4:1
Hai anak sekalian, dengarlah arahan seorang ayah, dan berilah perhatian untuk mengenal pemahaman.
Hai anak, adakah kamu mendengar dengan teliti ayahmu untuk belajar apa yang dia ada untuk ajar? Hai ayah, adakah kamu mengajar anak-anakmu? Menuntut perhatian mereka? Memberi arahan yang berhikmah? Semua orang Kristian harus mendengar dengan teliti arahan Bapa Syurgawi dan para pelayanNya.
Kanak-kanak ialah anugerah Allah kepada ibubapa yang sudah kahwin (Maz 127:3). Kanak-kanak dilahirkan tanpa pemahaman (Ams 22:15). Mereka harus diajar dan diarah, sebab kalau tidak mereka akan cenderung mengikut gerak hati yang rosak dan yang durjana dan/atau gagasan dunia yang cabul (Ams 1:8; 6:20-23).
Tiada Alkitab di dunia sehingga 1532 SM. Tidak seorang pun memiliki satu ayat pun dari Alkitab untuk 2,514 tahun. Segala arahan datangnya dari mulut secara lisan, dari ayah ke anak. Dengan adanya orang yang hidup untuk 969 tahun seperti dalam kes Metusalah (Kej 5:27), adanya juga ajaran secara lisan daripada moyang kepada cicit. Amsal ini sungguh penting.
Pada 1532 SM, Allah memberi Sepuluh Hukum kepada Israel. Salah satu daripada hukum itu ada janji berkat yang dikepilkan bersamanya: perintah untuk anak menghormati ibubapa mereka (Kel 20:12; Ula 5:16). Penghormatan ini, yang melingkupi semua umur ibubapa dan anak, termasuk ketaatan kepada arahan mereka (Ima 19:3; Efe 6:1-3; Kol 3:20). Ketaatan anak kepada ibubapa dikuatkuasakan di negara yang benar dan yang kudus di bawah Allah melalui hukuman mati (Ula 21:18-21).
Hai anak, kamu harus mengambil perhatian supaya mendengar dan mentaati arahan yang kamu terima daripada ibubapamu, terutamanya ayah (Ams 23:22; 30:17). Kamu orang bebal jika kamu memandang hina ajaran ayahmu (Ams 15:5). Ketika kamu sudah cukup umur untuk memikirkan diri tahu sesuatu, ayahmu sudah ada lebih hikmah daripada apa yang dapat kamu bayangkan wujud di alam semesta!
Hai ayah, tugasmu itu pasti dan penting. Kamu harus mendidik anakmu dalam takut akan Tuhan dan menyambungkan kebenaran Allah menerusi mereka dan anak-anak mereka (Ams 22:6; 29:15; Kej 18:19; Ula 4:9; 6:4-9,20-25; Yos 24:15; Maz 34:11; 71:18; 78:1-8; Yes 38:19; Yoe 1:1-3; Efe 6:4). Paulus menganggap bahawa kaum ayah yang menggesa, menghibur, dan mempertanggungjawabkan anak (1Tes 2:11).
Para pelayan Allah ialah ayah rohani (1Kor 4:14-15; 2Kor 6:13), yang terikat kepada tanggungjawab untuk bertekun dalam pengajaran (1Tim 4:13-16; 2Tim 4:1-4). Dan ia tugas para pendengar mereka untuk mendengar dengan teliti arahan mereka dan mentaatinya (1Tes 5:20; Ibr 13:7,17).
Allah Bapamu mengajarmu melalui pelayanan firmanNya (Luk 8:4-18), melalui hati nuranimu (Ams 20:27), melalui hukuman (Ams 3:11-12), dan melalui Roh Kudus (Efe 1:17; 3:14-19). Ia tugas seriusmu untuk mendengar dengan teliti segala yang Dia ajar melalui mana-mana cara tersebut.
Hai pembaca, adakah kamu taat kepada tugas-tugas amsal ini? Jika kamu seorang anak, kamu harus mendengar arahan ibubapa. Jika kamu seorang ayah, kamu harus mengajar dan mendidik anak-anakmu. Kedua-dua ayah dan anak harus merendahkan diri mereka untuk mendengar Allah dan para pelayanNya.
Yesus Kristus telah mendengar segala yang diajar AyahNya, dan mematuhi segala arahanNya, sebab Dia mengisytiharkan dengan terang bahawa Dia selalu melakukan apa yang menyenangkan Bapa (Yoh 8:29). Malah juga ketika tugas itu nampak berlebih-lebih di Getsemani (Mat 26:39). Biar teladan kudusnya menghairahkan dan memprovokasimu pada hari ini.