3:19
TUHAN oleh hikmah telah mengasaskan bumi; melalui pemahaman dia telah memantapkan syurga.
Biar Allah benar, tetapi setiap orang pembohong (Rom 3:4)! Di sinilah kebenaran yang hebat tentang asal usul bumi dan syurga. Apa pun sains yang bercanggah dengannya adalah sains palsu (1Tim 6:20-21). Supaya kamu menghargai hikmah dalam Amsal Solomo, Allah telah memakai hikmah itu untuk menciptakan alam semesta.
Kebanyakan orang pada zaman kini percaya bahawa bumi dan syurga ialah hasil suatu letupan kosmos – letupan besar. Mereka percaya bahawa keajaiaban aturan, keindahan, bentuk, kehidupan, kepandaian, kesedaran, jantina, roh binatang, kemampuan membiak, dan jiwa-jiwa manusia, di antara bertrilion-trilion aspek alam semesta yang lain, adalah hasil daripada pembakaran gas di angkasa lepas!
Huru-hara yang telah membawa segala tersebut untuk wujud secara nasib! Sekarang teori itu memang memerlukan iman yang sungguh besar – keyakinan kepada bayangan manusia yang berspekulasi, tanpa bukti untuk menyokong, dan dengan segala pengalaman kita menyangkal kemungkinan yang paling kecil pun bahawa demikian telah terjadi. Dan lebih banyak pendidikan seseorang dapat, lebih yakin mereka akan khayalan yang sebegitu karut itu. Pendidikan tinggi kononnya!
Kanak-kanak pun lebih tahu daripada mereka. Sebab, “Pada mulanya Allah telah menciptakan langit dan bumi” (Kej 1:1). Sebab, “Melalui iman kita memahami bahawa kesemua alam itu dibentuk oleh firman Allah, jadi apa yang dapat dilihat tidak dijadikan oleh apa yang ternampak” (Ibr 11:3). Seorang anak boleh membaca, menghafal, dan memahami bahawa satu-satunya kitab yang benar itu mengisytiharkan ciptaan.
Manusia pada zaman kini adalah bodoh seperti batu. Mereka berhujah daripada spekulasi sahaja kerana membenci dan memberontak terhadap Pencipta mereka. Hikmah menghujah dari iman melalui ciptaan yang nyata dan sudah tentu daripada wahyu berilham dalam Alkitab. Kebenarannya yakin dan pasti, tetapi hanya orang yang ada iman dapat melihatnya dan berpegang kepadanya (2Tes 3:1-2). Terima kasih, Tuhan, untuk pemberian iman.
Segala fikiran tentang asal usul, pandangan dunia, kebenaran, dan hikmah bermula dengan anggapan – aksiom yang dianggap sebagai terbukti. Para pembenci Allah, seperti Stephen Hawkings atau Bill Nye, menganggap bahawa tiada Allah atau wahyu ilahi supaya dapat menggantikan ciptaan dengan teori evolusi. Para percayawan menganggap kewujudan Allah melalui iman dan bukti yang ternyata dalam ciptaan; mereka menganggap Alkitab ialah wahyu ilahi oleh iman dan bukti yang ada di dalamnya.
TUHAN dan Solomo mahu kamu belajar hikmah dan pemahaman (Ams 3:13,21), sebab manfaat memilikinya adalah banyak benar dan sungguh mulia (Ams 3:14-18,22-26). Tetapi dari manakah datangnya hikmah, dan berapa berharga nilainya? Kamu ada amsal ini, dan kesimpulannya dalam Amsal 3:20, untuk memprovokasi penghargaan yang lebih besar bagi hikmah dengan mempertimbangkan Punca hikmah dan kegunaan hikmah.
Hikmah dan pemahaman adalah daripada TUHAN, Yang memiliki kedua-duanya dengan sukatan yang tidak terhingga; dan Dia memakainya untuk mengasaskan bumi dan memantapkan syurga. Hikmah dan pemahaman adalah apa yang memandu Sang Pencipta Allah dalam pembentukan alam semesta. Sekarang adakah kamu berminat untuk memperoleh hikmah? Sekarang adakah kamu rela untuk mendengar, sementara Solomo mengajarmu takut akan Tuhan?
TUHAN Allah Jehovah menciptakan bumi dengan paksinya berada pada 23.5 darjah, maka kamu ada musim dan perubahan cahaya dan malam. Dia telah menciptakan waktu 24-jam yang dipanggil sebagai hari, yang merupakan masa yang secukupnya untuk bekerja, bermain, dan tidur sebelum hari yang kemudian bermula. Senarainya boleh disambung dengan tidak terhingga. TUHAN telah menciptakan segalanya dengan sempurna.
Dia telah memasang bulan untuk mencatat bulan di kalendar, dan bintang-bintang untuk memimpin anak-anak kapal di lautan. Gugusan bintang kekal dalam pelbagai corak yang dipanggil sebagai buruj, dan matahari pun memberi kepanasan yang secukupnya di dalam jarak yang paling sesuai untuk nyawa di bumi bertumbuh dan makmur. Senarainya boleh berterusan untuk selama-lamanya.
Hai pembaca, jika takrif hikmah yang lain belum lagi menggerakkan hatimu, adakah hikmah Allah dalam penciptaan alam semesta menakjubkanmu? Kamu boleh mendapat hikmah Allah, jika kamu mahu terimanya. Kitab Amsal telah ditulis dengan tujuan untuk membantumu menperolehnya, maka perolehnya sekarang (Ams 4:7)!
Dan ingat bahawa segala harta berharga hikmah dan pengetahuan adalah di dalam Tuhan Yesus, Penebus Yang Berbahagia dan yang akan datang tidak lama lagi, Yang telah menciptakan segalanya bagi diriNya sendiri, dan melaluiNya segalanya wujud, dan olehNya segalanya dikekalkan (Kol 1:16-17; 2:3; Ibr 1:3).