3:8
Ia akan menjadi kesihatan bagi pusat tubuhmu, dan sumsum bagi tulang-tulangmu.
Kesihatan rohani dan jasmani dan keadaan bertenaga terpulang kepadamu. Ia berdasarkan pilihan yang ada pada amsal sebelum ini (Ams 3:7). Kamu boleh ada berkat-berkat Allah untuk tubuh dan roh dengan menolak gagasan-gagasanmu sendiri, menjadi takut kepada Tuhan, dan berpaling daripada dosa. Pilihan yang penting ini ialah pelajaran yang utama kitab Amsal – memperoleh apa yang paling baik bagi kehidupanmu dengan memilih hikmahNya. Jika kamu mengabai atau menolak tawaranNya, kamu sedang membunuh diri (Ams 8:36).
Kata nama “ia” merujuk tepat-tepat kepada apa yang ada sebelum ini (Ams 3:7). Solomo telah menulis, “Janganlah menganggap dirimu pandai dalam pandanganmu sendiri: takut akan TUHAN, dan jauhilah kejahatan”. Tiga pilihan bergabung: menolak keyakinan diri sendiri, dengan hormat percaya dan mentaati Allah dan membenci dosa. Ketiga-tiga itu ialah syarat bagi berkat-berkat yang dijanjikan ini. Setiap frasa syarat itu mengandungi satu kata kerja yang berbentuk perintah, yang menandakan dengan jelas bahawa ia memerlukan tindakanmu. Apakah yang sedang menahanmu?
Pusat tubuh dan tulang-tulang ialah sinekdok tubuhmu. Kamus Oxford English Dictionary mentakrifkan sinekdok, “Suatu kiasan yang istilah yang lebih menyeluruh dipakai untuk mewakili istilah yang kurang menyeluruh atau sebaliknya; seluruh untuk mewakili sebahagian atau sebahagian untuk mewakili seluruh; genus untuk mewakili spesis atau spesis untuk mewakili genus, dsb”. Pusat tubuh dan tulang-tulang, iaitu bahagian-bahagian tubuh, digantikan untuk seluruh tubuh. Misalnya, “Kira berapa kepala”, “Semua tangan ke geladak”, dan “berapa banyak ekor”, semuanya dianggap sebagai sinekdok.
Kamu bergantung sepenuhnya kepada pusat tubuhmu untuk sembilan bulan, ketika khasiat yang perlu sekali disalurkan kepadamu dari ibumu melalui tali pusat. Dan kesihatan tulang-tulangmu bergantung kepada khasiat daripada sum-summu (Ayb 21:24). Kiasan-kiasan ini menjelaskan berkat-berkat dan kemakmuran hasil daripada mengikuti Tuhan sepenuhnya. Suatu kehidupan yang baik dan yang bahagia bergantung kepada penundukkan dan ketaatan kepada kehendak Allah (Ams 4:22; 14:30).
Suatu rancangan senaman atau jadual diet hanya dapat secara kecil membantu kesihatanmu tubuhmu. Orang berhikmah tahu bahawa berkat Allah bagi ketaatan yang rendah hati melampaui apa pun usaha yang biasa untuk melanjutkan atau memajukan kehidupan (Ams 3:2,18; 4:10,22; 7:23; 9:11; 11:19; 12:28; 14:27,30; 17:22; 19:23). Ketaatan menyelamat daripada kesan-kesan biasa dosa, penghakiman majistret, dan hukuman Allah. Ia selanjutnya mengaktifkan berkat-berkat berharga Allah (1Pet 3:10-12).
Akankah kamu menolak hikmahmu sendiri (Ams 3:7)? Kamu telah dilahirkan dengan kosong hikmah, dan kamu akan ada kosong hikmah melalui pendidikan biasa. Kamu telah memasuki dunia ini dan akan meninggalkannya dalam keadaan bayi yang tidak berdaya. Kebenaran dan hikmah ialah harta milik Jehovah, dan hanya Dia yang memberi itu. Keyakinan diri sendiri ialah jalan yang pasti untuk kebinasaan (Ams 14:12; 26:12; 1Kor 3:18-20). Fikiranmu dan perasaanmu ialah perdayaan yang menyesatkan (Maz 94:11; Yer 17:9), jadi bencilah kedua-duanya.
Akankah kamu takut akan Tuhan (Ams 3:7)? Itu adalah wajib untuk pengetahuan dan hikmah (Ams 1:7; 9:10), dan ia keseluruhan tugas manusia (Pkh 12:13-14). Kekaguman yang hormat dan penundukkan kepada Jehovah ialah dasar untuk berkat-berkat Allah ke atas segala kepunyaanmu dan segala perbuatanmu (Maz 112:1-3; 128:1-6). Takut akan Allah akan juga menghasilkan sukacita dalam hatimu dan bahan-bahan untuk renungan mindamu yang tidak terbandingkan.
Akankah kamu menjauhi kejahatan (Ams 3:7)? Takut akan Allah adalah untuk membenci dan menolak apa pun dosa (Ams 8:13; 16:6; Ayb 1:1; 28:28). Adakah kamu menyanjungi segala ketetapanNya akan segalanya sebagai betul, dan adakah kamu membenci setiap jalan palsu (Maz 119:128)? Dosa akan membinasakanmu awal-awal (Pkh 7:17). Jauhilah dosa seperti yang dilakukan Yusuf dan bukan seperti Simson yang tidak. Bandingkan kesan-kesan yang berbeza itu.
Hai pembaca, kamu akan mengabaikan amsal ini bagi kecelakaanmu sendiri. Keangkuhan dan dosa akan mengeringkanmu dari dalam sampai ke luar (Ams 1:31; 5:11; 12:4; 15:13; 17:22; 18:14; 27:4). Satu-satunya harapan untuk kehidupan dan cahaya di dalam dunia yang terkutuk ini ialah takut akan Tuhan. Rendahkanlah dirimu sekarang. Tolaklah fikiranmu yang bebal. Berseru kepada Dia untuk belas kasihan. Berpalinglah daripada segala dosamu. Mungkin Dia akan melanjutkan ketenteramanmu, yang telah Raja Nebukadnezar kehilangan itu (Dan 4:27).