3:18
Dia merupakan pokok kehidupan kepada mereka yang mendapatinya: dan setiap orang yang mengekalkannya berbahagia.
Ada pokok kehidupan. Kamu telah menemuinya. Kejayaan dan kebahagiaan ialah buahnya, dan kamu boleh memilikinya untuk selamanya. Manusia mencari dengan sia-sia untuk pencapaian hasrat sendiri dan kemakmuran, tetapi kedua-duanya ditawarkan kepadamu pada hari ini. Adakah kamu betul-betul sedang hidup? Kata-kata ini adalah kepadamu daripada Allah dan daripada raja yang paling berhikmah.
Hikmah yang sejati ialah perempuan di sini, yang ditunjukkan oleh kata ganti nama yang berbentuk jantina perempuan dalam Bahasa Inggeris. Kamu akhirnya telah menemuinya. Dia dari dahulu sedang memanggilmu (Ams 1:20-23; 8:1-4; 9:1-6). Dia ada panjang umur pada tangan kanannya dan kekayaan pada tangan kirinya (Ams 3:16). Jalan-jalannya ialah kenikmatan dan damai sejahtera (Ams 3:17). Tiada apa pun dalam dunia boleh dibandingkan kepadanya (Ams 3:13-15). Kasihilah dia!
Puteri Hikmah menawarkanmu kehidupan dan kebahagiaan. Dia pokok kehidupan. Pokok buah-buahan menghasilkan buah untuk perisa dan penyegaran singkat, tetapi buah Puteri Hikmah ialah untuk sepanjang hayat kehidupan yang senang dan yang damai sejahtera. Dia menawarkanmu kehidupan yang selamat, berjaya, dan yang memuaskan. Dia menawarkanmu kepuasan, kebahagiaan, dan kenikmatan. Dia merancang hal-hal ini bagimu kepada tahap yang paling tinggi. Peganglah dia! Jangan biar dia pergi!
Semua orang mahu kehidupan dan kebahagiaan, tetapi kebanyakan orang memandang kepada tempat-tempat yang salah. Dunia tidak boleh membekal bagi mereka, sebab ia membinasakan kehidupan dan kebahagiaan. Pandanglah kepada kehidupan orang yang kononnya dipanggil kaya dan masyhur – mereka melebihi purata masyarakat dalam hal kemurungan, disfungsi, kemabukan, dadah, penceraian, dan maut yang awal, sama seperti Allah telah janjikan (Ams 2:22; 4:19; 5:22-23; 13:15; 22:5, dsb).
Pandanglah kepada mereka! Mereka memikir bahawa dua perempuan di atas katil perkahwinan dan dua lelaki dengan seorang bayi ialah keluarga. Mereka percaya bahawa lebih hutang, baik kerajaan mahupun swasta, akan merawati segalanya. Mereka mengajar bahawa suatu pertemuan dengan keluarga ialah melawat monyet babun di zoo. Mereka bayar banyak kepada doktor sakit jiwa tanpa mendapat apa pun faedah. Mereka meninggalkan pasangan atau saling tukar-menukar pasangan, tetapi tidak pernah menemui kasih atau kebahagiaan. Mereka adalah disfungsi dan tidak berharapan.
Mereka mengejar hiburan, rekreasi, pendidikan, kejayaan perniagaan, kebebasan seksual, harta milik, gaya hidup yang senggang, pasangan yang sempurna, atau tubuh yang sihat, tetapi hal-hal ini tidak membawa kehidupan yang makmur dan yang bahagia. Hanya hikmah boleh memberimu kehidupan yang baik, dan barulah kamu boleh dapat faedah-faedah benar makanan, sahabat, kasih, perkahwinan, seks, harta milik, dsb.
Lihatlah itu! Mereka menulis dan menyanyi tentang kasih. Misalnya Elton John dan lagunya yang bertajuk “Daniel”. Mereka fikir kasih yang paling hebat ialah kasih yang mengasihi diri sendiri – itu mengakui narsisisme mereka dan menghasilkan suatu generasi yang paling mementingkan diri sendiri. Mereka takut akan segalanya; mereka tidak bertanggungjawab untuk apa-apa pun; dan mereka percaya apa pun, kecuali kebenaran. Mereka telah membingungkan kebahagiaan hidup. Kamu memerlukan pokok kehidupan.
Kamu fikir seks akan menjadikanmu bahagia? Hikmah memiliki kebahagiaan seksual. Dunia mengejar kenikmatan ini dengan apa pun cara dengan sesiapa pun, tetapi Allah menciptakan setiap butiran seks. Sebagai Pencipta yang berhikmah, Dia telah memberi peraturan-peraturan untuk kepuasan maksimanya. Solomo bereksperimen dengan 1000 perempuan dan menulis penaakulannya yang berilham di dalam Amsal. Dunia tiada sedikit pemahaman pun akan itu.
Mereka menulis buku panduan seks, tidak mempedulikan kasih atau komitmen, menyanyi tentang itu, membunuh bayi yang tidak diingini, mengupah ibu tumpang, mencubai pasangan seks sejenis, mendedahkannya di tayangan gambar dan di laman web, menggalakkannya di sekolah rendah, menawar ijazah doktor falsafah dalam hal ini, dan mengejar kebahagiaan hidup yang selalu tidak muncul-muncul dengan segala apa pun bentuk jalan yang boleh dibayangkan mereka. Tetapi Allah menyimpan kenikmatan sejatinya bagi orang yang ada pokok kehidupan.
Dunia menggenapi amaran Solomo, “Ada jalan yang nampak betul kepada seseorang, tetapi hujungnya merupakan jalan-jalan maut” (Ams 14:12). Dan jika kamu telah telepas membaca ayat itu, ada satu lagi, “Ada jalan yang nampak betul kepada seseorang, tetapi hujungnya merupakan jalan-jalan maut” (Ams 16:25). Mereka anggap diri mereka betul, tetapi mereka sedang menuju ke maut. Mereka tiada pokok kehidupan.
Solomo mempersonifikasikan hikmah sebagai seorang perempuan yang dirindui dalam beberapa bahagian pertama kitab Amsal (Ams 1:20-33; 2:4; 3:13-18; 4:5-13; 8:1-36; 9:1-12). Dalam bahagian ini, dia telah mengajar bahawa Puteri Hikmah lebih berharga daripada batu-batu permata dan tidak boleh dibandingkan kepada apa pun dalam kehidupan (Ams 3:15), dan dia membawa kehidupan yang panjang umur dengan kekayaan dan kehormatan (Ams 3:16), dan jalan-jalannya menyenangkan dan penuh dengan damai sejahtera (Ams 3:17).
Ada pokok kehidupan di Taman Eden, yang telah tertutup kepada moyang pertamamu yang pemberontak. Ia tertutup oleh para malaikat kerub dengan pedang bernyala (Kej 3:24). Dan ada pokok kehidupan di syurga, yang menghasilkan buah yang istimewa pada setiap bulan setiap tahun, dan yang ada daun-daun untuk penyembuhan bangsa-bangsa (Wah 2:7; 22:2,14). Oleh sebab itu, kiasan metafora suatu pokok kehidupan memang sungguh berkuasa.
Di sini ia menggambarkan sumber kehidupan yang makmur dan yang berjaya. Dengan belajar hikmah dan dengan memperoleh pemahaman, seseorang memiliki dasar bagi kehidupan yang baik dan yang bahagia. Pokok kehidupan menghasilkan buah bagi kehidupan yang ajaib. Setiap orang yang mencari dan memperoleh hikmah telah menemui kiasan metafora pokok kehidupan. Dia boleh dengan bebas memetik buahnya dan menjalani hidup yang elok sekali.
Bagi setiap orang yang berpegang kepada hikmah dan mengekalkannya, hikmah menjadi pokok kehidupan kepada mereka, dan membekalkan sumber dan jalan bagi kejayaan dan kebahagiaan, seperti yang dinyatakan amsal ini. Seks atau apa pun matlamat atau kenikmatan halal kehidupan hanya memuaskan ketika dilakukan menurut peraturan hikmah. Ia jalan untuk, dari setiap segi, memaksimakan kehidupan bagi Allah, orang lain, dan dirimu sendiri.
Kamu telah menemui pokok kehidupan. Kamu telah menemui Puteri Hikmah. Kehidupan dan kebahagiaan ada di hadapanmu. Tetapi kamu harus berpegang kepadanya – kamu harus menjunam ke dalam firman Allah dan belajar takut akan Tuhan, yang adalah permulaan hikmah. Sementara kamu bertumbuh dalam hikmah, kamu harus mengekalkan apa yang telah kamu belajar, kerana dunia, si iblis, dan dagingmu akan cuba merampasnya daripadamu.
Apakah hikmah? Ia takut dan mengasihi Allah dan memegang perintah-perintahNya. Allah yang Maha Kuasa Alkitab ialah Sumber dan Tujuan bagi segalanya, dan Dia menawarkan pengetahuan dan pemahaman sempurna bagi orang yang mahu percaya dan mentaati nas-nas kitabnya yang berilham. Hikmah ialah daya penghakiman yang betul bagi segala keputusan kehidupan, dan daya penghakiman ini dipelajari dengan percaya kepadaNya dan firmanNya.
Berkat-berkat ke atas orang demikian adalah hebat dengan dua cara – dia membuat pilihan-pilihan yang betul dalam kehidupan dan menuai hasil-hasil yang ajaib, dan Allah dengan luar biasa memberkatinya bagi ketaatannya. Dari mula sampai ke akhir, Alkitab berbicara tentang kehidupan melimpah orang demikian (Ula 32:46-47; Yos 1:7-9; Maz 1:1-3; 112:1-3; 128:1-6; 144:11-15; Yoh 10:10; Ibr 11:6; Yak 1:25).
Daud telah menulis, dan Petrus telah menyalinkan Daud, “Marilah, anak-anak sekalian, dengarkanku: Aku akan mengajar kalian takut akan TUHAN. Siapakah dia yang mengingini kehidupan, dan yang menyukai banyak hari, supaya dia dapat nampak apa yang baik? Peliharalah lidahmu daripada kejahatan, dan bibirmu daripada mengucap tipu muslihat. Jauhilah kejahatan, dan lakukanlah kebaikan; carilah damai sejahtera, dan kejarkannya. Mata TUHAN ada pada yang benar, dan telinganya terbuka kepada panggilan mereka. Muka TUHAN menentang mereka yang berbuat jahat, untuk memutuskan ingatan mereka daripada bumi” (Maz 34:11-16; 1Pet 3:10-12).
Hikmah bukan sahaja jalan untuk kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan ini, tetapi juga di akhirat. Orang yang berpegang kepada hikmah dan mengekalkannya menemui jaminan dan bukti akan hidup yang kekal (Mat 7:21-23; Kis 10:34-35; 2Pet 1:5-11). Kehidupan dan kebahagiaan yang paling besar disimpan di syurga bagi orang yang mentaati Tuhan Yesus Kristus (Maz 16:11).
Pokok kehidupan ada di hadapanmu. Hidup dengan berjaya dan dengan bahagia, sekarang dan untuk selama-lamanya. Pilihannya terpulang kepadamu. Masa depanmu bermula pada hari ini. Ambillah Alkitab Allah yang berilham dan yang dikekalkan sampai hari ini, dan rendahkan dirimu sendiri di hadapan setiap perkataannya. Jatuh tersungkur di hadapan Yesus Kristus, Yang merupakan pokok perbicaraan Alkitab, dan berpeganglah kepada hidup yang kekal (1Tim 6:12). Bermula menjadi makmur pada hari ini juga (Ams 8:1-21; 9:1-12). Allah memberkatimu.