Amsal · Proverbs

3:34
Tentulah dia mencemuh para pencemuh: tetapi dia memberi rahmat kepada yang rendah hati.

Allah marah dan memandang hina para pencemuh. Orang yang mengabaikan firmanNya, mencemuh kebenaranNya, memandang hin para pelayanNya, dan bersembahyang kepada fikiran mereka sendiri akan dihakimi dengan keras-keras (Yes 29:20-21). Tetapi orang yang kurang memandang tinggi diri sendiri dan gementar di hadapanNya akan menerima berkat-berkat yang murah hati.

Penghakiman kepada para pencemuh adalah pasti. Sudah tentulah mereka tidak akan melepaskan diri. Allah akan memandang teruk mereka. Dia akan ketawa dan mengolok-olok ketika Dia membawa ketakutan mereka yang paling teruk ke atas diri mereka kerana sikap angkuh yang tidak peduli akan tawaran-tawaran hikmahNya, kebenaranNya, dan kehidupanNya (Ams 1:20-31; Maz 2:1-12).

Para pencemuh membenci pembetulan, memandang hina kekuasaan, mengolok-olok kebenaran, dan penuh sikap bongkak. Allah Yang Maha Besar membenci, menolak, memperlekeh, dan menolak mereka kerana keangkuhan dan kesombongan mereka. Orang lain tidak dapat menolong atau melindungan si pencemuh, sebab Allah akan pasti menghakiminya (Ams 9:12).

Orang yang rendah hati ada hati yang miskin dan yang sesal, memikir dengan hati yang kurang menganggap diri pandai, mengakui kesilapan mereka dengan cepat, dan gementar dengan hati yang siap bagi arahan Tuhan. Allah yang berbelas kasihan akan memberi keredaan kepada mereka dengan berkat-berkat murah hatiNya.

Amsal ini sebegitu benar sehingga ia disebut dua kali di Wasiat Baru (Yak 4:6; 1Pet 5:5). Allah menolak orang angkuh dan memberi rahmat kepada yang rendah hati. Kamu patut merendahkan dirimu sendiri di bawah Allah Yang Maha Kuat, supaya Dia dapat menyanjungimu pada waktunya (Yak 4:6; 1Pet 5:5).

Allah memberi rahmat ini sebelum dan selepas kamu merendahkan dirimu. Ia rahmatNya yang merendahkanmu, sebab hati manusia yang alamiah adalah bongkak dan langsung tidak akan bersujud kepadaNya. Dan ia rahmatNya yang mengganjari kerendahanmu dengan keredaan yang lanjut kerana bersujud (Yak 4:5-6)..

Peraturan syurga adalah mudah: Allah membalas dengan setimpal. Dia berbelas kasihan kepada yang berbelas kasihan, jujur kepada yang jujur, suci kepada yang suci, dan rewel kepada yang rewel (Maz 18:25-26). Dia menyelamatkan orang yang sengsara, tetapi Dia menjatuhkan wajah-wajah menyombong orang yang angkuh (Maz 18:27). Dia tidak akan cuai untuk membalas orang yang membencNya kepada muka mereka sendiri (Ula 7:9-11). Dan Dia akan memberi mereka layanan yang sama mereka telah memberi kepadaNya, tetapi dengan keradanganNya (Ima 26:23-28).

Jalan-jalan Allah adalah saksama, meskipun Israel telah mendakwa Dia tidak adil (Yeh 18:25-30). Orang memilih cemuh dan kedurjanaan akan dihakimi, tetapi orang yang memilih kerendahan hati dan kewajaran akan diselamatkan. Jalan-jalan Allah adalah saksama. Rendahkanlah dirimu, hai pembaca yang dikasihi.

Firaun telah mencemuh Tuhan, tetapi Israel menjarah bangsa itu dengan hebat sekali. Korah telah mencemuh Musa, tetapi dia dan keluarganya masuk ke kubur hidup-hidup! Goliat mencemuh Allah Israel, tetapi seorang remaja yang tidak berperisai merampas kepalanya. Orang Yahudi mencemuh Yesus Kristus, tetapi Dia dengan terang-terang memperlekehkan doktrin mereka, kemunafikan mereka, dan orang-orang mereka. Kayafas dan Israel mencemuh Tuhan dan para rasulNya, tetapi Dia meratakan bait suci mereka dan membinasakan bangsa mereka. Tentulah Dia mencemuh para pencemuh!

Ketika Elimas mencemuh injil, Paulus memandang hina akan dia lalu menyampaikan kebutaan kepadanya (Kis 13:4-12). Ketika orang Yahudi menolak pesanan Paulus akan Mesias, dia berpaling kepada orang bukan Yahudi dan memberitahu orang Yahudi bahawa mereka tidak layak untuk kehidupan yang abadi (Kis 13:46-47).

Guru-guru yang bongkak di Korintus, yang telah membenci Paulus, dengan terang-terang telah mendengar bab demi bab akan kemegahan Paulus yang mulia, yang telah meninggalkan mereka semua dicemuh di hadapan gereja. Dan Paulus kemudiannya memberitahu Timotius dan Titus supaya tidak membiarkan sesiapa pun untuk memandang hina, atau mencemuh mereka (1Tim 4:12; Tit 2:15).

Jika kamu telah cuba mengajar seorang pencemuh dan telah menerima kebencian, malu, dan noda sebagai balasan (Ams 9:7-8), maka jangan khuatir. Adanya Allah di syurga, dan Dia lebih tinggi daripada mereka, tidak kira betapa tingginya fikiran mereka yang bongkak itu. Tentulah Dia mencemuh para pencemuh! Kamu akan dinyatakan benar.

Hai kaum ibubapa, jika kamu melihat sedikit pun sikap cemuh atau hanya mencium bau itu dari anakmu, ia harus dihapuskan pada hari ini juga. Perangai yang paling dibenci di kalangan semua semangat yang lain haruslah diperbetulkan, sebab kalau tidak kamu akan menimpa pada dirimu sendiri kepedihan besar dan membawa kepada anakmu penghakiman Allah. Itu benih neraka di dalam anakmu, tetapi pemakaian awal teguran dan tongkat/rotan dapat menghalau itu keluar.

Hai para pembaca, pernahkan kamu bangkit dalam keangkuhan dan pemberontakan di hadapan khutbah firman Allah? Pernahkah fikiran benci memasuki fikiranmu terhadap pesanan atau pembawa pesan itu? Adakah kamu terkilan oleh pembetulan atau amaran daripada sahabat? Kecuali kamu ada bukti Alkitab yang sungguh banyak untuk menyoal kata-kata mereka, kamu sedang menduduki tempat durjana para pencemuh.

Adakah kamu membenci kekuasaan? Adakah ia mudah bagimu untuk mengkritik atau mengolok-olok kerajaan? Sukakah kamu selalu memberi pendapatmu akan bagaimana hal-hal politik harus dilaksanakan? Di tempat kerja? Di gereja? Berhati-hati! Tentulah Dia mencemuh para pencemuh! Niat hatimu pun terbuka terang kepada Tuhan.

Sebaliknya, Allah Yang Maha Besar di syurga mendekati orang yang rendah hati, yang menunggu diam-diam dengan hati yang sesal dan yang gementar kepada firmanNya (Yes 57:15; 66:1-2). Pertimbangkan janji-janji yang berharga ini. Betapa istimewanya! Betapa murah kosnya! Rendahkanlah dirimu, hai pembaca. Dia memberi rahmat kepada yang rendah hati. Turun dan rendahkanlah dirimu di hadapanNya, dan Dia akan meninggikanmu ke aras yang lebih tinggi.