29:13
Yang miskin dan si penyesat bertemu bersama: TUHAN mencahayakan mata kedua-dua mereka.
Orang miskin dan penipu ada suatu kesamaan – Allah mengekalkan dan mengarahkan mereka berdua. Orang lain memandang dua jenis orang ini sebagai amat berbeza, dan mereka kerap kali memandang hina satu sama lain, tetapi mereka berdua bergantung sepenuhnya kepada bekalan Allah yang berbelas kasihan bagi kehidupan ini dan kepada kemurahan Allah bagi keselamatan besar di akhirat.
Satu lagi amsal ada perkataan yang amat serupa, “Orang kaya dan orang miskin bertemu bersama: TUHAN merupakan pencipta mereka semua” (Ams 22:2). Kedua-dua kata penerang ini ialah antonim – langsung bertentangan. Dan maksudnya cukup jelas: Allah telah menciptakan kedua-dua jenis orang ini - orang kaya dan orang miskin.
Amsal ialah kata-kata pujangga, maka telitilah betul-betul perkataannya di sini (Ams 1:6). Ketika miskin dan tipu dibandingkan, sementara merupakan kata sifat yang sungguh berbeza, ada lebih daripada maksud itu. Perbandingan yang dibuat Solomo adalah di antara orang miskin yang jujur dan orang kaya yang penipu.
Adakah ia betul untuk menambahkan perkataan kepada suatu nas Alkitab? Ketika adanya elipsis, ya. Apakah maksud elipsis? Ia mengeluarkan perkataan dengan sengaja untuk membentuk misteri, pembelajaran, keindahan kesusasteraan, atau kekuatan penegasan. Inilah kiasan yang mewajibkan penambahan semula kata-katanya untuk mendapatkan maksud penuh nas firman itu.
Suatu contoh yang baik ialah Amsal 18:22, yang sementara bukan sembarangan isteri boleh jadi; kata sifat “baik” haruslah ditambahkan. Kata-kata “menjadi penaja jamin” haruslah ditambahkan kepada Amsal 20:16, kata-kata, “lebih baik memilih” kepada Amsal 22:1, dan kata sifat “kaya” haruslah ditambahkan kepada Amsal 19:1. Sebenarnya, amsal yang sedang dibaca ini memerlukan tambahan perkataan “orang” di depan kata sifat miskin!
Sama seperti ragam amsal-amsal Solomo, dua orang yang bertemu bersama haruslah bertentangan dalam sesuatu untuk memberi maksud kepada amsal ini. Sementara salah satu orang ditandai dengan kemiskinan, dan satu lagi ditandai dengan sikap penipu, maka seluruh maksud perbandingan ini ialah orang miskin yang jujur dan orang kaya yang penipu.
Di dalam Amsal dan untuk seluruh Alkitab, kekayaan kerap kali dikait rapat dengan perdayaan, sebab ia memperdayakan orang dan ia kerap kali diperoleh dengan penipuan (Ams 23:1-5; Mat 13:22). Suatu amaran Amsal adalah untuk orang kaya berhati-hati bagaimana mereka melayani orang miskin (Ams 22:16; 22-23).
Di sini kamu ada orang miskin yang jujur dan orang kaya yang penipu. Mereka bertemu bersama dalam kehidupan dan perniagaan, sebab dunia ada banyak orang yang kedua-dua jenis itu. Walaupun berbeza dalam sekurang-kurangnya dua aspek ini, mereka serupa dalam kebergantungan mereka kepada Allah Yang Maha Kuasa untuk mencahayakan diri mereka.
Bagaimanakah Allah mencahayakan kedua-dua mereka? Solomo memakai cahaya untuk kehidupan (Ams 13:9; 16:15; 20:20; 24:20; Maz 13:3), untuk pemahaman (Ams 4:18; 6:23), dan untuk berkat (Ams 15:30). Allah memberi nyawa kepada mereka berdua (Ams 22:2), menyebabkan mereka berdua untuk melihat (Ams 20:12), dan menyampaikan sinaran matahari kepada mereka berdua (Mat 5:45).
Apakah doktrin atau pembelajaran yang dimiliki amsal yang kabur ini bagi hikmah? Ada lebih di sini daripada hanya suatu pemerhatian oleh Raja Solomo. Ia tugas pembaca untuk menyelami ayat berilham yang singkat ini dengan perbandingan ayat lain dalam Alkitab untuk mengeluarkan pelajaran-pelajarannya untuk pengetahuan dan pemahaman.
Allah berdaulat sepenuh-penuhnya atas semua manusia, termasuk orang miskin dan para penindas yang kaya. Ingat, “TUHAN telah menjadikan segala sesuatu untuk diriNya sendiri: ya, bahkan orang jahat bagi hari malapetaka” (Ams 16:4). Orang penipu bukanlah suatu kekecualian, sebab Ayub menyatakan tentang para pembohong, “yang tertipu dan yang menipu dimilikinya” (Ayb 12:16). Allah dengan berdaulat memerintah atas orang kaya dan yang miskin.
Walaupun kamu mungkin tidak menghormati salah satu daripada mereka atau tidak menghormati kedua-duanya, pemerintahan Allah atas dunia memakai kedua-dua jenis orang itu. Dia tidak memandang bulu, kerana kekayaan dunia langsung tidak bermakna bagi Dia, namun takut akan Allah dan kerja kewajaran, meskipun oleh orang miskin, banyak bererti (Kis 10:34-35).
Allah dapat mencahayakan orang miskin untuk memahami lebih daripada orang kaya (Ams 28:11; 18:17; Pkh 9:13-16). Pengetahuan Allah tidak boleh diperoleh di sekolah sukan yang berprestasi tinggi. Orang yang miskin dalam hal dunia ini dan juga miskin dalam roh ialah orang yang akan bertemu dengan Allah (Yes 57:15; 66:1-2).
Allah boleh mencahayakan orang miskin dengan hikmah untuk menjadikannya lebih berjaya daripada orang kaya (Ams 19:1; 16:19; 28:6). Jangan biar dunia menterbalikkan aturan ini. Hikmah adalah lebih baik daripada kekayaan dan apa pun yang dapat ditawarkan dunia ini (Ams 3:13-17; 8:11; 15:16-17; 16:8,16; 17:1).
Orang kaya memerintah dengan kelebihan ekonomi mengatasi orang miskin, dan si penghutang harus melayani si pemiutang, namun Allah melindungi salah satu dan menghukum yang satu lagi (Ams 14:31; 17:5; 21:13; 22:7,9,16; 28:8). Allah tentulah membalas pencurahan darah Nabot dengan membunuh Ahab dan Izebel (2Raj 9:21-26).
Keadaan-keadaan, seperti kemiskinan atau kekayaan, tidak membuktikan kasih Allah (Pkh 9:1). Orang kaya dunia ini secara am adalah orang jahanam (Maz 17:14; 73:12), dan Allah telah memilih sebahagian besar anak-anakNya untuk diperanakkan dari antara orang miskin (1Kor 1:26-29; Yak 2:5).
Rahmat Allah boleh mencapai yang paling miskin – Lazarus, si pengemis itu; Allah boleh juga dengan benar menolak yang paling kaya – orang kaya yang hidup dalam kemewahan (Luk 16:19-23). Ia merupakan rahmat yang berdaulat, iaitu belas kasihan Penguasa Yang Mutlak, yang menjadikan perbezaan abadi yang sedemikian di kalangan kaum manusia (Rom 9:21-24).
Allah boleh mencahayakan pemeras kaya seperti Zakheus untuk menghentikan kerjayanya dan memberi kepada orang miskin (Luk 19:1-10), memanggil seorang pemungut cukai seperti Matius, atau Lewi, untuk menjadi rasul (Mat 9:9), atau mencahayakan orang kaya yang angkuh dengan kematian bahawa barang-barang dunia tidak penting (Luk 12:15-21).
Orang miskin tiada lebih kelebihan untuk rahmat Allah daripada orang kaya, dan juga sebaliknya. Mereka berdua akan menolak injil Yesus Kristus kecuali dan sehingga Allah menyelamatkan mereka dan mencahayakan mata mereka untuk melihat dan percaya (Yoh 3:3; 6:44; 8:45; 10:26; Efe 2:1-3; Tit 3:5).
Biar pertimbanganmu akan orang kaya dan orang miskin bersandar kepada Yesus Kristus dan orang yang percaya kepadaNya. Paulus telah menulis, “Sebab kalian tahu rahmat Tuhan Yesus Kristus kita, bahawa, walaupun dia kaya, namun demi kalian dia menjadi miskin, supaya kalian melalui kemiskinannya dapat menjadi kaya” (2Kor 8:9). Banyak orang pilihan Allah adalah miskin di bumi ini, tetapi mereka akan menjadi kaya dengan tidak terhingga untuk selamanya.