Amsal · Proverbs

3:20
Oleh pengetahuannya samudera berpecah, dan awan-awan menurunkan embun.

Apakah maksud kitaran air bagimu? Ia patut menambahkan keinginanmu untuk hikmah. Apa yang orang panggil sebagai “Mother Nature” iaitu Ibu Alam semula jadi ialah suatu khayalan bagi orang yang membenci Allah, sama seperti Santa Klaus dan “tooth fairy” iaitu pari-pari gigi. Allah Yang Maha Besar dengan teliti mencipta dan menguasai segala lautan, mata air, dan kitaran air. HikmahNya, pemahamanNya, dan pengetahuanNya yang tidak terhingga jelas-jelas ternyata di dalam itu.

Oleh ilustrasi bagaimana TUHAN Allah mencipta dan menguasai air, Salomo telah menyanjungi kepentingan tiga perkara – hikmah, pemahaman, dan pengetahuan (Ams 3:19-20). Nilai perkara-perkara tersebut yang berasal daripada ciptaan dan penyediaan nasib Allah patut menyanjunginya kepada dirimu. Pemerhatian kitaran air menyanjungi kemuliaan Allah dan kepentingan pengetahuan yang sejati.

Ketika dia menjadikan bumi, sejak sekitar 6000 tahun dahulu, Allah telah menciptakan hidrogen dan oksigen, dan gabungannya yang membentuk air, tiga bentuk air, dan ciri-ciri tiga bentuk itu, takat suhu yang berbeza bagi bentuknya masing-masing, dan isipadu dan lokasi air ini dalam bentuk-bentuk tersebut di seluruh alam semesta (Gen 1:1-2,6-10). Usaha itu bukan sukar bagiNya (Gen 1:16).

Charles Darwin (1809-1882) tidak dapat ditemui. Hakim segalanya yang berdaulat tidak mengatur supaya dia muncul di bumi untuk sekitar 5800 tahun. Dia sekarang tahu bahawa khayalan-khayalannya adalah bebal, sebab dia sudah bertemu dengan Jehovah, Sang Pencipta syurga dan bumi. Dia membenci bebelan dirinya yang cabul dan yang bebal, kerana dia tahu bahawa ia tidak munasabah dan bukan sains (2Tes 3:2; 1Tim 6:20-21).

Allah telah menyampaikan wap air dari tanah untuk mengairi Taman Eden (Gen 2:6). Di sekitar 2400 Sebelum Masihi, Dia memecahkan mata-mata air samudera dan membuka tingkap-tingkap syurga (langit) untuk membanjiri dunia (Kej 7:11-12). Setahun kemudian, Dia mentahbiskan pembiasan cahaya untuk mengingati Nuh dan orang-orang kudus yang lain bahawa tidak akan adanya banjir lagi yang membanjiri seluruh dunia (Kej 9:12-17).

Kitaran air ialah kepunyaan Allah (Pkh 1:7). Salomo, yang hidup di sekitar 900 SM, tahu tentangnya dengan cukup teliti daripada TUHAN. Elihu, yang tidak pernah menduduki kursus meteorologi pimpinan ahli-ahli Darwin, tahu banyak tentang air. Dia telah menulis tentang awan yang memegang wap air dan menyulingkannya menjadi hujan ke atas bumi (Ayb 36:26-33). Dia telah menulis tentang guruh, kilat, salji, puting beliung, ais, dan banyak lagi aspek air dan cuaca (Ayb 37:1-24). Hanya Allah tahu dengan sepenuhnya mata-mata air lautan, arah kilat, dan misteri-misteri yang lain (Ayb 38:1-41).

Pertimbangkan hujan sebanyak satu inci, yang kerap kali berlaku, yang membawa 10-15 billion gelen air di atas sebuah negeri Amerika yang biasa. Bagaimanakah awan-awan yang bengkak, yang dapat dilalui kapal terbang dengan mudah, mengandungi berbilion-bilion tan air? Tuhan menggantungkannyadengan pengetahuanNya (Ayb 37:16). Dia menghitung awan dan memegang air di dalam kirbat-kirbatnya (Ayb 38:37).

Penemuan-penemuan manusia akan air hanyalah sekadar itu – penemuan. Ia merupakan manusia yang akhirnya menemui apa yang telah dicipta dan ditempatkan Allah dari purba kala. Hikmah seseorang yang semata-mata menemui rekacipta itu adalah dengan tidak terhingga kurang unggul dibandingkan hikmah Sang Pencipta. Rekacipta manusia pun bukan lebih besar. Itu merupakan manusia yang akhirnya memakai apa yang diciptakan Allah atau ciri-ciri yang telah ditahbiskan Allah dari jauh dahulu kala. Hikmah Allah jauh melebihi hikmah manusia seperti cahaya melebihi kegelapan.

Manusia sebegitu jahil sehingga Allah harus membantunya dalam hal penemuan atau dalam hal rekacipta (Ams 8:12; Yes 28:23-29). Kadar kematian ibu ketika melahirkan anak di hospital-hospital Amerika dan Eropah pada abad ke-19 hampir mencapai 25%, sehingga Holmes, Semmelweis, dan Pasteur memanggil doktor-doktor untuk membasuh tangan. Itu amalan yang sudah diwajibkan Alkitab pada 1500 SM dengan air yang mengalir untuk berurus dengan penyakit-penyakit yang berjangkit (Ima 15:5,13). Terpujilah Allah kerana mengongsikan hikmahNya.

Anak Allah Yang Sungguh Berbahagia, Yesus dari Nazaret, mengekalkan segala bentuk air dan segala apa yang lain oleh firman kuasaNya (Ibr 1:3). Molekul-molekul alam semesta berada – dikekalkan melanjut – oleh kuasaNya yang besar (Kol 1:17), sebab di dalam Dia disembunyikan segala harta hikmah dan pengetahuan (Kol 2:3). Allah telah menciptakanNya hikmah bagi faedah umatNya (1Kor 1:30). Manusia akan tidak lama lagi bertemu denganNya sebagai Hakim seluruh alam semesta (Kis 17:30-31).

Hai pembaca, rendahkanlah dirimu di hadapan Sang Penciptamu dan kejarlah hikmah dan pengetahuan FirmanNya dengan segenap hatimu. Tiada lagi sumber cahaya atau pemahaman di tempat yang lain (Maz 119:128; Yes 8:20; 1Tim 6:3-5; 2Tim 3:16-17). Fikiran-fikiran manusia adalah sia-sia. Allah rela untuk mengongsikan hikmahNya dengan orang yang mahu merendahkan diri di hadapanNya.