Amsal · Proverbs

28:4
Mereka yang mengabaikan hukum memuji orang durjana: tetapi yang berpegang pada hukum berjuang menentang mereka.

Cara terbaik untuk menentang filsafat dan gaya hidup durjana di generasi ini ialah kehidupan yang wajar. Kamu dapat membuat pernyataan dan gambaran yang sungguh berkuasa untuk kebenaran dan hikmah melalui perilakumu. Kamu tidak perlu membuka mulutmu pun untuk berbalah demi kesalihan.

Jika kamu berkompromi dengan perintah-perintah Allah dalam kehidupanmu, kamu memuji dan mengesahkan orang durjana dengan bersetuju dengan mereka terhadap Allah. Daripada memuji orang durjana kerana kebebalan dirimu, sanjungilah kewajaran dan kutukilah orang berdosa dengan menunjukkan akhlak mulia kesalihan.

Ia mudah untuk mengkritik pendapat dan perilaku cabul masyarakat yang membenci Allah. Kebebalan para pendosa ternyata di mana-mana jua. Tetapi perkataan itu tidak bernilai, dan perkataan juga sungguh kosong, jika kamu berkompromi dengan kebenaran dalam kehidupanmu. Dapatkah kamu mengenalpastikan ketidaktetapan ini sebagai kemunafikan?

Banyak para pendosa memperbenarkan sikap tidak peduli mereka bagi Allah, agama, atau kewajaran dengan memakai dalih kemunafikan orang lain. Dalih ini memang akan ditolak oleh Yesus Kristus pada Hari Penghakiman yang dahsyat, tetapi ia juga sekarang menunjukkan kerosakan dan bahaya oleh para percayawan yang menghidupi kehidupan yang badaniah.

Jika orang durjana melihat kompromi dan ketidakcekalan dalam kehidupanmu, mereka akan diperkuatkan dalam kebebalan dan dalam pemberontakan mereka. Mereka akan dihiburkan kerana kamu tidak lebih berbeza daripada mereka, jadi, mereka akan terus melanjutkan jalan jahat mereka tanpa apa pun semakan kepada hati nurani mereka.

Orang Kristian sejati ialah kelompok yang sungguh kecil, jadi Yesus memanggil mereka garam bumi dan cahaya dunia (Mat 5:13-16). Jika kamu berkompromi, kamu akan menghilangkan kemasinanmu dan langsung tidak berguna. Jika cahayamu tidak bersinar dengan cerah, kamu menyumbang kepada kegelapan dunia.

Dosa ialah dosa. Melanggari satu perintah sedang melanggari segalanya (Yak 2:10). Jika kamu mencemuh hal liwat/sodomi, tetapi berkhayal tentang perzinaan atau menipu pasanganmu daripada seks yang kerap, kamu sama jahat dengan peliwat itu, dan kamu seorang yang munafik (Yak 2:11-13). Allah akan menghakimi kemunafikan yang sedemikian.

Memegang hukum menentang orang durjana – ia berperang dan menyanggah mereka. Tetapi pengabaian hukum memuji orang durjana. Jika kamu main tipu dan berkompromi dengan tahap kekudusan kewajaran Allah, kamu sedang memuji para pendosa dengan pilihanmu untuk melanggari hukum Allah seperti yang dibuat mereka.

Daripada bermogok terhadap klinik pengguguran anak, lebih baik kamu mengasihi dan mendidik anakmu oleh Firman Allah. Suatu keluarga yang mengasihi dengan anak-anak yang salih dan yang taat di kalangan orang awam akan lebih menentang hal penguguran anak daripada mana-mana pun perbincangan dengan para pembunuh yang kurang berakal yang memasuki pusat pembunuhan kanak-kanak.

Sungguh tidak senang hati dengan kadar penceraian di negara? Maka berpegang kepada perkahwinan yang sempurna. Penceraian hanya merupakan salah satu aspek perkahwinan; ada banyak lagi. Di manakah kamu berkompromi di dalam perkahwinanmu? Sudahkah kamu menyelidikinya dengan cahaya Kitab Kudus?

Marah tentang sikap para pemuda pada zaman ini? Pastikan kamu menuruti had kelajuan jalan untuk menghormati kekuasaan sivil, lebih keras bekerja daripada rakan sekerjamu untuk menghormati kekuasaan syarikat, menunduk kepada suamimu untuk menghormati kekuasaan perkahwinan, dan taatilah pastormu untuk menghormati kekuasaan agama.

Sudah mual mendengar tentang pelajaran evolusi? Jalani hidup yang menunjukkan kamu mengenal Pencipta! Jalani hidup yang menunjukkan kamu diciptakan untuk kemuliaanNya, dan Dia ada hak untuk mengarahkan hal-hal kehidupanmu. MuliakanNya dalam segalanya yang dilakukanmu, dan berucaplah tentang Dia sebagai Sang Penciptamu. Kamu dapat mengutuk fahaman evolusi dengan cara yang mudah ini.

Kristian yang badaniah ialah kebiasaan pada zaman kini. Ia mengasihi kenikmatan lebih daripada Allah dan ada suatu bentuk kesalihan tanpa apa pun kuasa kesalihan. Kecamlah para pengkompromi ini dengan mengasihi Allah lebih daripada kenikmatan dan menyanjungi kekuasaanNya di dalam kehidupanmu lebih daripada hanya di kebaktian gereja.

Hai pembaca Kristian, kehidupan yang salih di setiap bahagian kehidupanmu mengindahkan injil (Tit 2:1,10; Flp 1:27) dan melindunginya daripada tuduhan-tuduhan orang durjana (1Tim 5:14; 6:1; 1Pet 2:12). Matlamatmu adalah untuk menjadi anak Allah yang tidak tercela dan yang tidak berbahaya di tengah-tengah bangsa yang bengkok hati dan yang cabul dan untuk menjadi cahaya di dunia bagi kemuliaan Allah (Flp 2:15; Mat 5:16).