28:3
Orang miskin yang menindas orang miskin adalah seperti suatu hujan ribut yang menyapu habis makanan.
Kemiskinan tidak menjadikan orang berbelas ihsan, mulia, atau berakhlak mulia. Solomo memerhatikan orang miskin menjadi kejam dan kedekut kepada orang miskin lain, yang dia anggap sebagai amalan yang cabul. Dan dia nampak orang miskin lain juga yang telah diberi kekuasaan atau kekayaan berubah menjadi penzalim yang tidak berbelas kasihan dengan menyalahgunakan kuasanya terhadap orang yang dahulu rakan-rakannya. Ini kesia-siaan dan kegilaan. Dia, yang sepatutnya mengingat keadaannya yang dahulu dan menunjukkan kemurahan yang lembut, sebaliknya telah menindas orang miskin kerana ketamakannya yang angkuh.
Tiada akhlak mulia dalam kemiskinan. Sebenarnya, kemiskinan secara am menandakan minda yang kebinatangan, hati bebal, dan/atau tubuh yang malas. Kalau segala faktor yang lain sama rata, sebabnya seseorang lebih miskin daripada jirannya adalah kerana kehidupannya yang bebal. Selain daripada berkat-berkat atau penghakiman Allah yang mengatasi faktor-faktor yang lain, ketekunan dan hikmah membawa kejayaan, dan kekukangan dan kebebalan membawa kemiskinan (Ams 10:4; 11:24; 12:24; 22:29). Untuk percaya sebaliknya adalah untuk mengagalkan ganjaran hikmah!
Tujuan dan keuntungan hujan adalah untuk menyuburkan bumi supaya makanan bertumbuh. Dan ia melakukannya dengan ajaib sekali, ketika ia turun dengan lembut dan dengan perlahan. Tetapi ketika hujan turun dengan ribut yang kencang, ia dengan mudah dapat menyapu tanah atas dan benih-benih yang ada di dalamnya melalui banjir. Ia juga dapat mencanaikan tumbuh-tumbuhan yang sedang bertumbuh dan merosakkan apa yang hendak dipakai sebagai makanan. Dalam kedua-dua kes, apa yang patut dijadikan keuntungan bagi ladang dan tuan pemilik telah sebaliknya menjadi suatu kuasa yang kejam dan yang membinasakan.
Orang miskin, sama ada masih dalam kemiskinan ataupun ketika diberi suatu kekuasaan atau kejayaan, patut ada belas kasihan bagi saudaranya yang miskin. Dia patut ingat keadaannya yang dahulu. Tetapi ia suatu fakta bahawa orang miskin boleh bersikap sangat suka mengkritik orang miskin yang lain, yang Solomo pun telah perhatikan dalam kajiannya tentang kewujudan manusia. Jika kamu menyanjungi atau menghormati orang bebal yang miskin, maka kamu besar kemungkinan akan menciptakan suatu raksasa yang akan menginjak-injak orang yang patut dia sebaliknya berbelas kasihan dan melindungi mereka (Ams 30:21-22).
Adakah peringatanmu baik? Atau adakah kamu memandang hina orang yang sedarjat denganmu dahulu? Hai kaum ayah, adakah kamu berbelas kasihan kepada anak-anakmu dengan mengingat kebebalanmu pada umur mereka? Hai peniaga, adakah kamu cukup mengingati masa silam yang sukar dalam kerjayamu sehingga dapat menghiburkan orang yang ada itu sekarang? Hai penyelia, adakah kamu bersimpati kepada para pekerja, yang baru masuk setahun lalu? Hai penuntut sekolah, dapatkah kamu berbelas kasihan kepada adikmu yang bergomol dengan apa yang mengelirukanmu beberapa tahun dahulu? Hai datuk nenek, adakah kamu ingat kesukaran dahulu kala dan cuba membantu anak-anakmu atau cucumu yang menghadapinya sekarang?
Hai orang Kristian, kamu dahulu merupakan orang yang paling miskin daripada yang miskin. Kamu dahulu rosak, ketandusan, dan terkutuk! Kamu dahulu merupakan penjenayah yang menuju ke neraka. Tetapi Yesus Kristus telah memberi nyawanya untuk menebusmu daripada dosa dan maut dan menjadikanmu seorang anak Allah dengan warisan yang abadi. Syukur! Dapatkah kamu ingat sejarahmu yang buruk dan pengampunan besar yang telah diberi kepadamu dengan percuma lalu mengampuni orang yang berdosa terhadapmu (Mat 18:21-35)? Atau adakah kamu seperti suatu hujan ribut yang menyapu sampai ketandusan makanan?
Tuhan Yesus Kristus telah bermula dari darjat rendah sebagai anak tukang kayu dan naik ke darjat tinggi sebagai Penguasa para raja di bumi (Wah 1:5). Adakah Dia ingat dan mengasihani kamu yang berada dalam keadaan yang lemah dan yang berada dalam pencubaan yang sukar? Sememangnya demikian! (Maz 103:13-14; Ibr 2:17-18; 4:14-16). Daud menulis ini tentangNya, “Dan dia akan menjadi seperti cahaya pada waktu pagi, ketika matahari menyinsing, bahkan suatu pagi yang tiada awan; dan seperti rumput yang lembut yang bercambah keluar dari tanah bumi oleh sinaran terang selepas hujan” (2Sam 23:4).