Amsal · Proverbs

29:12
Jika seseorang penguasa mengendahkan bohong, semua hambanya adalah durjana.

Para pemimpin menggalakkan baik atau jahat melalui pengaruh mereka. Dengan adanya kekuasaan adanya tanggungjawab, sebab dosa oleh seorang pihak berkuasa akan menjadikan banyak orang lain berdosa juga kerana pengaruh yang dia ada terhadap negara. Rakyat menjadi serupa penguasa. Seperti kawanan burung bangau terikut-ikut dengan hanya seekor bangau yang terbang, demikian juga bangsa-bangsa.

Ketika penguasa sivil menerima atau membenarkan bohong atau korupsi yang lain, kabinetnya dan kemudian kerajaannya dan kemudian negaranya akan terikut-ikut. Orang yang sekali berdosa itu sekarang bersalah untuk banyak dosa. Ia tidak kira apa yang disebut secara rasmi atau tidak rasmi, rakyat mengikut teladan.

Solomo mengajar anak lelakinya tentang sains politik. Untuk menyediakan suatu kerajaan yang salih pada masa depan, dia memberi amaran tentang kuasa pengaruh dari atas ke bawah. Dua faktor menggandakan dosa seorang penguasa – skandal dan teladan – beritanya lebih cepat merebak dan lebih meluas, dan banyak yang akan mengikutinya.

Berbohong ialah dosa yang terpilih di sini, walaupun peraturan amsal ini berkaitan kepada apa pun kedurjanaan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa. Para pemimpin diampu kerap kali, tetapi mereka tidak harus mengendahkan apa pun bohong demikian supaya jangan ia mengkorupsikan orang lain.

Para penguasa meluaskan kedurjanaan melalui penugasan. Mereka pilih dan menugaskan orang kepada peranan-peranan kerajaan yang ada moral dan agenda yang serupa dengan dia, dan itu banyak mempengaruhi akhlak pentadbiran tersebut dan seterusnya akhlak seluruh negara. Seseorang pemerintah yang mendengar bohong tiada apa pun keraguan untuk mengisi jawatan-jawatan dengan orang yang akan mengampu dia dengan bohong atau tidak jujur dalam hal-hal yang lain.

Para pemerintah meluaskan kedurjanaan melalui undangan. Para pegawai tahu kekuasaan mereka memerlukan sikap berhati-hati untuk kejituan dan kebenaran dalam urusan mereka. Tetapi ketika seseorang kepala menyambut ketidakjujuran, maka ia mengundang orang yang kurang cermat dan yang bercita-cita korupsi untuk tampil ke depan. Ia menggalakkan orang dengan niat yang durjana untuk menggalakkan program-program mereka melalui perdayaan atau melalui tipu muslihat.

Para penguasa meluaskan kedurjanaan melalui peniruan. Seperti kanak-kanak belajar dengan cara memerhatikan ibubapa atau pengikut yang lebih tua, demikian juga orang bawahan belajar kepentingan kejujuran melalui teladan para pemimpin mereka. Jika dia menyambut bohong atau mengucap bohong, maka mereka akan mengikuti pimpinannya. Dengan dasar itu, Raja Ahasyweros dari Persia telah menceraikan permaisuri Wasti untuk mengekalkan aturan perkahwinan di empayarnya (Ester 1:10-20).

Para penguasa meluaskan kedurjanaan melalui hal mengampu. Jika seseorang penguasa membenarkan apa yang tidak jujur, maka orang yang mencari keredaannya akan rasa bebas untuk mengucapkan apa pun kepadanya untuk mengaguminya. Keinginan untuk menyenangkan seseorang penguasa akan sendiri menjanakan korupsi, tetapi lebih teruk jika seseorang penguasa adalah durjana (Ams 23:1-3). Sementara Raja Ahab berbohong, para nabinya berbohong dengan meliar kepadanya untuk menyenangkannya (1Raj 22:2-12). Doeg memenangi keredaan Saul juga dengan kejahatan.

Para penguasa meluaskan kedurjanaan melalui perkaitan. Burung-burung yang sama jenis menjadi kawanan sesama diri. Sementara berbohong boleh diterima, maka para pembohong akan berkumpul kepada punca kebebasan dan perlindungan. Sepasti burung unta yang berkumpul mengelilingi bangkai, demikian juga para pembohong berkumpul berdekatan seorang pegawai yang korupsi. Orang benar membenci para pembohong dan para pembohong membenci orang benar, dan oleh demikian perpisahan politik akan lekas terjadi.

Para penguasa meluaskan kedurjanaan melalui penyisihan. Ketika bohong diterima dan/atau dipakai, langkah demikian terhadap kedurjanaan menyebabkan orang benar untuk menahan diri, menyembunyikan diri, atau meninggalkan jawatannya (Ams 28:12,28; 29:2). Dengan itu, tanpa suatu serangan terbuka, orang jujur disisihkan daripada jawatan yang berpengaruh. Keterpencilan Daniel pada zaman pemerintahan Belsyazar adalah disebabkan oleh raja pun kehidupan yang berdosa (Dan 5:10-16).

Para penguasa meluaskan kedurjanaan melalui keterbiaran. Orang-orang bawahan harus melindungi orang atasan daripada bohong. Mengapakah mereka tidak mungkin berbuat demikian? Mereka mahu mengekalkan jawatan yang dipegang mereka! Ia lebih mudah untuk mengikuti arus daripada menentang arus untuk mendedahkan sesetengah gagasan yang dipersembahkan dengan baik sekali sebagai bohong. Mereka merupakan para penasihat yang durjana yang mengikuti kerosakan raja mereka, seperti para penasihat kepada para penguasa membuktikan itu sampai kepada hari ini.

Ia tugasmu untuk melindungi pihak berkuasa daripada bohong. Para pekerja harus melindungi majikan mereka daripada bohong yang datang dari sumber mana-mana pun, meskipun bos sudah terpikat benar dengan gagasan yang salah itu. Kanak-kanak bukanlah pembawa mulut ketika mereka memberitahu ibubapa tentang seseorang adik yang sedang berbohong. Oleh sebab keterbatasan dalam manusia, pihak berkuasa memerlukan orang-orang di sekitarnya untuk melindungi dirinya daripada usaha-usaha untuk memperdaya dirinya.

Daripada mendengar bohong atau mengucap bohong, para pemimpin di kekuasaan tertinggi haruslah orang benar yang dengan tekun menyelami segala hal (Kel 18:21; Ams 25:2). Mereka tidak harus tahan suatu bohong (Ams 12:22). Daud merupakan raja sedemikian, dan dia tidak akan membenarkan orang tidak jujur mendekatinya (Maz 101:3-8). Sikap berhati-hati yang teliti untuk kewajaran dan kebenaran inilah yang mengekalkan para penguasa (Ams 16:12; 20:28).

Daud membenci bohong, meskipun ia dipakai untuk mengampu dia berkenaan jawatannya sebagai seorang raja. Adanya seorang Amalek yang berbohong kepada Daud bahawa dia telah menemui Raja Saul terluka dan telah membunuh dia. Dia memberitahu bohong ini dengan harapan untuk memenangi keredaan Daud kepada dirinya dan memperoleh kedudukan atau ganjaran. Apakah yang dibuat Daud? Daud membunuhnya kerana telah menyentuh raja yang diurapi Allah (2Sam 1:1-16).

Kejujuran dan kebenaran hanya sebahagian kewajaran yang akan merosot di bawah seorang penguasa yang berkompromi atau yang durjana. Solomo juga telah mengajar bahawa kebebalan untuk mengaburkan batasan-batasan ekonomi dan batasan-batasan kekuasaan ialah kebebalan yang telah dibuat dari pihak atasan sampai ke bawah (Pkh 10:5-7). Pemerhatian kepada kebanyakan kerajaan dan negara patut menunjukkan bagaimana perangai pemimpin mereka menular kepada orang-orang bawahan.

Peraturan hikmah politik ini juga benar kalau diterbalikkan. Seseorang pemimpin dengan para penasihat yang durjana akan mengkorupsikan integritinya sendiri dan juga pentadbirannya (Ams 25:4-5; 1Kor 15:33). Oleh demikian, wanita pertama [isteri kepada pemimpin] yang durjana juga berbahaya, seperti Izebel dan Ahab (1Raj 21:25). Dengan dasar itu, Solomo dengan berhikmah memberi arahan awal-awal pada pemerintahannya untuk menghapuskan Abyathar, Yoab, Simei, dan Adonia.

Pelajaran ini juga adalah untuk ibubapa. Apapun kompromi yang kamu benarkan akan menular. Orang dewasa munafik akan memperanakkan budak-budak yang munafik. Jika kamu menghormati atau melindungi seseorang anak yang berdosa, maka kamu akan menggalakkan dosa di kalangan anak-anakmu, tidak kira apa pun yang kamu ucapkan. Kanak-kanak belajar lebih melalui cara mengikut teladan daripada pendidikan. Ia suatu pepatah di Israel, Begitu ibu, begitu anak perempuan. Hai ibubapa, berhati-hati.

Untuk menyelamatkan gereja-gereja Allah daripada pemerintahan berhikmah pengaruh yang mengkorupsikan ini, Paulus telah mengarahkan Timotius untuk mengawasi kehidupan peribadinya, supaya jangan kegagalan untuk melakukan demikian akan mengkorupsikan orang yang di bawah jagaan pelayanannya (1Tim 4:16). Dan ketika dia mentahbiskan orang ke jawatan seorang hamba Allah, dia harus sungguh berhati-hati supaya dia hanya mentahbiskan orang yang suci dan yang tidak bercela (1Tim 5:22).

Yesus Kristus adalah benar dan setia; Dia Raja yang membenci pembohong dan bohong. Dia akan melemparkan mereka semua ke dalam lautan api (Wah 21:8,27). Oleh sebab Dia mengasihi kewajaran, Allah menyanjungi cokmar dan takhta kerajaanNya selama-lamanya (Maz 45:6-7; Ibr 1:8-9). Taruhlah segala kepercayaanmu kepadaNya untuk sekarang dan untuk akhirat. Dia akan menunggangbalikkan semua raja yang berbohong (Pkh 5:8; Wah 2:26-27).