3:7
Janganlah menganggap dirimu pandai dalam pandanganmu sendiri: takut akan TUHAN, dan jauhilah kejahatan.
Kemakmuran dan kejayaan adalah semudah tiga langkah untuk diperoleh (Ams 3:8). Inilah cara kamu memperoleh keredaan Allah dalam kehidupan (Ams 3:5-6). Jika kamu dapat menolak pendapat-pendapatmu, merendahkan dirimu di hadapan Allah syurga, dan membenci dosa dan keduniawian, kamu akan menjadi besar dalam pandangan Allah dan manusia.
Tiga langkah yang asas ini saling berkaitan. Kamu tidak akan takut akan Allah sehingga kamu meremukkan keangkuhanmu dan memandang hina hikmahmu; suatu pandangan Allah Yang Maha Kuasa akan membantu. Dan kamu tidak akan memandang hina dosa dan dunia ini sehingga kamu takut akan TUHAN dengan betul (Maz 4:4). Di sinilah cara yang mudah, namun berharga dan benar, ke arah kehidupan yang berjaya (Maz 111:10; 112:1-3; 128:1-6).
Kesombongan adalah anggapan yang angkuh dan yang bongkak bahawa fikiranmu ada nilai dan memerlukan perhatian orang.Walaupun baru henti kain lampin dan baru henti menyusu, kamu percaya gagasan-gagasanmu pada hari ini ada kewibawaannya. Kamu tidak dapat mengelak selsema, tetapi kamu berbicara tentang hal moral. Kamu telah dilahirkan dengan keadaan terkutuk ini, dan apinya dikipaskan oleh si iblis, yang telah kehilangan kedudukannya di syurga kerana kesombongannya.
Kamu tidak tahu apa pun, dan semakin cepat kamu belajar fakta ini, semakin kamu berada di jalan raya hikmah (1Kor 3:18-20). Selain daripada wahyu Allah, kamu tidak tahu dari mana kamu berasal, di mana kamu sedang pergi, apakah dirimu, atau mengapa kamu wujud, malah juga apa yang harus kamu buat. Kamu bergomol untuk mengekalkan rumput di kebun pendek, namun kamu berani nak menyoal kesahihan Firman Allah? Hai orang bebal, rendahkanlah diri!
Kamu makhluk yang sungguh kasihan, lemah, dan tidak dapat dibantu. Dua jari yang memicit hidungmu dapat mengakhiri hayatmu (Yes 2:22). Allah Jehovah, Tuhan syurga dan bumi, adalah Pencipta yang tidak kebergantungan dan yang berdaulat di seluruh alam semesta. Kamu harus gementar di hadapanNya dan firmanNya (Yes 66:1-2). Dia dapat dan akan melemaskanmu, jika kamu kekal degil dengan pemberontakanmu terhadapNya. Fikir tentang Banjir Nuh!
Belas kasihan dan rahmatNya adalah jelas nyata kepada sesiapa pun yang sedang melihat (Mat 5:44-46; Kis 14:17). KemurahanNya adalah jelas nyata. Kamu masih hidup, bukan? Dan Alkitab mengisytiharkan bahwa Dia dapat dan akan mengampuni orang yang mengakui dan bertaubat daripada kesombongan dan dan pemberontakannya. Oleh sebab pengampunan ini kamu harus berada dalam keadaan yang kagum secara hormat kepadaNya dan ingin untuk menyenangkanNya (Maz 130:4).
Dengan kesombonganmu disingkirkan, dan kehidupanmu setia untuk menyenangkan Allah Yang Berbahagia, kamu akan memandang hina dan menolak dosa. Kamu akan menjadi sempurna dan membenci kejahatan, seperti Ayub (Ayb 1:1). Kamu akan memotong keluar para pelaku kejahatan daripada rumahmu (Maz 101: 2-8). Kamu akan mengasihi kewajaran dan membenci dosa (Ams 8:13). Kamu akan membenci orang jahat dan cita-cita mereka yang cabul (Maz 15:4; 139:21-22).
Di mana antara tiga aspek ini kamu kekurangan? Perbetulkan kesalahan-kesalahanmu pada hari ini, bagi kebaikanmu sendiri!