28:1
Orang durjana melarikan diri ketika tiada orang mengejar: tetapi orang benar berani seperti singa.
Hati nurani yang jelas [tiada kesalahan yang memedihkannya] ialah sesuatu yang berharga dan yang ajaib. Dengarlah Pengkhutbah! Nilainya tidak dapat disukat di bumi. Tanpa hati nurani yang jelas, jiwamu akan dengan gementar berjaga-jaga untuk melihat siapa yang sedang memandangmu atau yang datang untuk menangkapmu. Dengan hati nurani yang jelas, kamu tidak takut celaka. Kamu dapat dicabar mana-mana pun musuh. Harus mengapakah kamu takut? Kamu tahu kamu benar; kamu tahu Tuhan ada bersamamu.
Betapa besarnya perbezaan ini! Dosa menjadikan manusia pengecut. Orang durjana takut akan apa yang bayang-bayang semata-mata dan melarikan diri. Mereka takut akan penghakiman di dunia ini dan di dunia yang akan datang, sama seperti malaikat-malaikat yang terkutuk (Mat 8:29). Allah Yang Maha Kudus menyeksa jiwa mereka dengan keraguan dan ketakutan (Ayb 15:20-25).
Mereka membayangkan musuh-musuh mereka lalu menyembunyikan diri. Mereka dengan mudah gementar. Hati mereka takut bahawa inilah waktunya mereka ditangkap dan didedahkan, dihukum dan dihakimi. Untuk memperoleh ketabahan, mereka melemaskan suara hati nurani mereka dengan kebisingan, pujian manusia, aktiviti, agama palsu, alkohol, atau dadah.
Orang benar tidak takut akan apa pun. Kesalihan menghasilkan orang hebat dengan ketabahan. Mereka adalah seperti singa yang berani, yang tidak memalingkan diri daripada sesiapa pun (Ams 30:30; Bil 23:24; Yes 31:4). Ia mampu tidur di kawasan terbuka semudah tidur di semak, kerana keyakinannya dan keberaniannya yang besar.
Hai pembaca, kehebatan ada di hadapanmu. Adakah kamu melihatnya? Percayalah itu; fahamilah itu; tangkaplah itu. Jangan meninggalkan amsal ini sehingga kamu menangkapnya dengan kedua-dua tanganmu, dan jangan sesekali melepaskannya. Suatu hati nurani yang suci akan menjadikanmu hebat. Kamu tidak akan takut kepada apa-apa pun. Tuhan akan menjadi pedangmu dan perisaimu. Tiada musuh yang akan berdiri di hadapanmu. Tiada pencubaan yang akan mendedahkanmu atau mengutukmu. Kehebatan adalah kepunyaanmu!
TUHAN menempatkan pelita ke dalam setiap orang untuk mencari dan menghakimi fikiran-fikirannya dan perilakunya (Ams 20:27). Ia dipanggil sebagai hati nurani. Cahaya batiniah ini yang diberi Allah menghakimi setiap tindakan kerana salah, atau melepaskannya kerana betul (Rom 2:14-15; 1Kor 2:11). Tuhan akan mengejarmu dengan memakai musuh yang ngeri ini di dalam batin, jika kamu berdosa terhadapNya (Ima 26:17,26; Maz 53:5).
Ketika orang Farisi yang durjana cuba memerangkap Yesus dengan perempuan berzina yang telah ditangkap basah, Dia minta untuk batu yang pertama dilemparkan oleh sesiapa pun yang tidak berdosa (Yoh 8:1-11). Daripada yang paling tua kepada yang paling muda, hati nurani mereka mengutuk diri mereka, lalu mereka meninggalkan Yesus dan perempuan itu.
Mungkinkah Daud berhadapan dengan Goliat dengan hati nurani yang salah? Bagaimana? Dengan dosa di dalam hati nuraninya, dia tidak akan ada keyakinan untuk memperoleh pelepasan daripada Allah, tetapi sebaliknya ada kepastian yang menakutkan bagi penghakiman yang menjelang. Tetapi hati Daud dan mindanya suci di hadapan Tuhan. Dia tidak akan takut, jika seluruh angkatan Filistin pun berlawan dengannya (Maz 3:6; 27:1-6; 46:1-5).
Orang hebat di dalam sejarah, orang hebat milik Allah, selalu ada hati nurani yang suci. Mereka dapat maju dengan berani dalam kuasa Allah menentang mana-mana pun musuh atau keadaan (Maz 112:7). Mereka tidak takut akan sesiapa pun. Mereka tahu bahawa, jika dibicarakan, tiada apa pun kesalahan yang dapat ditemui orang yang cuba menuduh mereka. Tiada kelemahan di dalam iman mereka; mereka tahu Tuhan ada bersama mereka, dan bukan menentang mereka (Yes 26:3-4).
Paulus maju ke perbicaraan mahkamah tanpa ketakutan akan tuduhan daripada sesiapa pun (Kis 23:1). Tiada ancaman bahaya yang dapat menggoyahkannya (Kis 20:24). Daniel dan tiga sahabatnya tiada ketakutan bagi ancaman dibunuh (Dan 3:16-18; 6:10). Dan Musa tidak takut akan murka raja (Ibr 11:27). Contoh-contoh ini ialah sedikit daripada perbuatan besar yang telah dilakukan oleh orang yang memang mengenal Allah mereka (Dan 11:32).
Tetapi Kain, pembunuh yang cabul itu, telah dipenuhi dengan kengerian yang dahsyat bagi bahaya yang tidak kelihatan (Kej 4:13-15). Dia membalas seperti ayahnya, Adam, yang gementar dengan ketakutan dan bersembunyi di dalam pokok Taman Eden, ketika Allah hanya memanggil namanya (Kej 3:9-10). Hati nurani saudara-saudara Yusuf masih mengejar mereka 22 tahun selepas menjualnya kepada perhambaan (Kej 42:21). Tetapi Yusuf, walaupun dituduh dengan salah dan disabitkan kesalahan cuba merogol, dapat berdiri dengan berani di hadapan Firaun dan di hadapan ayahnya sebagai penyelamat Mesir dan keluarganya. Kemuliaan bagi Allah!
Hai pembaca muda, adakah kamu mendengar Pengkhutbah? Rebutlah kehebatan! Biar hati nuranimu jelas, suci, yakin, dan berani. Jangan merosakkannya dengan bermain dengan dosa, bahkan dosa-dosa persendirian, dan dosa dalam fikiranmu juga. Pelita Tuhan tidak ketinggalan dosa-dosa persendirian fikiran nafsu dan khayalan rahsia. Ia akan mengutukmu dan mencuri keyakinanmu dari batiniah sampai ke jasmaniah, sementara kamu cuba menegakkan suatu penampilan kewajaran dan keberanian luaran.
Hai pembaca tua, suatu hati nurani yang tercemar akan membinasakan kehidupanmu. Berhadapan dengan pasangan, bertemu dengan pastor, atau mendisiplin anak akan semuanya berbeza kalau ada dosa dalam kehidupanmu. Ia akan menghambatkan kebahagiaan perkahwinanmu, sebab kamu sedang merahsiakan sesuatu daripada sahabatmu yang paling karib. Khutbah akan menjadi lebih menakutkan dan menjelekkan daripada dianggap peluang untuk pembelajaran, sebab kamu pasti bahawa pengkhutbah sedang mengejarmu dan sedang melawanmu. Seorang ayah yang munafik dan yang berdosa akan ada kesukaran mendisiplinkan anak-anaknya, sebab dia tahu bahawa mereka lebih benar daripada dirinya sendiri.
Jika kamu tidak cukup yakin dan berani seperti yang sepatutnya, rendahkanlah dirimu di hadapan Allah sekarang, Akuilah dan buang dosa-dosamu! Dia setia dan adil untuk mengampuni, dan melalui RohNya dan rahmatNya dia dapat memulihkan hati nuranimu dan ketabahanmu. Lakukannya sekarang, hai pembaca. Jangan biar peluang kehebatan di hadapan Allah dan manusia tercicir daripadamu.
Daud yang suci itu menulis, “Selamilah aku, ya Allah, dan kenallah hatiku: ujilah aku, dan kenallah fikiran-fikiranku: Dan lihatlah jika ada apa pun jalan durjana dalam diriku, dan pimpinlah aku di dalam jalan yang abadi” (Maz 139:23-24). Rujuk juga kepada Mazmur 19:12-14. Sertai Daud dan Paulus, dengan menggiatkan dirimu untuk selalu ada hati nurani yang kekosongan kesalahan terhadap Allah dan terhadap manusia(Kis 24:16). Giatkan dirimu terhadap matlamat ini pada hari ini juga, melalui doa dan penyelidikan diri sendiri di hadapan takhta Allah.
Harta milik besar ini dapat dijadikan kepunyaanmu, lebih daripada mana-mana orang kudus Wasiat Lama; kamu ada pengetahuan yang lebih lengkap tentang Yesus Kristus dan tentang pengampunan dosa daripada pengetahuan yang mereka miliki. Kamu dapat menghadap Allah dengan berani dengan kepastian penuh iman (Ibr 10:22), dan melalui ketaatan yang setia kepadaNya melalui Yesus Krsitus, kamu dapat menjadi yakin dengan penuh kemuliaan (1Yoh 3:18-22). Jika kamu ada hati nurani yang baik ini, sudahkah kamu menjawab Allah dengan itu melalui pembaptisan di dalam air (1Pet 3:21)?
Para pengikut Yesus Kristus menerusi dua ribu tahun telah menjadi lelaki dan perempuan yang paling hebat di bumi ini. Hati nurani mereka suci, kehidupan mereka kudus, mereka ada keberanian dan keyakinan di hadapan seksaan, penganiayaan, dan maut. Dan musuh-musuh mereka kadang kala tahu oleh keyakinan besar mereka bahawa mereka sudah pasti pernah berada bersama Yesus (Kis 4:13). Apa yang dapat menggoyahkan mereka? “Jika Allah memihak kepada kita, siapakah yang boleh menentang kita?” (Rom 8:31). Kemuliaan kepada Allah!
Tidak seorang pun yang pernah berbicara dan hidup seperti Tuhan Yesus Kristus. Tidak seorang pun yang pernah ada hati nurani yang bebas daripada sedikit pun dosa seperti Yesus. Ketika sampainya waktu untuk Dia mati di Yerusalem, Dia maju dengan berani ke arah itu (Luk 9:51). KetabahanNya pada setiap waktu sungguh ajaib: ia menyebabkan Pilatus kagum akan itu (Mar 15:5). Mengapa harus berbicara di dalam suatu perbicaraan? Dia tahu bahawa Dia langsung tidak bersalah, dan Dia tahu Allah ada bersamaNya. Kemuliaan bagi Allah! Adakah kamu percaya kepada Anak Allah, hai pembaca? Percayalah kepadaNya pada hari ini juga! Percayalah kepadaNya sekarang!