29:11
Orang bebal menuturkan segala mindanya: tetapi orang berhikmah menyimpannya di dalam sehingga kelak.
Kamu tidak perlu menyatakan segalanya sekarang juga. Ada masa untuk menahan ucapan – dan ada masa untuk berucap dan memberitahu segalanya. Orang berhikmah tahu apa untuk dibuat sebelum bercakap dan bila untuk bercakap, tetapi orang bebal mencurahkan segalanya tanpa persiapan atau fikiran.
Orang bebal cakap banyak. Mereka tidak dapat menutup mulut mereka. Apa pun fikiran yang paling kecil, tak kira betapa tak penting, tak kira betapa tak terpelajar, tak kira betapa tak wajar, harus terpancar keluar. Tetapi orang berhikmah bercakap dengan berhati-hati. Dia tidak berucap dengan melulu, atau tanpa berlajar terdahulu, atau menawarkan pendapat-pendapat sebagai kebenaran. Dia menguasai mulutnya untuk memilih kata-kata berhikmah dan menunggu untuk waktu yang sesuai.
Si mulut murai ialah si bebal. Jika dia bercakap dengan angkuh, melulu, atau dengan lantang, dia telah mengesahkan kebebalannya dengan lebih lanjut. Seorang bebal suka bunyi suaranya sendiri, dan dia berfikir bahawa orang lain patut menyukainya juga. Dia memikir dirinya ada hikmah untuk dikongsikan, dan dia memikir orang lain diberkati kerana mendengarnya. Jadi, dia menjadi marah ketika dia akhirnya diasingkan oleh sebab ucapannya yang jahil dan yang menjelekkan.
Salomo berkata ada waktu untuk segalanya: “waktu untuk berdiam, dan waktu untuk berucap” (Pkh 3:7). Tetapi mengenal waktu yang baik memerlukan budi bicara dan kehematan, dua cabang hikmah yang si bebal tidak pernah pertimbangkan. Selama dia ada udara untuk bernafas (dan perut yang kenyang juga membantu), dia akan mengeluarkan isi otaknya yang bersaiz kacang hijau melalui mulutnya (Ams 30:22; Pkh 10:12-14).
Jika si bebal dapat menutup mulutnya, dia akan dianggap berhikmah (Ams 17:27-28). Tetapi dia tidak dapat melakukannya, sebab dia tidak pernah menahan ucapannya sepanjang hidupnya: dia tidak ada baik kehendak mahupun kuasa untuk melakukannya. Dia kena mencurahkan gagasan-gagasannya yang bebal dengan harapan untuk memuaskan keangkuhannya yang terkacau, tetapi ia tidak akan terjadi; ketika dia habis bercakap, dia masih kekal bercakap (Ams 15:2).
Tiada apa pun yang berakhlak mulia dalam hal “suka berterus-terang.” Ia hanya satu lagi istilah bagi seorang bebal! Ia lebih baik untuk menyimpan kata-kata itu dan biar ia bercerai dalam hempedu hatimu dan mengalir ke dalam saluran tubuhmu. Ia lebih baik untuk bermohon kepada Tuhan untuk mengekalkan suatu kekang pada mulutmu dan menahan pintu bibirmu (Maz 141:3). Jangan meluahkan kata-katamu!
Banyak hal – kata-kata kosong, kekotoran, ucapan bebal, bergurau, mengumpat, membawa mulut, dan memfitnah – tidak harus diucapkan (Ams 10:18; 11:13; 25:23; Mat 12:36; Efe 5:3-5). Dan banyak perkataan menambahkan kemungkinan untuk berdosa (Ams 10:19; Pkh 5:3). Betapa banyak kerosakan dan kesakitan dapat dielakkan dengan mengurangkan kata-katamu (Ams 12:18)? Oleh sebab itu, semakin kurang, dan semakin teliti terpilih, dan semakin perlahan, segala perkataanmu, semakin baik (Yak 1:19).
Murka si bebal dapat diketahui dengan lekas, sebab dia tidak dapat menahan kata-kata marahnya (Ams 12:16). Si bebal mencurahkan karut yang tidak terpelajar, dan yang lebih teruk, pendapat-pendapatnya; tetapi orang benar belajar sebelum menjawab apa pun (Ams 12:23; 13:16; 15:28). Si bebal menunjukkan kebebalannya dan keaibannya dengan menjawab sesuatu perkara sebelum mendengar ia dibentangkan dengan sepenuh-penuhnya (Ams 18:13). Dia tidak dapat menguasai rohnya, dan demikian membuktikan dirinya sebagai seorang yang gagal dan tiada harapan di kalangan manusia (Ams 16:32; 25:28).
Orang berhikmah menahan ucapan mereka (Ams 17:27-28). Mereka belajar sebelum menjawab (Ams 15:28). Mereka perlahan untuk berucap (Yak 1:19). Mereka memilih kata-kata mereka dengan teliti dan menunggu untuk waktu yang sesuai untuk menyatakannya (Ams 15:23; 24:26; 25:11). Budi bicara dan kehematan ialah penjaga hikmah – mereka menahan kata-kata dan tindakan-tindakan sehingga kamu menanggap situasi dengan cukup jelas dan dapat memilih suatu respon yang salih (Ams 12:23; 13:16; 14:8; 16:21; 19:11; 22:3).
Orang berhikmah menyimpan kata-kata di dalam “sehingga kelak”! Sehingga kelak apa? Sehingga mereka membiarkan keghairahan lesap dan dapat berbicara dengan hemat (Ams 19:11; Yak 1:19). Sehingga mereka memakai dan mengamalkan Alkitab dengan wajar kepada situasi dan menemui respon salih dan belas ihsan yang dapat diberikan (Maz 119:11; 1Kor 13:4-7). Sehingga mereka belajar memberi sesuatu jawapan dengan kepastian firman kebenaran (Ams 15:28; 22:17-21). Sehingga mereka menguduskan Tuhan Allah dalam hati mereka (1Pet 3:15). Sesudah mereka mendengar keseluruhan hal itu, dan sesudah ada orang yang dengan ikhlas menanya untuk respon mereka (Ams 18:13; 25:6-7).
Simson meluahkan segala hatinya, dan itu telah merugikannya; dia tidak dapat menahan godaan Delila untuk membuka hati dan membocorkan rahsia (Hak 16:17). Namun Abigail, seorang wanita yang cantik yang memiliki pemahaman yang baik, menunggu sampai masa yang sesuai untuk menyampaikan berita buruk kepada suaminya (1Sam 25:36). Tuhan memberitahu Samuel untuk menjawab Saul hanya separuh daripada fikirannya (1Sam 16:1-3), dan ketika berada di perbicaraan mahkamah, Paulus hanya mengisytiharkan sebahagian daripada hubungannya dengan orang Farisi (Kis 23:6).
Orang Kristian, untuk menjadi berhikmah dan mengelak kebebalan, harus berjaga-jaga dalam perangainya – menyiasaat segala keadaan dari segala aspek (Efe 5:15). Kata-kata mereka haruslah kebanyakannya berbudi baik, dengan hanya perasa garam, dan tujuannya hanya selalu untuk membangun (Efe 4:29; Kol 4:6). Dapatkah kamu menahan diri daripada meluahkan seluruh fikiranmu pada hari ini? Dapatkah kamu menunggu sehingga kamu ada kata-kata yang sesuai dan peluang yang sesuai untuk menyatakannya? Moga-moga Allah memberkatimu.