Amsal · Proverbs

3:35
Orang berhikmah akan mewarisi kemuliaan: tetapi keaiban ialah sanjungan orang bebal.

Kamu akan mendapat sama ada kemuliaan atau keaiban. Keputusan-keputusanmu pada hari ini akan memperoleh satu atau yang lain. Sebenarnya, kamu mungkin sudah ada separuh kemuliaan atau keaiban. Adakah kamu hidup dengan baik menurut takrif Allah dengan reputasi yang mulia? Atau adakah kamu malu akan kerosakan yang telah kamu buat dengan kehidupanmu?

Adanya kesan-kesan kepada setiap keputusan. Sesetengah kesan tidak kelihatan dengan serta-merta, tetapi kamu tidak dapat mengelaknya. Jika kamu memilih hikmah sebagai asas keputusan kehidupan, maka proses alamiah kehidupan dan berkat luar biasa Allah akan membawamu kemuliaan dan kehormatan. Jika kamu memilih kebebalan, kamu dan Allah sudah menjamin kepedihanmu dan keaibanmu.

Orang berhikmah membuat keputusan menurut Alkitab, iaitu kehendah Allah yang telah ternyata. Orang bebal membuat keputusan menurut perasaan mereka, fikiran mereka, pendapat yang popular, tradisi, tabiat, para pendidik, penyampai berita, dan sumber-sumber jahat yang lain. Peraturan bagi amsal ini adalah mudah sekali: jika kamu hidup dengan berhikmah, kamu akan dihormati; jika kamu hidup dengan bebal, maka kamu akan dihukum di dalam keaiban.

Pertimbangkan dua lelaki dan pilihan-pilihan mereka berkenaan perempuan. Yusuf menahan godaan Puan kepada Potifar atas asas bahawa ia tidak akan menyenangkan Allah: Yusuf akhirnya berada di atas takhta Mesir. Simson mengejar muka bermakeup, tubuh yang ditawarkan, dan pengampuan para pelacur Filistin untuk menyenangkan nafsunya. Dia berakhir dalam keadaan, buta, pekerja buruh, yang telah membunuh diri untuk mengakhiri kepedihannya.

Pertimbangkan dua lelaki dan pilihan-pilihan mereka berkenaan kekayaan. Musa menolak segala kenikmatan dan harta berharga Mesir untuk menghormati Allah, dan dia menjadi salah seorang hero Israel yang paling hebat. Lot dengan tamak bernafsu untuk lembah-lembah kaya Yordan, di mana kota Sodom ditempatkan; dia berakhir dengan kehilangan segalanya, hidup di dalam gua, dan menghamilkan kedua-dua anak perempuannya.

Pertimbangkan orang dan pilihan-pilihan mereka berkenaan pendidikan. Saulus dari Tarsus membuang salah satu pendidikan yang paling elok dan menganggapnya sebagai najis demi mendapat pengetahuan Yesus Kristus (Kis 22:3; Flp 3:4-8). Dia menjadi rasul yang paling hebat. Para ahli filsafat di Atena mengagumi fikiran mereka sendiri lalu mengolok-olok ajaran penting Paulus akan Yesus Kristus (Kis 17:22-34). Mereka lemas di dalam bebelan cabul mereka, dan bangsa mereka pada zaman kini ialah keaiban berbanding dari keadaan dahulu.

Pertimbangkan dua lelaki dan pilihan mereka berkenaan Tuhan dari syurga. Salah satu pencuri di kayu salib di samping Yesus telah mengakui kesalahannya dan dengan berhikmah telah memilih untuk menghormatiNya sebagai Raja; dia pergi ke Firdaud pada hari itu juga untuk menikmati kekekalan dengan kemuliaan yang tidak terkatakan. Pencuri yang lain itu mengutuk Yesus di dalam kemarahannya dan kepedihannya dan dia pergi ke neraka pada hari itu untuk menderita keaiban yang kekal dan yang tidak terkatakan. Pilihan-pilihanmu akan hikmah atau bebal akan membawa keaiban yang baik pada masa kini mahupun kemuliaan atau keaiban masa depan. Berhati-hati!

Hanya para pemberontak dungu yang buta atau yang degil yang akan fikir bahawa mereka dapat membuat pilihan dalam kehidupan dan mengelak kesan-kesan pedih. Buktinya ada di sekeliling mereka bahawa kebebalan manusia membawa kepada disfungsi besar, dukacita besar, dan kepedihan besar. Dan lebih lanjut, Alkitab dari permulaan sampai ke akhir, termasuk fakta-fakta teliti akan sesuatu banjir teruk yang besar, menunjukkan penghakiman Allah yang pasti bagi pilihan-pilihanmuyang mementingkan diri. Jadilah pasti bahawa dosamu akan memperlihatkanmu.