dan kestabilan pemerintahan sivil ialah apa yang dimanfaatkan kewajaran negara.

Sesebuah kerajaan akan makmur selama negara dengan pemimpinnya itu benar. Orang yang berpengertian dan berpengetahuan bukanlah orang bebal yang berijazah, iaitu hasil kejahilan pendidikan moden. Sebaliknya, dia orang yang takut akan Allah dan mengejar kebenaran, satu-satunya dasar untuk pengetahuan dan pemahaman (Ams 1:7; 9:10; Ayub 28:28; Maz 111:10). Kedua-dua berkat biasa dan berkat luar biasa akan dikurniakan kepada pemimpin dan negara benar. Diberkatilah dan berbahagialah rakyat yang Allah mereka TUHAN (Maz 33:12; 144:15).

Tiada negara di bumi pada hari ini menyanjungi Allah dan kewajaranNya. Oleh sebab itu, keadaan politik dunia tidak stabil, baik bagi negara-negara individu mahupun bagi gabungan-gabungan negara. Negara-negara yang telah menentang Allah dan kebenaran dengan terang-terang secara am ialah yang paling tidak stabil. Kekerapan rampasan kuasa, rusuhan, dan revolusi di dalam sesebuah negara kerap kali mencerminkan kadar ia memberontak terhadap kekuasaan ilahi dan kekudusan Alkitab.

Revolusi Perancis bukanlah kebetulan: ia dihasilkan daripada ateisme yang disanjungi sebelum itu. Negara Jerman, iaitu tanah air Marx, Nietzsche, Freud, dan yang lain sungguh tidak stabil di sekitar dua perang dunia yang sungguh membinasakan itu. Negara Rusia yang ateis sudah mengalami tiga bentuk pemerintahan yang zalim di sekitar waktu yang sama dengan negara Jerman. Dan Amerika Syarikat, sebuah negara yang muda, juga menuju kepada pergolakan yang sama tanpa pemulihan, sebab pelanggaran Amerika sungguh besar.

Apakah yang dapat kamu buat? Jalanilah kehidupan benar seperti yang dikehendaki Allah dalam FirmanNya dan berdoalah bagi negaramu dengan pemimpinnya (Yer 29:4-7; 1Tim 2:1-2). Kamu mungkin orang yang dipandang TUHAN sebagai pendoa syafaat bagi damai sejahtera dan perlanjutan negerimu (Yeh 22:29-31). Ia merupakan tugas setiap rakyat yang takut akan Allah untuk memohon belas kasihanNya bagi negara yang jahat (2Taw 7:14).